BAB 4 : KHIANAT

285 25 1
                                    

"Assalamualaikum waramatullah...", ucap Nisa seusai solat Subuh. Nisa menadah tangan permulaan untuk membaca doa. Mia yang berada disebelah sibuk melipat telekung sambil memikirkan menu apa yang kantin akan hidangkan pagi ni.

Baru sahaja Nisa ingin mengaminkan doanya, Mia 'mencedok' angin di telapak tangan Nisa yang sedang menadah itu. Nisa mengerutkan dahi.Teringat dengan memori bersama ayahnya. Cara Nisa 'mencedok' doa ditangan ayahnya sambil berkata "Yeyy Nisa dapat doa ayah!" meninggalkan sebak didada.

Nisa terus bangkit dari saf dan meninggalkan surau serta merta. Mia yang tersengih-sengih terjengket-jengket dibelakang Nisa.
"Nisa!"panggil satu suara kaum adam. Nisa sudah kenali siapa empunya suara itu. Favourite Seniornya, Azim.

Nisa amat mengagumi Azim kerana pembelajaran, kokurikulum dan akhlaknya tidak hilang walaupun bergaul dengan budak 'locos'. Nisa tunduk dan melekaskan jalannya. Mia tertawa melihat karenah kawannya itu. Segera dia mendekati Azim. "Dia bukan tak suka kau dia tak selesa kot" ujar Mia kepada Azim.

Bola mata Azim tak beralih dari gadis pujaan hatinya. Mia senyum sinis kepada Azim dan berlalu pergi. Seusai Nisa kembali ke dorm, dia menyorok disebalik koridor untuk memeranjatkan Mia. Nisa ketawa sendiri.

*pak!*. "Astaghfirullahalazim! Jangan pukul Nisa tok!" Jerit Nisa setelah merasai bahunya ditepuk makhluk. "Awak buat apa ni? Boleh ikut saya sekejap? Ada benda nak dibincangkan." Ujar warden yang bertugas. Nisa akur dengan warden tersebut dan mengikut sahaja langkah.

"Kenapa bawa saya kesini? Saya nak makan lah." Marah Nisa. Dibawanya ke stor yang dipenuhi tilam. Warden itu menunjuk kearah nametagnya. "Najlan." Ujarnya.

Dalam masa yang sama, cikgu Azam bergerak perlahan-lahan ke belakang Nisa. Nisa yang menyedari perkara itu lantas mengeluarkan pen bermata tirusnya dan menghalakan kebelakang. "Woah- jangan Nisa.. Aku nak cakap ni..." balas cikgu Azam sambil menyandarkan diri ke dinding.

Nisa menaikkan kening kirinya. "Okey, seperti yang dijanjikan kitaorang semua jadi kuli kau. Well kau nak hidupkan sistem High Council semula tapi kau tau tak risikonya? Kalau kau hidupkan balik, serta merta adat KUDRAT akan hidup juga and kalau KUDRAT dapat tahu benda ni hidup balik, sekolah ini takkan terima perempuan dah. Kau tahu kan sekolah ni asalnya untuk lelaki? Itupun kalau kau buktikan kat KUDRAT kau boleh raise adat tu betul-betul." Cikgu Azam menarik nafas. Semput dibuatnya.

Nisa tersengih. "Ya aku tahu risikonya. Aku cuma nak adat ni hidup semula. Bukan ke misi KUDRAT untuk melahirkan lelaki melayu terakhir?"

Cikgu Azam mengeleng-gelengkan kepalanya. Sakit kepala bercakap dengan budak ni. "Tapi kenapa? Kenapa kau nak sangat hidupkan balik?".

"2006. Ayah aku kena buang sekolah disebabkan madu Nepal. Ok tu aku admit salah dia. Tapi KUDRAT jatuh kat tangan Fakhri, aku tak setuju. Tengok apa dia buat. Dia hentikan adat agung ni. Pengkhianat. Jadi, disebabkan dia dah pergi dari sekolah ini, aku nak ambil chance hidupkan balik adat agung KUDRAT. No one boleh halang aku." Jelas Nisa.

Tekaan cikgu Azam selama ini benar. Nisa merupakan darah daging Abdul Kahar. Cikgu Ayam tertawa. Tawa yang menghilangkan rasa canggung dalam bilik itu. Nisa menjeling. Najlan mencubit bahu milik cikgu ayam dan masing-masing tertawa.

"Jadi, kalau aku adakan pilihan raya.. korang setuju?" Tanya Nisa. Najlan mula bersuara, "tak salah. Tapi hati-hati jangan sampai ada yang Jibam. Aku warden malam ni so kalau kau nak buat, malam ni is the best chance." Nisa tersenyum gembira dan pergi meninggalkan stor itu.
Pandangan mata Najlan merubah ke cikgu Azam. "Dia tahu?" Cikgu Azam menggeleng "Not yet." Balasnya.

"Nisa! You're late. Where have you been?" Tanya cikgu Rohana kepada Nisa. Sejurus Nisa meninggalkan Stor itu, kelihatan dewan makan sudah pun sunyi tanpa adanya pelajar. "I.. urm- my stomach is hurt teacher. So i've stuck inside the toilet for 30 minute." Jawab Nisa dengan nada yang tenang.

Cikgu Rohana menunjukkan muka tak puas hati. Ini merupakan sesi pertama mereka, tetapi kehadiran Nisa yang sedikit lambat mencalarkan mood cikgu Rohana. "This is the first warning, Nisa. Have your seat." Nisa akur lalu duduk bersebelahan Mia.

Mia tergelak-gelak. "Tulah.. kau hilang lagi.. nah aku ada pinjam roti kantin sikit.. hehe" usik Mia sambil menghulur roti yang dicurinya. Nisa lantas menggeletek Mia. "Pinjam konon.. terima kasih sayangku Mia."

Cikgu rohana membaling pen marker kearah Nisa dan mengena dahi Nisa. Satu kelas ketawa terbahak-bahak. "Pay attention!" Jerit cikgu Rohana sehingga cikgu ayam yang berada dikelas sebelah juga terkejut. Nisa menunduk. Perasaan geram membuak. Dia menghiris halus lengannya dengan pembaris besi. *tik* *tik*. "DA-DARAH!" jerit seorang pelajar yang duduk dibelakang Nisa.






Luahan creator : sorry guys.. watashi busy sikit cuti ni hehe insyallah watashi update slow-slow okey.. nk pesan sikitt korang jgnlah tengok leaked PHC tuu kan tk syok nnti haiya.. take care okie cuti ni <3

PROJECT : HIGH COUNCIL 2Où les histoires vivent. Découvrez maintenant