5 : Past memory

15 5 7
                                    

2 hari lalu...

"Kau rasa, Anugerah Artis Pilihan Sensasi tahun ni siapa yang menang?"

Soalan itu, sekali lagi menerjah gegendang telinganya. Naik bosan secara jujur. Tapi kali ini soalan itu datang dari seseorang yang dia sangat arif. Marsha, pembantu sambilan Director Shinsu. 

"Aku sokong Dani. Kau?" Jawab Arfeen tanpa berfikir panjang. 5 tahun Dani pegang anugerah yang sama. Masakan tahun ini orang lain pula.

"Tapi aku sokong Rafael. Dia okay apa masa lakonan lepas. Nampaklah dia punya sinar tu selepas 5 tahun dengan Dani." Pemerah pipi ditambah biar pekat sedikit. Sepatutnya, Arfeen yang menerima solekan waktu sekarang. Memandangkan hari ini waktu penggambaran dia dan Rafael. Namun, Marsha mengambil alih.

Gadis itu melihat mukanya di depan cermin. Setelah berpuas hati, barulah dia bangun dari kerusi berlabel 'Arfeen Azwandi' disitu.

"Duduklah Feen. Aku dah sudah."

Arfeen menerima tawaran Marsha dengan senyuman. Kalau diikutkan, Marsha setiap kali bekerja akan tacap solekan dia terlebih dulu. Barulah dia susun jadual harian Shinsu, meeting dan sebagainya.

"Kau sebenarnya lagi minat Rafa kan daripada Juan?"

Masing-masing di dalam bilik solekan terdiam mati kata. Bercakap soal Juan, tiada sesiapa yang berani membangkitkan nama tersebut. Fakta Juan keluar masuk penjara orang tak ambil pusing. Inikan pula namanya dibangkitkan.

"Apa kau ini kesitu pula. Kita kan tengah tentukan siapa yang menang anugerah tahun ni." Dipukul kasar kerusi solek milik Arfeen. Bulu mata palsu yang Arfeen baru nak letak, jadi senget ke kiri.

"Kau orang ni memang tak ada isu lain kan. Asyik jumpa aje, mesti borak pasal lelaki. Asyik borak pasal lelaki aje, mesti jumpa. Tak faham lah aku." Eskandar Abu menyampuk dari belakang. Tangannya kemas mengatur berus di muka Ayunda Arwin. Tak langsung mata dia memandang dua wanita di meja solek bertentangan.

"Siapa suruh faham?" Marsha tunjuk lagat menjengkelkannya. Wujud aje orang yang sibuk campur diri dalam perbualan dia.

Pipi molek Dani tak dapat ditahan-tahan lagi untuk senyum suka. Kewujudannya dibelakang langsir tukar pakaian tak dapat diketahui orang. Hatinya juga berbunga-bunga. Masih ada lagi gosip tentang diri dia dan Rafael. Usaha yang dikerahkan dari kecil juga akhirnya tak mengkhianati diri sendiri.

Bak kata orang, usaha tak mengkhianati hasil.

BAM!

Pintu bilik persalinan utama ini dihempas sekuat hati. Masing-masing memegang dada. Syukur, masih diberi nyawa.

"Rafael! Rafael jatuh dalam kolam air pancut!"

Orang pertama menjadi panik ialah Marsha. Habis jatuh barang solek Arfeen atas peha gadis itu. Mendengar berita yang disampaikan Nash, seorang runner berkaliber memang membuatkan jantungnya gugur hingga ke lantai.

"Saya betul-betul tak sangka apa yang awak dah buat dekat Rafael. Ini satu kesilapan besar dan tak boleh dimaafkan. Awak sedar tak Dina?" Madam Erita menyilangkan tangan. Memandang Dina macam tiada hari esok. Mia di belakang bercekak pinggang dengan tangan kiri. Tangan kanan memegang secawan caramel machiato disumbat ke mulut.

"Saya minta maaf Madam. Tapi saya betul-betul tak sengaja nak langgar..." Permohonan maaf Dina terhenti. Shinsu datang menoyoh lengan Dina dengan sebotol air mineral.

"Dina, take your drinks." Walaupun dia tahu situasi tegang antara Dina dan Madam Erita sekarang, namun kesihatan mental kru harus dijaga.

"Shinsu. Please. I tengah serius ni. Janganlah potong mood."

"Okay, okay. Go on with your ceramah bebas." Shinsu beredar mendekati Rafael yang dah berbungkus tuala di bangku sana dan Madam Erita meneruskan sesinya.

"Faham, Dina? Lepas ni kalau Dina buat silap lagi, Madam takkan tunggu-tunggu dah. I have the rights to sue everyone who touches my beloved nephew. You understand?"

Dina mengangguk faham. Dia akui kesilapannya. Namun dia sedikit kecewa. Yang datang padanya hanya memberi jelingan tajam. Memberi ceramah seperti Madam Erita dan lagi satu...

"Rafael! Kau kenapa ni?" Suara Marsha yang terkedek-kedek dari jauh, menerjah masuk pendengaran semua yang ada disitu. Di wajahnya jelas memaparkan riak gelisah ke atas Rafael. Kesihatan Rafael, mental Rafael dan fizikal jejaka tersebut.

Rafael tak memandang Marsha yang risau akannya, tetapi ke arah Dina. Renungan bebola mata itu tak berhenti sejak dia jatuh ke dalam kolam air pancut tadi. Hatinya kuat mengatakan Dina ialah dalang disebalik kejatuhan dia.

"Dina ke yang buat you macam ni?" Marsha perasaan akan renungan tajam Rafael. Nasib menyebelahi Marsha, dia perasaan anggukan Mia apabila Rafael langsung tak menjawab soalan dia tanya.

"Kurang hajar punya perempuan!" Marsha datang mendekati Dina dengan amarah yang membuak-buak. Sikit lagi tangan kanan dia nak merayap di pipi kiri Dina, namun Arwin menahan pantas.

"Marsha, jaga adab tu. Bukan seorang dua paparazi yang ada dekat sini. Ramai, dan kau lebih tahu hal itu daripada kami. Kan?" Teguran lembut Arwin dapat sikit menurunkan ego Marsha.

"Dina, pergi minta maaf dengan Rafael sekarang." Madam Erita meneruskan matlamatnya.

"Madam..." Dina mati kata. Keberanian dia untuk merayu maaf pada Rafael dihadapan ahli kru lain, sangatlah tipis. Mahu nanti dia saja yang masuk wad kecemasan gara-gara malu.

"Pergi." Madam Erita menetapkan keputusan. Ada ketegasan dalam suaranya kali ini.

Dina tiada pilihan. Di hadapan Arwin, Marsha, Arfeen, George, Nash, Mia dan beberapa lagi kru layar cahaya, dia memberanikan diri mendekati Rafael. Renungan tajam lelaki itu seakan pandangan maut saja baginya.

"Rafael, sa...saya..."

Rafael bangun dari duduk. Gatal telinga dia mendengar pintaan maaf Dina. Lekas dia beredar pergi dari kawasan taman Royale Hotel tersebut. Menenangkan diri di bilik suite sendiri.

Sebelum pintu bangunan dibuka untuk masuk ke dalam, sempat dia mengecam lokasi Dani berdiri. Disebelah bilik pencuci khas penuh mop dan baldi. Anak matanya memberi signal pada lelaki itu.

Dani mengangguk faham dan tersenyum.

Drama. [OG]Where stories live. Discover now