LxA 34🥀

166 17 3
                                    

Sekarang tiba masanya pula kami akan tidur di rumah keluarga ku. Rasa takut dan gementar menguasai diri, tapi tetap kena kuat juga. Selesai mengemas apa yang patut barang-barang di bawa turun ke bawah, mommy mertua ku tidak lepas memeluk ku dan memberi nasihat semua. Risau menantu dia apa-apa.

"Liana elok-elok tau kat sana, apa-apa panggil An minta tolong faham. Jangan buat kerja banyak sangat."

"Ni lagi satu, jaga kesihatan tau, kalau An tak jaga Liana betul-betul bagi tau mommy ok, biar mommy pulas telinga dia." Nasihat puan Melina pada menantu nya. Risau sungguh dekat menantu kesayangan nya ni.

"Sudah-sudahlah tu sayang, tahu lah anak kita ni jaga isteri dia, sudah peluk Liana tu tak bernafas dia awak peluk dia kuat macam tu." Puan Melina memuncung kedepan apabila di tegur oleh suaminya. Alah baru nak berdrama kat sini.

"Bukan apa bang, saya ni risau tau dekat menantu kita sorang ni. Ni An jaga Liana betul-betul kalau mommy tau Liana sakit sebab kamu tak jaga dia elok-elok, mommy humban kamu dalam laut." Puan Melina memandang wajah anak lelaki nya tajam. Andrey hanya mengiyakan sahaja.

"Andrey pergi dulu mommy, daddy." Andrey menyalami tangan kedua-dua orang tuanya sopan. Liliana juga turut melakukan perkara yang sama.

"Kami pergi dulu mommy, daddy. Jaga diri elok-elok tau." Liliana melambai ke arah puan Melina dan tuan Hugo sebelum kereta Lamborghini Veneno itu keluar dari perkarangan rumah itu.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Sepanjang perjalanan hanya ditemani sunyi sahaja, tiada sebarang bunyi langsung. Aku hanya bermain dengan jari runcing ku sahaja, manakala Andrey dengan pemanduan nya. Tidak lama kemudian Han's Andrey menoleh ke arah Liliana beberapa saat sebelum dia melihat ke arah jalan yang terbentang luas itu.

"Dolcezza, are you ok? Kenapa abang tengok macam takut je ni." Tanya Andrey, dia mencari tangan Liliana untuk digenggam. Bagaikan faham apa yang jejaka itu mau, Liliana terus menggenggam tangan suaminya erat.

"Tak adalah, Adel ok je."

"Jangan tipu abang sayang, jujur dengan abang ok." Pujuk Andrey lembut.

Terasa hangat di kelopak mata ku, Andrey yang perasan akan isterinya menunduk itu terus dia memberhentikan kereta di simpang jalan. Dia melihat ada cecair jernih yang jatuh di tangan kiri isteri itu. Terus panik dibuat nya bila esakan halus kedengaran didalam kereta itu.

"Sayang, kenapa menangis ni."

"A.. Adel takut, Adel takut kalau sampai sana papa dengan mama tak suka kita datang." Teresak esak gadis itu menangis. Andrey mengelap air mata isterinya menggunakan ibu jari.

"Hey, kenapa cakap macam tu. Sayang nak takut apa abang kan ada ni. Dah jangan nangis lagi, abang tak boleh tengok sayang menangis macam ni." Pujuk Andrey lembut. Dia mengusap lembut rambut Liliana persis memujuk anak kecil menangis.

"Sekarang ni, sayang bertenang dulu ok, dah tak mau menangis lagi nanti tak cantik dah isteri abang ni." Liliana mengelap air mata yang menuruni pipi. Andrey tersenyum bila melihat gadis itu mencebik kan mulutnya itu. Geram sahaja di melihat nya.

"Abangg." Panggil Liliana sudah berhenti menangis tapi masih tersedu sedan.

"Ye sayang, nak apa-apa ke." Jawab Andrey sambil mengelus lembut pipi gebu isterinya.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now