BAB 3 : Depresi

341 22 10
                                    

// FLASHBACK //
Bunyi gelak tawa mengemakan rumah teres suram keluarga Nisa. Bunyi hempas-hempasan perkakasan dapur menambah riuh bak kerana masakan asam pedas Wanie tidak menjadi-jadi. Wanie yang tertekan terasa bingit dengan bunyi gelak tawa dari bilik kerja suaminya. Dia membawa amarah sendiri ke sana.

"Woi! Aku dari tadi sibuk masak kau buat apa kat sini? Memekak kau tau tak?" Tengking sang isteri tepat menuju ke arah suami.

Nisa yang masih lagi berumur 7 tahun lantas menggigil ketakutan dengan ngaguman seekor singa. Sang suami, kahar membuka suara dengan nada lembut,

"Saya tengah spend time dengan anak-anak... bukan selalu.. kan Nisa?". Tenang bak air ayat balasannya.

"Takkan sikit pun kau tak boleh tolong aku? Kau ada kat rumah pun tak jadi apa lah! Balik-balik Nisa, Nisa, Nisa tak Nisa, Taufiq, Taufiq, Taufiq" keluh Wanie.

"Ya allah, Cinta Hati... saya ada kat rumah ni.. banyak dah tolong Cinta Hati.. saya dah basuh baju, lipat baju, kemas rumah.. semua dah.. Cinta Hati dari pukul 12.30 sampai 5.30.. nak senja dah.. kat dapur.."

Nisa mengganguk. Hatta Wanie sedang siapkan lauk untuk tengahari jadi lauk untuk malam. Sedangkan Kahar dari tadi buat kerja rumah.

"Kau tak payah nak angguk-angguklah sial!" tengking Wanie. Dengan pantas, jari jemari lentik itu menarik rambut ikal mayang Nisa. Ditariknya sehingga tercabut kebanyakan rambut budak tak bersalah itu.

"Mama! Taknak mama! Tolonglah! Nisa tak buat lagi mama.. lepas mama sakit!!" Raung Nisa. Raungan itu bagaikan Ajinomoto yang menambah rasa panas di hati Wanie. Wanie menuju ke bilik sebelah sambil mengheret nisa. "Fiq duduk sini dulu eyh. Jadi goodboy ok papa pergi ambil cotton candy sekejap" ujar Kahar kepada budak berusia 5 tahun yang keliru akan apa yang terjadi antara mak ayahnya.

"Cinta Hati, sudahlah.. budak ni tak salah apa.." pujuk Kahar. Senyuman manis bak madu tidak hilang dari bibirnya.

Wanie membaling Nisa ke dinding. Nisa terus merasakan kepalanya dihempap batu seberat beratnya. Badannya tidak berdaya. Lebam, luka hari sebelum ini tidak sembuh lagi lalu ditambah pulah hempasan ke kepala. "Kau menangkan sangat budak ni! Mana dia tak lemak!" Marah Wanie.

Kahar menyusun rapi ayat yang ingin dilontarnya. Marah bukan satu jalan menyelesaikan masalah. Melihat Nisa yang separa sedar menambah kekusutan kepala bekas Kapla High Council.

"Anak sendiri awak bantai! Mak macam mana awak ni? Memanglah tak jadi masakan awak.. halia, kunyit, bawang dengan serai pun awak geli nak pegang.. kata awak takut calarkan jari.. nanti ada bekas kuning kat jarilah apalah.. kemas rumah pun awak tak nak. Kalau vakum pun awak vakum yang atas lantai je.. kadang saya terfikir, Nisa yang sekolah ke awak? Awak selalu tidur awal lepastu bangun lambat pula tu saya nak kerja lagi.. kena settle kan Nisa ke sekolah.. selama ni saya pendam je.. tak sanggup nak cakap.. tapi awak pressure saya macam ni.. orang siap mengata saya takut bini lagi. Salah! Saya tak takut dengan awak tapi saya respect awak! Saya ni sayang awak lagi tau tak cinta hati?" Jelas Kahar panjang lebar.

Nisa yang separa sedar terfikir tentang diri sendiri.. aku ni beban ke? Setiap saat bermain ni akal fikirannya. Manakan tidak, Wanie seorang perempuan yang terlalu 'Diva' asyik menjaga pernampilan tetapi malas! Kelihatan cantik diluar sahaja tetapi sifat malasnya kalah binatang yang bernama Sloth.

Berlainan dengan Kahar, selalu bekerja lebih masa.. assignment kawan sekerja diambil alihnya untuk mendapat gaji lebih. Terlalu konsisten. Kahar yang penat bekerja dari awal pagi ke tengah malam bukannya dapat rehat sebaik pulang kerumah namun menyambung tugas isteri sendiri.

Bil air, bil api semuanya sudah naik. Rumah teres punya bil lebih tinggi dari rumah banglo. Semuanya sebab tabiat pemalas Wanie.

"Baik. Kau benci sangat aku kan??. Lepaskan je aku!" Wanie tergelak dalam diam. Kahar mesti akan merayu pada aku untuk tidak tinggalkan dia. Aku cantik.. takkan dia nak hilang perempuan secantik ni?

Kahar terkejut. Sangkanya Wanie akan menjadi lebih baik dengan luahannya sebagai seorang suami. Tetapi cerai juga yang disebutnya. Kahar tidak pernah sesaat pun ingin melepaskan Cinta Hatinya. Kasih sayangnya juga tak pernah pudar. Tetapi bila difikirkan semula, Kahar sudah lama bersabar dengan karenah 'diva' isterinya.

"Sa.. sa.. saya tak sanggup. Saya beri awak peluang kedua. Awak pulun sehabis baik okey?'' Pujuk Kahar

"Taknak, takkan! Apa susah? Sebut jelah!" Desak wani.

