34 : That's The Ending

37 5 2
                                    

Tiga puloh empat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga puloh empat



Tiga bulan berlalu, dan Peperiksaan Akhir Tahun baru saja habis dua minggu lepas.

Tangan terasa bergegar mengalahkan orang sakit Parkinson. Kaki terasa bergetar macam sarat nak tahan kencing. Jantung berdegup laju bagaikan baru habis maraton 40 kilometer. Duduk dalam kelas sendiri pun rasa macam duduk kat tebing bukit. Rasa macam nyawa sendiri seperti telur di hujung tanduk.

Hari ni Cikgu Nia janji nak pulangkan kertas Add Maths. Gementar Pak Abu!!!

Kalau dapat 40 pun aku syukur sangat-sangat. At least lulus. Itu je goal aku sejak dapat result Add Maths pertengahan tahun dulu. Tak berani aku nak score tinggi-tinggi sebab aku tahu setakat mana kemampuan aku untuk push diri sebelum PAT hari tu.

Farhana di kanan memandang aku. Giginya menggigit bibir bawah. Dia shaking. Tapi tak seteruk aku.

"Hasbunallah wa nikmal wakil wa nikmal maula wa nikman nasir. Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong kami." Farhana mengucapkan sambil tangannya memegang tangan aku di atas meja.

Aku mengangguk. Hati mula rasa sedikit tenteram.

"Jazakillah hu khairan, awak." Aku senyum. Itu ucapan bahasa Arab yang dia ajarkan kat aku kalau nak berterima kasih. Tapi itu lebih kepada doa sebenarnya.

Semoga Allah membalas awak dengan kebaikan. Itu terjemahannya. Kalau nak pendek, kata Jazakillah je. Nak panjang, sebut Jazakillah Hu Khairan Kathirah.

"Waiyyaki." Farhana membalas senyum, dan juga mendoakan kembali doa aku kepada dia.

"Alhamdulillah. Walaupun ada yang gagal, tapi cikgu tak marah. Sebab banyak peningkatan." Cikgu Nia mula mengeluarkan kertas ujian kami daripada fail biru beliau. "Seorang membawa 4%. 23 orang lulus dan selebihnya..."

"... tapi tak apa. Ada juga peningkatan. Kalau usaha kuat lagi, confirm naik. Cikgu percaya." Beliau membawa kertas ujian di tangan kiri. Tangan kanannya menarik kertas exam seorang demi seorang sambil memanggil nama mereka.

"Iyad Muammar."

"Latifah Ilyana."

Setiap nama dipanggil, setiap kali itu tuan punya nama tersebut akan ambil kertas diaorang. Tiba ke giliran aku, cikgu tersenyum puas.

"Congrats."

Aku memanjangkan leher untuk tengok markah sudut atas sekali belah kanan. Kertas masih kat tangan cikgu takkan aku nak tarik sebab tak sabar-sabar. Sungguh aku tak diajar untuk menjadi kurang ajar.

Wah... "Alhamdulillah! Terima kasih, cikgu!"

Apabila tangan aku dah kat kertas aku, dan cikgu melepaskan tangan dia dari kertas ni, baru aku tarik ia dekat dengan aku.

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now