𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟏𝟎

Zacznij od początku
                                    

Nayra mengoyak senyuman.

Dia jatuhkan kepalanya tanda mengerti.

I will, abang. Tapi bukan sekarang sebab—” Farrel memotong laju percakapan Nayra.

“Ya, aku pun tak ada lah memaksa kau untuk pakai tudung. Bila kau rasa nak pakai, kau pakai sajalah. Perlahan-lahan dan lama-lama kau akan terbiasa juga nanti.” nasihat Farrel kepada Nayra.

Ini buat kali pertama Farrel mengeluarkan isu tudung. Selama ini, Farrel hanya diam saja.

“Nayra cuba.” tuturnya perlahan sambil tersenyum tipis.

-

Farrel segera meluru ke arah rakannya. Tangan kawannya di salam mesra.

“Bro, datang juga kau.” mereka berlaga bahu.

Farrel menarik sengih.

“Mestilah aku datang. Kawan kita kahwin kot.”

Kawan Farrel melirik ke arah Nayra yang berdiri rapat di tepi Farrel. Gaya seperti anak yang suka menempel dengan bapa saja.

Lelaki itu tersenyum kepada Nayra dan Nayra pun membalas senyuman itu dengan agak janggal.

Farrel menghalang pemandangan kawannya.

“Bro bini aku tu. Jangan tenung lama-lama.” berinya amaran. Kawannya sekadar ketawa bila Farrel berkata begitu.

“Ya aku tahu. Kau ingat aku kaki kebas bini orang ke?” balas si lelaki.

“Manalah tahu. Kau bukannya boleh percaya.” balas Farrel. Nayra yang di belakang suaminya sekadar menggeleng kepala.

Aik, takkan cemburu.

Lelaki itu kembali menghamburkan ketawanya. Terasa lucu mendengar apa yang dikatakan oleh Farrel itu. Ada-ada saja.

Bahu Farrel ditepuk. “Sudahlah kau. Marilah kita masuk, majlis pun dah nak mula.” ajaknya segera lalu mendapat anggukkan dari Farrel.

Farrel langsung menarik tangan isterinya supaya mengikut langkahnya.

Mereka melabuhkan punggung di meja yang sudah memang disediakan buat mereka.

“Depan ek meja kita.” komen Farrel bila sudah melabuhkan duduknya.

“Ya. Muhaimin kata dia nak kita tengok dia bersanding depan-depan. Kalau kita duduk jauh tak boleh nampak pula.”

Farrel menggeleng. Pelik saja kawannya yang satu itu.

“Aku dengan Muhaimin dah. Kau bila lagi Fayyad?” ujar Farrel memberi soalan maut. Lelaki yang dipanggil Fayyad itu mulai menjuih bibir.

“Engkau ni, macam mak aku saja. Dia pun tak habjs-habis tanya bila nak kenalkan menantu dekat dia. Masalahnya, calon pun aku tak dapat lagi ni.” luahnya kepada Farrel.

Kenapalah manusia selalu tanyakan jodoh. Tahu tak jodoh tu susah betul mahu jumpa.

“Kau tu yang memilih sangat. Jodoh ada depan mata, kau tolaknya.”

Fayyad mengeluh. “Memanglah kena memilih. Aku kenalah cari jodoh yang sesuai dibuat bini. Bukannya main sauk aje.”

“Apa-apa sajalah.” balas Farrel pasrah.

Malas mahu lawan bicara dengan Fayyad.

Suasana mulai diam dan hanya kedengaran suara pengacara majlis sahaja yang berbicara. Pengacara majlis mulai  mengumumkan ketibaan pengantin.

“Mengumumkan ketibaan raja sehari kita iaitu  Muhammad Muhaimin Shah dengan pasangannya Nur Alia Insyirah untuk melangkah masuk ke dalam dewan.”

Langsung menegang badan Farrel bila mendengar nama pengantin perempuan yang disebutkan oleh pengacara majlis itu.

Nayra yang duduk di sebelah Farrel turut terkesan dengan tindakan Farrel. Dia tahu Farrel sedang terkejut bila mendengar nama pengantin perempuan itu.

Dia sangat tahu.

Bahu Farrel disentuh lalu Farrel pun mengerling Nayra.

“Abang okay?” bisiknya perlahan merapat ke arah Farrel.

Baru sahaja Farrel ingin menjawab tiba-tiba pintu dewan sudah terbuka. Farrel dan Nayra laju saja mengalihkan wajah mereka memandang ke arah pintu dewan yang di mana bakal pengantin nanti akan muncul melewati mereka.

Nayra meneguk air liurnya.

Why...”

Perlahan sahaja suara milik Farrel yang didengari oleh Nayra.

FARREL'SOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz