LxA 33🥀

155 14 1
                                    

Usai sahaja solat maghrib berjemaah bersama keluarga Andrey. Kami membaca yasin bersama-sama. Suami aku menjadi imam ketika solat tadi, tersentuh hati ku bila mendengar suara merdu Andrey membaca surah-surah ketika solat tadi.

Habis sahaja bacaan yasin bersama-sama. Kami semua naik ke bilik masing-masing untuk menyimpan apa yang patut.

"Abang, Adel turun bawah dulu tau."

"Ok, hati-hati guna lif tu." Pesan Andrey kepada isterinya itu.

Daun pintu bilik ditutup rapat sebelum berlalu pergi ke arah lif rumah tersebut. Maklumlah bilik kat tingkat tiga. Tak kan nak guna tangga pula. Aku masuk ke dalam perut lif itu dan menekan butang untuk turun ke bawah. Dalam beberapa saat kemudian sampai lah aku di bahagian living hall itu. Dapat aku lihat Ryu dan Elvien sedang bermain dengan anak-anak buah Andrey. Comel je mereka main dengan budak-budak tu.

Aku berlalu pergi ke arah dapur untuk melihat ada siapa disana. Yang ada hanyalah pembantu-pembantu rumah ini sahaja yang sedang memasak makan malam kami. Aku pergi ke arah bik Markonah untuk menolong nya apa yang patut. Bosan tidak tau mau buat apa jadi tolong orang kat dapur jelah.

"Bik biar Liana tolong potong bawang ni." Terperanjat bila bik Markonah bila di kejutkan oleh menantu majikannya itu.

"Eh tak apalah puan muda. Sikit je lagi ni, nanti kalau puan muda tolong marah pula tuan Hugo dan puan Melina." Kata wanita separuh usia itu.

"Tak apalah, saya ni tak tau nak buat apa biar saya tolong masak ye. Bibik boleh buat yang lain."

"Tapi.."

"Tak apa, biar Liana yang buat. Ni nak masak apa." Tanya ku sebelum memotong bawah merah itu.

"Ni saya nak masak asam pedas daging kegemaran tuan Hugo. Tak apa ke puan muda yang masak ni saya takut kalau puan Melina marah je." Takut bik Markonah berkata.

"Tak apalah. Ni je ke yang perlu masak lagi?" Tanya ku sopan. Bik Markonah hanya mengangguk sahaja sebelum dia mengemas sedikit dapur yang luas itu.

Sedang leka aku masak. Tanpa sedar mommy mertua ku ada di belakang.

"YaAllah Liana, dah kenapa kamu pula yang masak ni." Terkejut aku bila di kejutkan begitu. Aku mengusap dada sebelum menghadap mommy mertua ku itu.

"Eh mommy, Liana tak tau nak buat apa, jadi Liana tolong orang kat dapur ni lah." Kata ku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Haih, dah kenapa nak tolong bagai. Macam lah tak ada pembantu kat rumah ni." Puan Melina hanya menggeleng kepala sahaja melihat menantu nya terlebih rajin .

"Alah tak apa mommy dah nak siap dah pun, lagi pun bukan selalu Liana masak untuk semua tau. Tadi bik Markonah dah larang tapi Liana yang degil." Kata ku sambil menutup api selepas siap masak.

"Haih rajin betul kamu ni ye. Suka memasak ke?" Tanya puan Melina.

"Haah, Liana suka masak. Dulu kalau boleh Liana nak jadi chef kat hotel lima bintang tapi papa tak bagi." Kata ku hambar. Aku melorekkan sedikit senyuman.

Puan Melina hanya mengangguk faham sahaja. Lepas dia melihat asam pedas daging siap dihidang di atas pinggan itu. Dia ingin merasa sedikit air tangan menantu nya itu. Manalah tahu sedap ke kan. Dia mengambil sudu dahulu sebelum mencicip sedikit kuahnya. Liliana sudah berdebar bila melihat mommy mertua nya merasai makanan tersebut. Tidak lama kemudian terbit lah wajah gembira puan Melina.

"Wahh, sedap betul kamu masak Liana. Kalah mommy tau." Puji Melina kepada gadis itu. Liliana tersenyum malu bila di puji.

"Tak ada lah mommy biasa je." Rendah diri ku berkata.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now