18 : Watikah Perlantikan

47 9 2
                                    



Lapan Belas


Aku tak henti-henti menerima kata tahniah daripada semua orang. Dari rakan baik, ke rakan biasa sehingga ke guru-guru. Setiap kata tahniah mereka aku balas dengan senyuman.

Hari silih berganti. Dan hari ini telah disahkan Ainiy Nadia binti selamat bergelar sebagai seorang pengawas. Gementar Pak Abu.

Hari ni juga merupakan hari watikah perlantikan pengawas. Bergegar sikit tangan aku masa angkat ikrar tadi. Ikrar memang ikrar, tapi rasa gementar tu masih ada.

Eh kau tak gementar ke melafazkan janji yang kau akan setia sampai ke hujung nyawa? Hah, same with me. Tapi aku ikrar untuk amanah sekolah ajelah, tak sampai seumur hidup lagi. Aku bukan kahwin.

Alhamdulillah. Majlis hari ni berjalan lancar. Berbaloi kitaorang ada rehearsal tiga ke empat kali.

Sekarang kami pengawas baru tengah tunggu giliran nak bergambar. Ya baruknya, jadi pengawas terus-terus bergamba.

"Okay, it's your turn." Cikgu Ahmad, guru sidang redaksi sekolah kami memanggil. Terus semua pengawas batch aku pergi ke pentas utama, tempat bergambar.

Cikgu Ahmad mengatur setiap kedudukan kami. Pengetua, PK1, PKHEM, PK Koku, dua guru disiplin dan dua guru pengawas duduk di bahagian tengah. Sebelah guru pengawas lelaki, duduknya ketua pengawas.

Alif Lam namanya. Budak kelas 4A. Sebelah dia Ketua Pengurusan Biro, iaitu Sufian. Terkejut aku dia jadi ketua. Sebab tak silap aku dia sama spesies dengan Zik dan Bio.

Sebelah guru pengawas perempuan pulak aku. Dan sebelah aku ialah Irdina, Penolong Ketua Pengurusan Biro.

Beberapa kali gambar diambil. Gambar formal dan freestyle. Selesai bergambar, kami mula bersurai masuk ke kelas sendiri.

Ah, harap-harapnya awning tudung aku tak buat hal la. Hampir setengah jam aku atur dia semata-mata sebab nak bergambar ni. Harap muka aku kacak juga dalam tu. Aku dah senyum tadi.

"Kak... Kak Ainiy!" Suara yang macam aku kenal memanggil dari belakang. Aku menolehkan seluruh badan aku ke arah dia. Ha, betul tekaan aku. Junior semalam! Patutlah macam pernah dengar suara dia.

"Kenak?"

Myra menghampiri aku dengan nafas tercungap-cungap. "Hah hah... jap, kejap... nama saya Myra, boleh panggil saya Myra. Kejap eh..."

Satu minit aku menunggu Myra menghabiskan nafas. Sehinggakan ada yang tegur apa kami berdua buat kat tengah-tengah dataran ni. Orang dah mula kelas, kami lagi berdiri berdua saja di sini.

"Myra?" Aku menegur. Dia masih terbongkok sambil kedua tangan di lutut. Nafas tercungap-cungap dia mula kurang kedengaran.

"Hah hah... kejap eh, okey dah." Myra kembali berdiri. Aku menjongket kening sebelah.

"Dah? Ha, kenapa panggil akak?"

Tiba-tiba Myra tersengih. Semakin pelik aku dibuatnya. Aih dah kenapa budak ni? Lagi makin pelik tiba-tiba dia tarik tangan aku sehinggalah kami sampai di tangga blok kuning.

"Eh eh kenapa ni?" Aku masih tertanya-tanya.

"Shh... akak jangan bising sangat. Slow sikit!" Myra meletakkan jari telunjuk di hadapan mulut. Aku mengerutkan dahi. Dia ni rupa macam bersembunyi dari someone. Ape-ke-hal?

Myra turunkan jari telunjuk dia dan aku terus bertanya. "Kenapa awak tarik akak ke sini?"

"Nak tanyaaa something boleh tak?" Dia tak tersengih lagi seperti tadi, tapi kali ni dia senyum lebar. Mata siap dikerdip berkali-kali serupa anak kucing kelaparan minta makanan. Kalau boleh, bershining-shining juga kena keluar dari mata dia tu.

"Hmm... tanya apa?"

"Aaa... abang Adma kan. Kan dia pakai blazer jugak tadi. Dia pegang jawatan apa?"

Jawatan Adma? Jap... tak silap aku dia ketua biro. Biro... keceriaan?? "Ketua biro keceriaan kutt."

"Ohh..." Myra senyum nipis sebelum menunduk kepala. Hmm...

Aku menyengetkan sedikit kepala."Kenapa tanya?"

"Erk. Takde saja tanya. Heheh. Aa satu lagi soalan boleh ke?"

"Haa apa?"

"Abang Adma sama kelas ngan akak kan?"

Eh, soalan pasal Adma lagi. Hmm...

Aku dengan tutur yang perlahan mengiyakan. "Iye..."

Sekali lagi, Myra tersenyum dan menunduk kepala. Dalam tiga saat macam tu, dia senyum nampak gigi pulak. Hmm... I guess I know why she asked. Lain macam tindak refleks dia ni.

"Awak tanya ni macam ada something jeee." Kali ni aku pula yang tersenyum. Tapi senyum ada makna. Terus Myra angkat kepala.

"Eh tak tak. Mana ada. Akak janganlah salah faham!"

"Hm... iye ke? Tak perlu tipu, akak tak marah pun lah." Aku masih dengan senyum sengetku.

Myra rupa terkaku. Mulut dia ternganga kecil. Mata dia memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat tafsir.

"Hahaha, okeylah. Dengan akak saya percaya. Kalau akak teka yang saya suka dia, betullah yang akak teka tu."

Woh!

"Eh akak tak cakap apa-apa. Akak tak cakap apa-apa." Saja aku berdalih. Nak tengok apa reaksi dia. Tapi betullah kan? Aku tak cakap pun yang aku rasa dia suka Adma. Aku hanya cakap tak perlu tipu.

Dan sekali lagi, dia terpempan. Mungkin kerana dah terkantoi akibat terlajak kata.

"Aduh, akak ni. Ingatkan akak dah tahu tadi. Aish tak fasal-fasal saya sendiri yang mengaku."

"Chiehhhh. Dah suka sangatlah tu sampai nak bagitahu orang kan kan. Wah, sejak bila bah awakkk?" Aku pula yang naik teruja. Tapi ye dey ni kali pertama kut ada orang confess yang dia suka kat kawan kita. Anda pernah tak rasa macam tu?

"Ainiy. Alif panggil. Ada perjumpaan kejap kat lobi." Adma tiba-tiba muncul di sebelah aku.

"Aaa yang tu nantilah saya cerita. Sekarang tak sempat ni kut. Hehehe. Saya pergi dulu akak. Bai!" Belum sempat aku nak respon apa-apa, Myra terus blah dari sini. Sempat aku tengok dia menoleh sekejap ke arah Adma yang sedang membelakangi dia. Dia lambai perlahan si Adma.

Adma tak nampak tapi aku nampak. Aku hanya tersengih sambil menggeleng kecil. Myra... Myra... ni mesti dah angau sangat ni.

"Eh kenapa kau geleng-geleng? Tak nak pergi?" Adma menegur.

Aku tersedar dari lamunan. "Eh taklah. Aku nak pergilah ni."




Relate ke? 🤣🤣🤣

btw, amacam? Double update gais~

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now