Nisa hanya mampu melihat situasi tegang itu dalam keadaan separa sedar. Tak berdaya. Tak berguna. Itu yang dipikirkannya. Air matanya tidak dapat dikeluarkan. Dek kerana selalu sangat menangis.

"Baik, Tapi Nisa, Taufiq.. saya jaga.. saya taknak bebankan awak.. takut nan-" belum sempat Kahar menghabiskan kata, Wanie menuju ke Nisa dan menarik tangan Nisa dengan keras. "Sudahlah! Kau ambil jelah dua sial ni!!" Celah Wanie. BINGIT!!.

Kahar menarik nafas. Dipegang lembut tangan Wanie. Matanya yang indah bagaikan bintang di langit menahan permata dari gugur. "Waniena Iman binti Samad, aku ceraikan kau dengan talak tiga."

Wanie terkebil-kebil. Kahar menarik lembut tangan Nisa dan menyuruh Wanie keluar dari rumah secara halus. Kahar kembali ke bilik kerjanya seusai wanie mengemas barang dan keluar dari rumah. Kelihatan Taufiq sedang menangis dek kerana jeritan Wanie tadi.

"Taufiq...eyhh jangan nangis sayang.. papa ni.. nah gula-gula eh sayang.." pujuk Kahar. Nisa rasa amat tidak berguna.. lantas memeluk ayahnya.. "Nisa kena kuat eh sayang jangan jadi diva sangat macam mama. Berani berjuang ye?" Nisa terdiam. Berfikir High Council akan menjadikan dia yang terkuat. Nisa tekad hidupkan semula High Council, kembalikan maruah ayahnya, dan takkan menjadi seperti ibunya. Pasti!

//FLASHBACK TAMAT//

Masing-masing menyokong cikgu Azam. Nisa memegang janjinya pada saat kencang ini. Mia yang kecil terperangkap didalam lautan manusia. "LAWAN! LAWAN! LAWAN!" bergema di seluruh penjuru bilik.
Nisa mengambil tempat. Meregangkan tangan dan kaki sendiri tanda bersedia untuk berlawan sedangkan cikgu Azam dari tadi hanya mengatakan diri yang terbaik tanpa sebarang warm up. Cikgu Azam membuka kekudanya.
3...
2..
1.

tumbukan yang menghala ke perut Nisa berjaya dielak. Masing-masing ligat memikirkan cara.
Cikgu Azam sekali lagi melepaskan tumbukan. Bijaknya Nisa, dia membuat backflip dan memijak kaki kiri cikgu Azam lalu ditumbuk lehernya. Cikgu Azam mengundur. Nisa kepanasan.

  Nisa menanggalkan baju sweaternya dan kembali berlawan dengan t-shirt. Cikgu Azam bangkit lalu menepis betis Nisa dan menumbuk muka. Nisa terjatuh.

  Suasana tiba-tiba menjadi suram. Tangisan Mia sahaja yang kedengaran. Nisa terkilan dengan tumbukan itu lantas membangkitkan diri. "Bapak aku dah cakap kan, jangan main muka.. sial" jelas Nisa lalu meludah darah.

Cikgu Azam terkebil-kebil. Perasaan ketakutan mula memeluk diri. Nisa dengan pantas menumbuk semula muka ayam tetapi 2 kali ganda lebih kuat "dah! Jangan main muka!" Teriak Nisa. Cikgu Azam terhuyung-hayang. Hampir pengsan. Belum sempat dia membalas tumbukan, Nisa menyucuk terongkok miliknya lalu di ketuk leher belakangnya. Mengetahui cikgu Azam tidak akan bangkit dia terus menarik Mia keluar dari bilik sempit itu.

"Kau ok tak Mia??" Tanya Nisa. Gusar. Kawannya kelihatan menggigil, menangis sambil menepuk dada.

'Panic attack'. Itu yang dapat Nisa simpulkan. Nisa memegang lembut muka Mia sambil mengusap belakang Mia. Sambil mia menepuk dada dia cuba untuk mengatakan sesuatu tetapi tidak kesampaian. Nisa ketakutan. Dia tak ingin perkara lepas berlaku semula. Taufiq. Lantas Nisa memeluk erat kawannya itu.

Erat-seeratnya. Mia cuba mengawal nafasnya. Dia menolak Nisa "dahlah aku okey!'' Ucap Mia. Nisa teruskan pelukkannya. Mia berasa pelik dengan perbuatan Nisa. "Nisa? Kau okey? Kenapa kat luar sesorang?" Kedengaran satu suara datang dari arah kanan. Nisa terus bangkit dari pelukkannya. "Takde. Aku saja jalan-jalan dengan Mia ni hah" jawabnya.

  Muka kene cool. Azim menunjukkan riak muka lega "ouh.faham je.. hi Mia.. baliklah dorm nanti pukul 10.30 lights out" nasihatnya. Nisa mengganguk dan menarik Mia. Mia terpegun dengan kekacakkan Azim sedangkan Nisa hanya mengendahkannya.

Azim yang berjalan balik ke dorm tersenyum sendiri. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Mia mengambil peluang ini untuk mengusik Nisa. "Kau suka Azim ehhh.." Nisa menunjukkan riak muka tak puas hati. "Aku ni baru je menang gaduh. Lega. Tetiba kau celahkan Azim kenapa? Aku ni boleh je nak pukul dia. Ahhahaha. "

Bantah Nisa. "Ceyy..yelatu.. kalau dia ada pertalian darah dgn kau macam mana?" Cabar Mia. Nisa melepaskan gengaman tangannya dah segera melarikan diri dari Mia.

PROJECT : HIGH COUNCIL 2Where stories live. Discover now