Deklamasi kata untuk kamu.

37 8 4
                                    

Hi, kepada readers lama..

📍Saya maklumkan awal yang cerita ni dah pernah baca pun. Cuma tukar tajuk dan genre aje (yelah tu). Sebab saya ni lemah dan bosan sikit tulis bab romance semata-mata. Jadinya, saya tambahkan sikit sos cili thai dan bawang putih, terhasillah cerita 'Drama' ni.

📍Masih watak sama, Dani dan Dina. Juan, Shinsu dan lain-lain.

kepada readers baru, Hi!

📍Awak-awak enjoy jelah ya. Kalau ada salah silap, hamba susun sepuluh jari hulur kuah kari.

_______________________

Macam biasa, cerita ni tiada kait mengait dengan hidup dan mati. Masih panas ngat-ngat keluar daripada otak penulis sendiri. Gatal menciplak, tanggunglah sendiri. Lagi bagus, jadikanlah ini inspirasi. Bukan hak cipta diri.

Semoga indah!

.

.

.

.

.

Dunia ini tak seindah kita sangkakan. Ada perkara yang perlu dirahsiakan, dan ada perkara yang perlu dideklamasikan. Menerusi sebuah karya, nukilan, lukisan, mahupun sebuah tayangan gambar. (Filem).

Maupun begitu, tak semua memahami dan mengerti isi tersiratnya. Namun, itulah tujuan azali. Memberi mesej kepada yang tidak memahami. Cukup sekadar merasa di hati yang tidak kekal abadi.

Hidup bukanlah suatu tayangan umum. Tapi harus ditayangkan bagi mengungkapkan apa yang tidak terkata di lidah dan terbuku di hati. Biar mereka-mereka yang menyaksikan dan mengadili situasi seadil diri. Dari awalan, hinggalah sebuah pengakhiran. Samada sedih, mahupun sekadar senyuman segaris.

Terpulang kepada yang memerhati dan menyumbang hati menerima. Jika kejam di mata, kejamlah akhirannya. Jika tangis di mata, sedihlah akhirannya. Namun kepada yang bergembira, ini karya untuk kamu. Khas dideklamasikan buat kamu.

- Andy.

Drama. [OG]Where stories live. Discover now