🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟓𝟒

Start from the beginning
                                    

"Lahh hehe.."

"Kau babi lah Aaron! Aku ingatkan kau dah mati!!" maki Amsyar sambil mengeluarkan tubir matanya. Begitu juga Uwais dan Daim.

"Jangan lah nangis. Sekarang ni aku dah ada depan korang.. Aku tak mati pun." ujar Aaron dengan senyuman lebar. Daim menumbuk bahu Aaron.

"Aku tak nak kawan kau!" ujar Daim.

"Alaaa kenapa?"

"Kau scam aku bodoh! Bazir air mata aku je!" marah Daim memeluk tubuhnya dan memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Hehe sorrylah. Lagipun siapa bagitau korang yang aku dah mati?"

"Dokter lah! Kau tau tak sejak dua minggu kau takda ni. Uwais dan Daim ni demam panas, pastu Amsyar pula asyik terperap je dalam bilik. Kau dua minggu ni pergi mana hah?!" Putra menolak kuat tubuh Aaron. Aaron ketawa sahaja.

"Aku ada kat hospital. Kan aku kena tikam, pastu kena bedah. Dokter kata, lepas seminggu baru boleh keluar. Last-last, aku kena keluar selepas dua minggu sebab luka tikaman tu tak baik lagi." jawab Aaron. Mereka berempat hanya meng'ouh'kan sahaja.

Danial menurun tangga dengan perlahan. Dia mengintai di sebalik dinding.

"Nial. Aaron hidup lagi lah. Dia bukan hantu!" kata Uwais dengan senyuman. Aaron pula sudah melambai-lambaikan tangannya terhadap Danial yang sudah kaku.

Danial pantas menurun tangga dengan laju dan pantas meluru ke arah Aaron. Dia memeluk erat tubuh Aaron.

"Aaron!! Aku rindu kau..." Air matanya sudah mengalir. Aaron senyum nipis. Dia menepuk kuat kepala Danial.

"Dah-dah. Jangan lah nangis." Aaron mengesat air mata Danial menggunakan ibu jarinya.

"Okey so sekarang. Kau cerita sekarang! Macam mana kau boleh hidup balik dan macam mana kau boleh hilang masa kat bangunan lama Gary culik ibu tu?" kata Amsyar mendatar.

"Sabar-sabar. Okey aku cerita eh.."

        Dua minggu lepas..

Aaron membuka matanya perlahan-lahan. Dia terdengar suara orang bergaduh.

"Dah lah hodoh! Lepastu bodoh pula tu!" ujar Amsyar. Aaron sudah mengeluh. Drama apa pulak ni..

"Aduhh sakitnya. Aku kena pergi hospital ni.. Diaorang ni pun satu, bawak lah aku ke hospital dulu. Aku dah nak nazak dah ni." ujar Aaron dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia mula menutup mata dan membayangkan hospital di Itali.

"Macam mana nak bayangkan hospital Itali ni.. Aku tak pernah jejak pun ke sana.. Hmm apa kata kalau aku try teleport ke hospital Malaysia. Wuuu jauh-jauh. Tapi takpa, kita kena cuba!" ujar Aaron sendirian. Dia menutup mata dan membayangkan gambaran hospital di Malaysia.

"Bismillahirrahmanirrahim.." kata Aaron perlahan.

"Nak aku end kan hidup kau?" suara itu suara Uwais. Aaron membuat muka. Dah macam drama TV 3.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now