Andrey, Liliana, Ameera dan puan Luna hanya memerhati sahaja. Malas mereka mau masuk campur biarlah mereka berdua selesaikan dengan cara mereka sendiri. Han's Andrey sudah menahan geram. Dah agak dah pasti perangai acah sopan santun mereka itu kejap aje. Sedang bising di ruang tamu kedengaran lagi satu suara dari arah belakang Liliana. Liliana yang kenal akan suara itu terus pusing belakang sebelum tersenyum gembira.

"Nene!!" Liliana berlari anak mendapatkan nenek nya itu. Liza Ruhainie yang baru masuk ke dalam ruang tamu yang agak besar itu terus terperanjat akibat pelukan kejutan dari cucu kesayangan nya itu. Dada di elus perlahan sebelum..

Pakk..

"Nenee!! Sakitlah." Terjerit kecil Liliana apabila belakang badannya menjadi mangsa pukulan nenek nya itu. Apa salah dia sampai kena dera ni.

"Bir dahaki sefere önce merhaba de, seni nasıl sevmediğim konusunda şaka yapmıyorum. Bende ne tür bir kalp ağrısı yarattı?" Marah puan Liza kepada cucunya itu. Liliana tersengih seperti kerang busuk.
Translate: Lain kali bagi salam dulu, ni tak main redah je macam mana aku tak hempuk kamu. buatnya aku sakit jantung macam mana?

Kalau neneknya sudah membebel dalam bahasa ibunda dia memang dah tak boleh nak buat apa dah. Maksudnya memang dia marah betul-betul tak tipulah.

"I'm sorry Nene hehe.." Aku kembali memeluk tubuh tua itu erat. Haih umur dah 70an tapi jiwa macam anak muda. Puan Liza mengelus lembut rambut sedikit putih cucunya itu. Persis seperti dia ada anak-anak nya yang lain. Ye mereka keturunan albino. Katanya ini salah satu penyakit tapi alhamdulillah tiada apa-apa terjadi, cumanya..

"Pstt.. pst. Tu ke Nene Liana?"

"Aku rasa yelah kot." Balas Ryu sambil berbisik juga.

"Patutlah cucu cantik rupanya genetik dari nenek dia, kan."

Elvien mengangguk setuju. Puan Liza yang terperasan akan kedatangan lagi tiga makhluk itu terus menolak cucunya jauh. Hampir sahaja Liliana ingin terjatuh akibat tolakan dari nenek nya itu. Puan Liza datang menghampiri anak perempuannya dan duduk berhadapan dengan tiga jejaka tampan itu. Dia mula memandang tajam ketiga-tiga jejaka itu. Mana satu ye agaknya cucu menantu aku? Tiga-tiga hensem ni tak akan lah cucu aku tu kahwin tiga?

"Mana satu cucu menantu aku?" Soal puan Liza tegas. Bahasa melayu nya masih ada sedikit pelat. Ryu dan Elvien terkebil-kebil sebentar sebelum memandang Han's Andrey yang sedang memerhatikan isterinya itu.

"Saya nek, saya suami kepada cucu Nene, Han's Andrey. Panggil je Rey." Sopan Han's Andrey bertutur. Satu senyuman manis di tayangkan.

"Owhh, yang lagi dua ni pula siapa? Suami cucu aku juga ke?" Puan Luna yang sedang menikmati air teh hangat itu terus tersedak mendengar soalan yang keluar dari mulut mak nya.

"Apa mak cakap macam tu. Tak kan lah anak Una nak kahwin sampai tiga." Puan Luna menggeleng kepala nya perlahan melihat maknya tersenyum tidak bersalah itu.

"Manalah tau yang cucu aku tu tak tau nak buat pilihan sebab tiga-tiga hensem sangat tu sampai kahwin tiga terus."

Ryu dan Elvien tersenyum kekok mendengar jawapan tersebut. Liliana kembali datang ke sofa tersebut dan mengambil tempat disebelah umi nya dan berbaring kembali. Masih ingin melepaskan rasa rindu.

"Umi, nene, kami tinggal sini selama seminggu tau. Lepas tu baru balik ke Malaysia semula." Terang Liliana sambil menutup matanya, menikmati belaian kasih dari sang ibu yang sudah lama terpisah.

"Tinggallah berapa lama pun kamu semua nak, kami tak kesah. Lagi ramai lagi bagus." Kata puan Luna tenang.

"Betul, betul!! Kalau kak Lana tinggal sini lama-lama boleh kita pergi shopping macam dulu lagi." Sampuk Amera pula, sudah lama mereka tidak keluar sama-sama dan menghabiskan duit.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now