BAB 2 : sanggah

393 22 4
                                    

  "Kau gila?!" Teriak Mia seusai Nisa menceritakan apa yang berlaku tengahari tadi.

"Jadi kau ni anak Kahar yang Kapla tu? Seriously?! Gila gila. Kau rasa.. kau patut ke join si Ayam tu malam ni? Mana tahu ada taik ayam bawah selipar" Luah Mia.

  Tak sanggup dilihatnya kalau Nisa balik ke dorm dengan calar balar. "Takde, aku nak juga ke sana mana tahu peluang aku di sana." Bantah Nisa.

Mia hanya mampu memberikan nasihat. "Nak halang guna fizikal takut aku yang senak nanti." bisik hatinya. Mia tekad menemani roomate nya ke sana. Setelah solat maghrib, Nisa lantas menyiapkan diri untuk ke dorm Kasturi.

"Kau buat apa ni? Kita perempuan lah! Bukannya anak jantan!" Marah Mia. Nisa mengedahkan sahaja teguran kawannya yang feminis itu lalu meneruskan push-up ke 150.

Feminis bukan sifat bagi Nisa. Bagi dia, dilahirkan sebagai perempuan bukan halangan untuk menyuarakan hak sendiri. Sejak kecil lagi, nisa diajar untuk menentang yang salah dan berpaling dari pengecut. Tidak memiliki fizikal seperti lelaki bukan bermaksud seorang perempuan itu lemah. Berlawan secara ringkas menjadi prinsip dirinya.

Tepat pukul 9, Nisa berdiri di hadapan bilik stor. Tempat calon Kapla direstui dahulu. Menarik sehela nafas, Nisa mengetuk pintu bilik stor itu. Pintu itu dibuka sejurus ketukan ketiga. Mia kecut perut dengan bunyi yang kedengaran dari dalam bilik itu. Bunyi orang bertarung.

Nisa melangkah dengan gembira. Cikgu Azam segera mendekati Nisa. "Bagus kau datang. Kau nak hidupkan semula High Council kan? Malam ni, aku lawan kau" cabar cikgu Azam.

Mendengar cabaran itu, Nisa tergelak terbahak-bahak. Si Ayam yang selalu ayah aku pukul cabar aku?lawak apa ni?. "Okey aku sahut cabaran kau ayam." 

  Balas Nisa sambil menahan tawa.Seluruh kaum Adam yang berada di dalam bilik itu terus ketawa dengan kencang. Mereka tidak sangka perempuan yang berkait rapat dengan perkataan 'lemah' berani menyahut cabaran.

Akal seorang lelaki hanya memandang perempuan sebagai seseorang yang patutnya menetap di dapur, lipat baju, sidai baju, membawang yang ibaratnya hamba.

Mia yang ketakutan dibelakang tiba-tiba bersuara, "Nisa lain! Kau akan menyesal Ayam!". "Kalau begitu kita buat taruhan. Kalau kau kalah, kau jadi kuli" sorak semua lelaki. Mia terkedu.

Cepat-cepat dia berbisik ke Nisa tanda dia tak setuju dan mengarahkan balik ke dorm. Fikiran Nisa menjadi kabur buat seketika.

Hanya satu cabang fikirannya yang jelas. 'Sambut' Nisa menggerakkan jarinya ke bibir tanda senyap. "Baik! Aku taruhkan diri aku. Tapi kalau aku yang menang, semua yang dalam ni jadi kuli kitaorang. Amacam?"cabar Nisa. Cikgu Azam mengganguk dan pertarungan akan bermula!

PROJECT : HIGH COUNCIL 2Where stories live. Discover now