CHAPTER - 4

48 12 147
                                    

"Selama pagi Princess Jessica! Apa khabar anda pagi ini?" Sambut Darrel dengan wajah ceria dan segar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selama pagi Princess Jessica! Apa khabar anda pagi ini?" Sambut Darrel dengan wajah ceria dan segar.

"Selamat pagi, apa mimpi awak bangun awal hari ni?"

"Sebenarnya...kawan saya cakap nak datang kejap lagi. Itu yang saya kena bangun awal ni." Balas Darrel tersengih-sengih.

"Siapa-"

"DARREL! KENAPA KAU TAK TUNGGU AKU!" Seorang lelaki muda menjerit sambil berlari masuk ke dalam kawasan rumah.

"Blake! Dah lama aku tunggu-"

Tang!

"Aduh! Kau ni kenapa gila!" Darrel mengaduh sakit kerana diketuk dengan biola milik Blake.

"Kau tu yang kenapa! Sampai hati kau tinggalkan aku, aku tengah sedap makan dekat kedai kau boleh tinggalkan aku macam tu je!" Blake tiba-tiba mencekak baju Darrel sehi gga dia terapung kerana diangkat.

"Eh sabar Blake! Sabar! Aku boleh jelas-"

"KAU JANJI NAK BELANJA AKU TAPI AKHIRNYA KAU TAK BAYAR DAN AKU TERPAKSA JADI PELAYAN DI KEDAI MAKAN TU SELAMA 3 HARI TAHU TAK!" Hampir saja penumbuk nak dilayangkan ke muka Darrel.

Muka Blake betul merah sekarang ni. Bukan pasal malu, tapi tengah marah.

"S-sabar! Sabar! Tolong! Tolong! Kawan aku mengamuk! Tolong! Sesiapa tolong!" Disebabkan cemas, Darrel pun terpaksa menjerit minta tolong.

"Kau ni memang-"

"Hoi, apa kecoh-kecoh ni? Awak ni siapa tiba-tiba je datang ke rumah saya nak tumbuk kawan saya ni?" Jessica terus menjengah ke pintu depan disebabkan tidak tahan melihat 'perperangan' 2 orang lelaki itu.

"Wah cantiknya! Hai cik adik, nama saya Blake Adam. Boleh panggil saya Blake, masih bujang dan belum kahwin, nama siapa ni?" Blake yang tadinya hampir nak belasah Darrel sekarang langsung berubah suara dia jadi lembut pula.

"Err...B-Blake, lepaskan aku..." Darrel memohon pada Blake untuk melepaskannya tetapi dia tidak mahu mendengar.

Tetapi akhirnya dia melepaskan juga,

"ADOI! Sakit pinggang aku..."

Tetapi Blake melepaskan Darrel terus jatuh ke tanah tanpa ada niat nak turunkan secara baik-baik.

Terus dia hiraukan Darrel sekejap dan mengalihkan perhatian ke arah Jessica.

"Nama saya Jessica Georgiana, belum berkahwin juga tapi tak berminat dengan awak. Maaf ye, cari orang lain." Balas Jessica dengan selamba tanpa ada niat nak memandang secara baik.

"Hihi baiknya cik Jessica ni tegur saya macam. Marilah kita ke dalam berbual sekejap."

"Err Blake, aku nak-" muka Darrel ditekup dengan tangan Blake sehingga dia tak dapat bernafas.

"Awak ni umur berapa Jessica? Tinggal di sini ke? Dengan siapa? Apa? Dimana? Bagaimana? Mana-mana?"

Keadaan itu berlanjutan selama beberapa minit sementara Blake sedang bercakap dengan Jessica seperti tiada apa-apa yang berlaku.

GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now