hujan tapi hangat

20 2 0
                                    

waktu-waktu begini
biasalah
waktu yang menjadikan jasad dan emosi terasa
seperti ingin terapung melayan ombak perasaan
membiarkan diri bersama-sama berlayar dalam lautan jiwa

aku pun.
tapi sekarang hati serasa mau meletus
kerana terfikir tentang momento
hebat permainan mu ya wahai hujan
membuatkan ku tersenyum tersengih sendirian seperti budak terencat
tidak mengapa mereka tiada cuma ada aku sendiri
jadi tiada yang judge dan tahu

momento;
sama ada aku sahaja yang menganggap ianya sebagai sesuatu yang istimewa untuk disimpan
atau aku sahaja yang perasan
biarlah, aku tidak peduli
angan-angan kan free
biarkan saja aku begini

terasa dingin tapi hangat
ah, indah :)

KauOnde as histórias ganham vida. Descobre agora