"... Yiqin kenapa tak datang?"

Naik kening Lulu dibuatnya. Ini dah orang yang kelima belas tanya soalan yang sama. Penat dia nak jawab jawapan yang sama. Kenapa semua orang cari Yiqin ni?

"Dia sakit lah, dah blah sana" jawab Lulu. Harap si Daeul ni pergi cepat dan jangan nak meroyan macam orang gila seperti orang-orang sebelum dia.

"Serius lah? Sakit apa? Demam ke? Dah makan ubat ke? Tak pergi hospital ke? Siapa jaga dia?" Tanya Daeul bertubi-tubi dengan menggoncangkan tubuh Lulu.

"Eh kau ni pesal? Dia hidup tak mati pun" Lulu menolak jauh Daeul. Nasib dia tak sepak atau humban dalam parit. Lagi sesuai dan afdal.

"Aku tanya je..ok bhai" Sebegitu sahaja Daeul pergi. Lulu pula hampir terpecahkan cermin makeup dia.

"Takpe Lulu, orang cantik kena sabar....fuhh sabar..." Dia mengurut dada dan menarik nafas. Hampir sahaja membalikkan beberapa meja disitu.

"Lulu-"

"HAH APA KAU NAK HAH? PENAT AKU NAK JAWAB SOALAN YANG SAMA TAHU TAK?" Terjerit Lulu kepada manusia itu. Lulu kemudiannya melihat Taerae yang masih terkejut. Si Taerae dah menggaru kepala. Dia ada salah cakap ke?

"Hah apa kau nak?" Lulu duduk dengan anggun dan mengipas-ngipas dirinya. Buat macam tiada apa jadi.

"Aku nak pinjam buku sejarah kau boleh?" Tanya Taerae dengan lembut. Kan cakap garang kan tak pepasal dia kena campak dalam longkang. Tak mahu dia.

"Oh boleh, nah amik lah" Lulu menyerahkan buku sejarah yang dibalut dengan pembalut pink. Cantik menyerlah gitu. Hot Pink~

"Thank you" ujar Taerae dan tersenyum sebelum berjalan ke tempatnya. Kalau lama-lama kan kena tibai dengan Lulu. Fuh seram

"Noona ni garang sangat lah" sampuk Yujin ditepi Lulu.

"Sukahati aku lah. Ni kau nak cari Yumi ke? Sorry aku taktahu" Lulu berjalan keluar dari kelas.

"Halah noona ni jangan nak berahsia lah. Kalau noona cakap Yumi kat mana, Yujin bagi no Ricky Hyung, hah apa macam?" Tawar Yujin. Dia tahu Lulu sukakan Ricky jadi kena bagi sesuatu supaya dapat win win situation.

"Nah, kau bagi no Ricky dan aku bagitahu kat mana Yumi menyorok" balas Lulu dengan memberi telefonnya kepada Yujin.

"Ok siap, hah kat mana Noona?" Yujin bertanya setelah diberikan no Ricky kepada Lulu. Walaupun dia akan dimarahi tapi dia tak peduli, demi crush sanggup lautan Pasifik didayung bot.

"Dia ada kat rooftop" jawab Lulu tentang keberadaan Yumi. Mesti nanti dia kena ganyang dengan adik tiri dia tu. Seperti Yujin, demi no Ricky, hujan emas sangguh ditadahi.

"Thank you, noona" Yujin membalas dengan tersenyum sebelum berlari ke rooftop. Dapat jugak dia tahu kat mana Yumi menyorok.

Lulu pula berjalan dan ingin ke kelas Mirae di tingkat atas. Beberapa pelajar lelaki yang melalui koridor itu pasti berjalan laju dengan menundukkan kepala. Maklumlah selain Mirae, Lulu boleh tahan dia punya aura kak long kawasan. Pernah dulu dia bantai senior gatal yang cuba angkat skirt dia, tu yang mati dibakar dibelakang sekolah.

"SEOK MIRAEEE"

Mirae dan Hanbin sedikit terkejut mendengar Lulu yang menjerit nama Mirae dari luar kelas. Lulu kalau menjerit mesti satu bangunan dengar.

"Kau kenapa-" Terus Lulu berlari dan melompat diantara Mirae dan Hanbin. Nasib ada kerusi kalau tak dah gedebuk di lantai.

"Kau sana, aku nak cakap dengan Mirae" kata Lulu dengan menolak Hanbin dari situ. Sekian member kena buang.

"Kau dah kenapa ni? Kitorang tengah study lah ngok"

"Weh jom ponteng sekolah"

Terkejut lah Mirae dibuatnya. Ni dah kenapa Lulu mengajak ponteng sekolah ni? Apa yang jadi ni?

"By the way lepas sekolah kau nak pergi mana?" Tanya Lulu dengan bermain rambutnya.

"Aku, Matthew dengan Hanbin nak pergi rumah Yiqin" jawab Mirae dan menyimpan bukunya.

Tadi dia sedang belajar dengan Hanbin tentang pelajaran mereka selama sebulan Mirae tidak datang sekolah sebab digantung. Disebabkan peperiksaan dah nak dekat dia kena lah belajar bersungguh-sungguh kalau nak kekal di All Star.

"Wah aku pun ikut jugak lah. By the way siapa yang jaga Yiqin? Dia kata abang dia tak balik rumah semalam" tanya Lulu ingin tahu.

"Zhang Hao" sampuk Hanbin. Sebenarnya dia yang paksa Zhang Hao untuk jaga Yiqin. Biar diorang bersama sampai hubungan jadi rapat. Bijak kan dia? Matthew pun tahu sebab sokong juga.

"Serius lah? Takde apa jadi ke antara diorang tu?" Tanya Lulu lagi. Entah membayangkan apa yang dilakukan Zhang Hao dan Yiqin. Tapi disebabkan mereka rapat dan tiada apa sangat yang pelik berlaku.

"Kalau kau nak tahu, kita kena pergi rumah Yiqin lah lepas sekolah" Mirae berkata pula.

"Tulah, tak sabar aku"

💝💝💝

♡ our love stories ≖ zhang hao ♢Where stories live. Discover now