Bab 52

121 8 0
                                    

Bang!

Bang!

Bunyi pistol yang melepaskan peluru membangkitkan semangat mereka untuk melawan musuh. Makanan mereka hari ini ialah darah.

"Keluar lah sial!" jerit Iriz.

Dia yang mengendalikan beberapa anak buah Jay yang lain. Sekarang, lokasi mereka berada di pendalaman hutan.

Markas asalnya kena serang secara tiba-tiba. Segala barang gelapnya untuk dijual sudah musnah dan dicuri oleh pihak Danny.

"Tak guna!"

Bang!

"Argh!"

Langkahnya terhenti. Darah terus terpancut keluar dari kakinya yang ditembusi peluru itu. Dia mengerang kesakitan.

    "Kau memang betul-betul melampau kan sial?!" jerkah Iriz.

Dia menoleh ke arah belakang.

"Lepas tu? Nak aku sambung ayat drama kapla kau ke?" Hyan yang dari jauh itu menghalakan pistol nya ke bawah.

Iriz seperti tidak mampu bergerak lagi. Terasa pedih dan ngilu di dalam isi kulit kakinya. Tapi itu tidak membuatkan dirinya lemah.

Iriz mengacukan pistol itu ke arah Hyan. Sama seperti lelaki itu, dia terus menghalakan pistol itu ke arah Iriz. Sama-sama memandang antara satu sama lain.

    "Kau betul-betul mencabar kesabaran Danny. Salah musuh kau pilih ni," ujar Hyan.

Iriz tersenyum sinis. Tidak ada kata salah di dalam pilihannya. Memang dia mahu menghancurkan lelaki korea bermata sepet itu.

"Aku bukan pengecut macam kau nak berlindung di bawah dia," kata Iriz.

    "Aku tak perlukan pelindung. Aku kagumi dia sebab dia hebat tak macam kau dan Jay yang tamak dengan kekuasaan," balas Hyan.

Dia masih ingat lagi, Danny pernah menyelamatkan dirinya. Walaupun sikap Danny yang dingin dan baran tak tentu pasal, dia tahu ada sifat baik yang berselindung.

"Kagumi? Dalam dunia hitam ni, kau tak payah nak jadi malaikat. Sini macam neraka, tiada kata kepercayaan selain khianat," kata Iriz.

Pistol mereka menghala antara satu sama lain. Tapi tiada seorang pun yang mahu menarik picu pistol. Pelbagai bunyi bom dan peluru dilepaskan tidak mengganggu mereka.

     "Kau bersekongkol dengan Jay? Tak takut kalau dia jadikan kau 'mainan' dia selama ni?" Hyan cuba memprovok lelaki itu.

"Aku tak pernah bersetuju dengan rancangan Jay. Bukan dia yang jadikan aku 'mainan' tapi aku yang jadikan dia 'mainan'!"

Bang!

Hyan sempat mengelak. Lelaki bernama Iriz ni tidak main-main dengan katanya. Memang tak guna, pistol dia terlepas jauh dari tangannya.

Bang!

"Kau memang sial kan?" Hyan tidak mahu mengalah. Dia terus berlari mendekati Iriz lalu menolak pistol dari tangan lelaki itu.

Iriz tersungkur. Hyan juga sama. Pistol tadi terus terlempar jauh ke dalam semak-semak daun yang berada di sebelah pokok.

Buk!

Hyan menumbuk muka Iriz. Dia berada di atas badan lelaki itu. Lelaki bernama Iriz perlu dibawa menghadap Danny.

"Ah shibal!" Iriz menolak dada Hyan.

Pipinya terluka akibat ditumbuk oleh Hyan dengan kuat. Dia mengesat darah kecil yang terkeluar dari lubang luka itu.

Hyan terbaring. Dia tidak boleh kalah dengan lelaki tak guna ni. Hyan terus bangun dari terbaring. Dia menghadapi Iriz.

Suamiku, Mafia SepetWhere stories live. Discover now