"Luce Mia.." Panggil Han's Andrey kepada isterinya, Liliana mengalihkan pandangan apabila jejaka itu memanggil. Dia tersentak seketika apabila Han's Andrey sudah berada ditepi tempat duduk nya.

Han's Andrey mula melutut sebelum tangannya menyeluk kedalaman kocek kot nya. Sekotak cincin dikeluarkan sebelum dibuka. Liliana terkedu seketika.

"My love, I know this gift is not much but I'm trying to make you happy. I know there is still a long way to go in our life story. I know your life has many twists and turns, so let me make your life perfect. I will take care of you until the end of my life.."

"Dan, sudikah seorang gadis yang bernama Putri Liliana Radella ini menjadi pendamping hidup saya sampai ke syurga?" Air mata Liliana mengalirkan sedikit. Dia mula menganggukkan kepalanya tanda setuju sambil tersenyum.

"Yes, yes i'm willing." Han's Andrey yang mendengar itu terus tersenyum bahagia. Dia menyarungkan cincin itu ke jari manis Liliana, Liliana melihat cincin berlian biru itu. Cantik... Dia bangun dan terus masuk ke dalam pelukan suaminya itu. Sempat dia mencium bibir suaminya.

"Terima kasih abang, Adel hargai semua jasa abang, Adel tak pernah minta semua ni tapi abang yang buat semua ni untuk Adel, abang tak perlu pun buat semua ni untuk buktikan cinta abang dekat Adel. Cukuplah hanya pandangan mata dan cara abang layan Adel untuk Adel tau yang abang cintakan Adel." Ujar Liliana cukup syahdu. Andrey mencium ubun-ubun isterinya lama.

"Ti amo, marito mio."

"Ti amo così tanto mia regina."

"And one more.." Ujar Andrey apabila pelukan mereka dileraikan. Han's Andrey mula mendekatkan bibirnya di tepi telinga isterinya untuk membisikkan sesuatu.

"Sebagai balasan hadiah untuk abang, malam ni kita exercise sikit ok." Han's Andrey mula menjauhkan diri sedikit sambil tersenyum nakal. Liliana yang mendengar itu terus terbeliak mata nya bila dia dapat menangkap senyuman nakal di wajah kacak suaminya itu. Muka mula rasa panas.

"Eyy, nakal lah abang ni." Liliana mencubit manja lengan sasa itu.

"Nakal dengan isteri sendiri je."

Tawa mereka mula pecah dan memenuhi ruangan atmosfera. Bahagia.. itulah apa yang aku rasakan sekarang. Semoga kebahagiaan ini kekal untuk selamanya...

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Morning Princesa, morning Rey."

"Morning too boys, haih lambatnya bangun." Balas Liliana kembali apabila disapa oleh Ryu dan Elvien. Pelik juga dia tadi kerana kedua-dua jejaka itu masih belum bangun dari tidur selalunya pagi-pagi macam ni mereka memang dah memekak. Liliana memandang Ryu dan Elvien yang masih dalam pakaian tidurnya. Nampak sedikit comel kerana Ryu memakai baju tidur Hello Kitty dan Elvien pula memakai baju tidur gambar Ultraman.

"Hm.. tak dapat tidur malam semalam sebab si Vien ni lah ajak I tengok cerita hantu. Dah lah cerita hantu tu seram kisah benar pula tu." Balas Ryu Cleon tidak puas hati. Dia menjeling Elvien Allen yang berada di sebelah nya. Orang penat semalam sebab tolong si Rey buat kejutan dia boleh ajak kita tengok movie.

"Alahh Ryu sorrylah, macamlah kau tak tau aku ni takut nak tengok cerita macam tu. Aku nk try je tengok cerita hantu Turki ni macam mana." Pujuk Elvien pada sahabat nya itu. Haih merajuk pula mamat ni. Orang nak tengok cerita hantu pun tak oleh..

OG| A True Love (Slow Update)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें