Berkerut dahi Han's Andrey. Haih asal kemain lemah lembut, sopan santun je ni? Kalau tak perangai macam minta kena campak dalam laut aje.

"Tak usahlah ber aunty-aunty bagai, panggil je umi." Sopan puan Luna memberitahu. Ryu dan Elvien hanya mengangguk kecil sambil menarik satu senyuman manis.

"Umi.." Panggil Liliana manja. Puan Luna terus mengalihkan pandangan ke arah anak perempuannya yang seorang ini.

"Kenapa sayang umi ni? Lapar ke? Nak umi masak lauk kegemaran Lana?" Tanya puan Luna lembut tapi hanya gelengang dari gadis itu dia dapat.

"Mana abang Ahan? Mana Nene?" Tanya Liliana, mana abang kesayangan nya ini. Dia mau peluk jejaka itu puas-puas dan mana nenek dia juga? Puan Luna yang mendengar hanya tersenyum nipis. Sudah dia agak itu soalan yang akan keluar dari mulut itu.

"Ahan dia keluar kejap kata ada urusan, kalau Nene macam biasalah dengan kekasih hati dia kat belakang tu." Faham sangat dengan perkataan 'kekasih hati' itu. Liliana hanya mengangguk faham sebelum menutup mata untuk menikmati belaian lembut dari umi nya itu.

Mereka mula bertukar-tukar cerita dan bermacam lagi sebelum ada satu suara lembut menyapa mereka. Pada mulanya Ryu masih malas untuk melihat gerangan itu tapi selepas dia merasakan sesuatu dia mula melihat gerangan itu.

"Kak Lana!!" Liliana mula membuka mata sebelum dia tersenyum lebar sampai menayangkan gigi putihnya itu. Dia mula duduk dari perbaringan.

"Ameraa." Dia mula memeluk gadis itu sebelum belaga pipi. Rindunya dia pada gadis seorang ini. Sepupu kegemaran dia dan sekepala dengan nya walaupun berbeza umur hanya setahun tapi gadis ini cukup matang.

"Bila kak Lana sampai, kenapa tak cakap kat Mira pun? Ni kenapa mata bengkak ni hah!?" Pelbagai soalan di tujukan kepada Liliana. Dia masih tidak perasan akan kehadiran lagi tiga jejaka di belakang nya itu. Rindu sangat dekat kakak sedara dia ni terus tak tengok kiri kanan.

"Kak Lana saja nak surprise korang semua tapi tak tau pulak kak Lana kena suprise balik sampai keluar air mata ni. Sebab tu bengkak hehe." Balas Liliana tenang. Rasa tidak percaya apa yang dia rasakan saat ini masih ada tapi ini realiti bukan lah mimpi. Dia patut bersyukur dapat di pertemukan kembali dengan ibu kandungnya ini.

Gadis bernama Amera Sophie itu hanya mengangguk faham. Dia faham maksud kakak sedara nya itu. Pasti gadis itu menangis terharu akibat berjumpa kembali dengan ibu kandungnya itu. Kalau dia pun pasti akan menangis juga kalau berada di tempat kakak sedara nya itu. Ryu Cleon yang melihat gadis itu tidak berkelip mata. Jantung nya berdetak kencang. Dia ingat wajah jelita gadis itu. Wajah yang buatkan dia terkadang angau.

Elvien yang perasan akan sahabat nya itu tenung gadis yang bernama Amera itu terus berkerut hairan. Mengapa sahabat nya sorang ini? Asal tenung anak dara orang macam tu. Tak boleh jadi ni. Elvien Allen sudah berkali-kali mencuit sahabat nya itu tapi masih tiada sebarang respon. Akhirnya dia terpaksa menggunakan teknik yang lama dia pendam. Nafas ditarik sebelum di hembus perlahan-lahan.

1...

2...

3.

Papp..

"Aduh!! Woii sakit lah gila, apahal kau ni pukul aku, nak ajak minifiesto ke hah!!" Marah Ryu Cleon sambil mengusapkan kepalanya itu.. ayoo boleh benjol kepala dia kalau kena hempuk macam ni tiap hari. Elvien Allen menjeling tajam kearah Ryu Cleon. Eh dia nak marah kita pula.

"Yang kau ni dah kenapa? Yang pergi tenung anak dara orang macam nak makan tu asal? Kau jangan macam-macam eh aku bagi tau mama papa kau yang kau gatal." Ujar Elvien memberi amaran.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Jun 12, 2023 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

OG| A True Love (Slow Update)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt