Bab 14

335 34 0
                                    

'Bismillah...'

Farah ketakutan. Danny yang bersebelahan dengannya itu hanya tersenyum kecil apabila melihat gelagat Farah.

i jib-e salam-i issseubnikka?/ Ada orang tak dalam rumah ni?" tanya Danny dengan suara yang sedikit tinggi.

Anak-anak buahnya hanya menunggu di belakang mereka. Rumah agam besar ini dikawal ketat oleh keluarga Danny Choi.

Kalau seorang mafia ada di dalam keluarga mereka, seluruh keluarga kena dijaga dengan ketat dan selamat. Di dalam dunia gelap ini, hanya orang yang berpengalaman saja tahu betapa seramnya dunia ini.

Kau lemah, senjata api lah makanan kau.

" yeogi issseubnida, kkambag !
/ Ada sini, kejap !" jawab suara seorang gadis yang berkemungkinan adik atau kakak Danny.

Bila saja pintu rumah dibuka, jelas riak wajah gadis itu terlopong seketika. Pandangannya beralih pada wajah Farah yang hanya tersenyum saja.

   " eomma, yeogi hyeong-i iss-eoyo !
/ Mak, ada abang kat sini !" jerit Daela, adik kepada Danny yang baru berumur 23 tahun.

" joyonghi hal su issni? jeongmal sikkeuleowo
/ Kau boleh senyap tak? Bising betul." Danny merungut kecil.

Daela mencebik bibir. Senyumannya dihadiahkan kepada Farah walaupun dia tahu gadis itu buta. Banyak kali Danny menceritakan semuanya kepada keluarganya itu.

   "wae bimyeong-eul jileuseyo? daeniga dol-awass-eo?/ Jerit-jerit kenapa? Danny dah balik ke?" tanya seorang wanita tua yang berjalan menuju ke arah pintu utama.

" annyeong eomma / Hai mak," sapa Danny sambil tersenyum nipis.

Puan Na Hyun terbuntang. Tak sangka anak sulung atau anak lelakinya balik pada awal waktu begini. Dia tak tahu pun.

   " eommahante jeonhwahajima, wae? da-eum-eneun meonjeo allyeoya eommaga iljjig junbihal su iss-eoyo!
/ Tak call mak, kenapa? Lain kali inform dulu, baru mak boleh prepare awal," ujar Puan Na Hyun sambil menarik lengan Danny.

Dia memandang wajah Farah. Matanya jelas meneliti raut wajah dan pakaian gadis itu. Hatinya mula tidak keruan dan tidak selesa.

   " daeniui anaeneun?/ Ni isteri Danny?" tanya Puan Na Hyun.

Danny mengangguk laju. Dia memegang erat tangan Farah untuk memberikan kekuatan kepada gadis itu. Dia tahu, kemungkinan besar keluarganya tidak menyukai Farah.

"Hai, eomma," sapa Farah.

Dia cuma dapat mendengar suara mak mertuanya saja. Kalau dia dapat melihat, mungkin dia tahu bahawa Puan Na Hyun tidak suka dengannya kerana dia buta.

   "Hmm okey." Itu saja balasan dari wanita tua itu. Daela yang tersenyum kelat itu terus menarik lengan Farah.

"Hello kak Farah. Saya Daela, adik abang Danny. Jom, saya bawa kakak pergi masuk rumah," ujar Daela dengan terujanya.

Yeah, mereka tahu dan faham dengan bahasa Melayu. Mereka juga sudah diajar oleh Danny sebelum lelaki itu menjadi ketua dalam kumpulan mafia.

  "Err pandai cakap melayu eh?" tanya Farah. Dia memegang erat lengan Daela agar dia tidak ketinggalan dan terlepas.

"Ha'ah, aku ajar. Daela, kau jaga kakak ipar kau. Jangan buat dia menangis eh," balas Danny.

Daela mencebik bibir. Dia tahu bahawa ibunya tidak menyukai Farah. Oleh itu, dia perlu menjaga hati dan perasaan Farah nanti.

Dengan pandangan pertama saja dia tahu bahawa gadis itu ada hati yang baik. Dari dulu lagi dia ingin berkawan dengan orang Malaysia.

  "Ye aku tahu. Jom, kak Farah," ajak Daela lalu memimpin Farah menuju ke ruang tamu.

Suamiku, Mafia SepetWhere stories live. Discover now