BAB 8 : Adat (part2)

135 15 7
                                    


Bintang malam mula menerangi langit KUDRAT. Jarum tepat menunjuk kearah pukul 9.30. Nisa bersiap sedia untuk 'opening' malam ni. Hopefully, Ayam dah panggil form 4 and form 5.

"Mia, aku perasan kau macam asyik hilang-hilang sejak ni. Mana kau pergi?"

Mia yang sedang kusyuk membaca novel tidak membalas sepatah perkataan.

"Mia! Aku tanya ni!"

"No. Diam. Aku yang patut tanya kau. Kau rasa apa kau buat ni betul ke? Betul jugak apa yang Azim cakap takkan kau nak hidupkan semula adat si4l ni? Kau-"

Nisa mengerut dahi. Macam mana Mia tahu conversation dia dengan Azim? "Apa?! Mia, aku tau ayah aku dulu salah guna kuasa sebab tu sekolah ni jadi teruk. Sebelum ni, adat tu berjaya jadikan seseorang itu ORANG."

"Aku tak pasti. Yang pasti, lebih baik kau lupakan sahaja misi kau. Aku tak sedap hati Sa."

Nisa menarik leher baju Mia. Matanya menjegil. "Apa masalah kau ni? Sejak bila kau tak sependapat dengan aku? Ni mesti si Daiyana hasut kau kan?"

"Takde kena mengena dengan Daiyana lah Nisa. Aku cuma taknak kau menyesal nanti."

Nisa menolak Mia dengan keras. Selama ini, Mia yang menyokong dia dari setiap aspek. Bila rancangan Nisa dah nak berjaya, Mia pula yang berpaling. Pintu dorm mereka diketuk sekuatnya secara tiba-tiba. Tepukan bergema-gema.

"Woah! Drama betul kau ek? Dah puas bercakap macam orang gila?" Terjah Daiyana. Nisa menelengkan kepalanya. Senyuman seram terukir dibibirnya.

"Kau mesti tak sabar kan nak lawan dengan aku?

Daiyana tersengih-sengih. Dengan pantas dia menarik tangan Nisa menendang perutnya. "Well, aku memang tak sabar pun. Jom aku bawak kau pergi gelanggang ye?"  Kata Daiyana sambil menarik tangan Nisa dengan kasar. Perut Nisa terasa pedih dengan tendangan Daiyana.

Dewan KUDRAT dipenuhi murid-murid. Mata Nisa melilau mencari ayam. Tiada. Jelas sekali yang panggil murid-murid itu ialah Daiyana. Daiyana menolak Nisa sehingga terjatuh.

"Assalamualaikum! Form 4! Form 5!" Jerit Daiyana.

"Waalaikumusalam!"

"Korang nampak tak betina ni?? Ni betina yang berangan nak hidupkan adat s1al KELANAI dulu! B0D●H! Nisa? Bangunlah.. cuba kau jelaskan sikit adat ni.. budak-budak ni tak tau.."- kata Daiyana dengan lembut.

Nisa membisu. Otaknya tidak dapat mengarang sebarang ayat pun. Hanya kesan masa silam yang bermain difikirannya.

"NISA! HAFIZATUNNISA NUR BINTI ABDUL KAHAR!" Jerit Daiyana sambil menendang--nendang perut Nisa. Gerangan Nisa terpantul disetiap sudut dewan. Dalam keadaan tegang begini, Nisa masih melilau-lilau mencari ayam dan Mia.

"Kesiannya ayah kau ek? Ayah kau dulu konon nak pegang KUDRAT ni.. tapi tulah otak dia cetek. Bodoh. Buat perkara ikut amarah. Yang bertuahnya.. ayah aku.. pakcik aku.. ayah kau? GAGAL." Daiyana sengaja menyentuh perkara itu. Dia tahu Nisa mesti panas punya kalau sentuh pasal ayah dia.

Kepala Nisa berdeyut-deyut. Dia lekas membangkitkan diri lalu menumbuk muka Daiyana. Gusi Daiyana berdarah. Nisa dikawal amarah. Kakinya menyepak-yepak muka Daiyana.

"Aku akan pastikan aku dapat GOOD ENDING kalini!" Kata Nisa.

"Korang nak sangat aku jelaskan pasal adat KUDRAT kan? Biar aku jelaskan. Firstly, NJET-STENG semua!"

Murid- murid saling berpandangan. Natang apa njet-steng? Makanan eh? Azim yang dari tadi berdiri dibelakang mara kehadapan. Dia terus mengangkang kakinya dan melakukan njet-steng. Murid-murid yang bingai tadi terus mengikut gerakan Azim itu.

PROJECT : HIGH COUNCIL 2Where stories live. Discover now