BAB 66

1.8K 50 0
                                    

"Eh kenapa tak panggil abang? Sini."

Dulang berisi jag air dan gelas serta karipap yang digoreng Athira sebentar tadi diambil dari tantangan isterinya. Begitu lah Azriel pantang lihat Athira angkat benda berat.

"Rafiq, sini lah minum air dulu." Panggil Athira.

Dia melabuhkan duduk di atas kerusi. Semenjak kandungannya menginjak usia, Athira sudah tidak boleh berdiri lama dan buat kerja berat. Tidur juga tidak lagi lena seperti sebelumnya, kadangkala dia tidur di hadapan tandas dek kerana asyik berulang-alik ke tandas membuang air kecil.

Tuala kecil dibawa mengelap peluh yang membasahi sekitar dahi suaminya. Azriel hanya menadah muka membiarkan Athira membelai dirinya. Suka lah tu!

"Ehem! Berbulu mata aku."

Athira dan Azriel ketawa kecil. Mereka berdua menjemput Rafiq datang ke rumah untuk bantu mengalihkan perabot dan memasang khemah untuk kenduri doa selamat dan tahlil lusa.

"Kau bila nak kahwin? Aku nak masuk anak kedua dah ni."

Rafiq sekadar tersenyum. Entah lah masih belum ada gadis yang berjaya mengusik hatinya. Mungkin jodoh belum tiba. Lagipula dia masih ingin berbakti pada kedua ibu-bapanya memandangkan dia anak tunggal.

"Seronok aku tengok korang berdua bahagia macam sekarang." Tersenyum sendiri Rafiq melihat pasangan bahagia itu.

"Alhamdulillah. Eh ni kau dah ada calon ke belum? Aku ni dah lama tak makan nasi kenduri. Sayang pun mengidam nasi kenduri kan?"

"Haah. Bila tu?" Usik Athira pula.

"Eh aku pergi sambung kerja dulu lah, takut hujan pulak nanti." Rafiq segera mengalih topik. Karipap di tangan segera dihabiskan sebelum dia mengangkat punggung dan berlalu pergi.

"Abang pun sambung kerja lah. Sikit lagi nak siap. Sayang tolong sediakan bilik tetamu dengan tuala untuk Rafiq boleh? Pakaian, ambik abang punya. Kalau tak larat biar abang buat."

"Athira boleh buat." Renek peluh yang merembes dahi dilap lembut sebelum dia melepaskan Azriel untuk sambung melakukan kerja di luar rumah.

Dari jauh dia menghantar tubuh sang suami pergi. Sejak dia pulang semula ke rumah ini, Azriel tak berhenti usaha untuk memberi keselesaan pada dia dan bayi. Semuanya haruslah sempurna untuk isterinya.

Tidak mahu membuang masa, dia lantas mengangkat punggung dari kerusi itu lalu mendaki tangga naik ke tingkat atas di mana bilik tidur utama berada.

Athira mengusap perutnya sambil mencari tuala yang masih baru dan belum digunakan.

"Aduh anak mama ni gembira ye papa nak buat kenduri doa selamat untuk dia, bukan main tendang. Slow sikit sayang."

Sehelai tuala berwarna biru dikeluarkan lalu dia beralih pula pada almari Azriel untuk mengambil baju lelaki itu. Semua t-shirt pun sama saja warnanya, hitam dan putih. Sehelai t-shirt berwarna putih serta sweatpants berwarna kelabu asap dikeluarkan.

CUP!

"Abang! Terkejut Athira.." Athira memegang dadanya terkejut dengan perlakuan tiba-tiba suaminya. Hampir saja jantung itu tercabut.

"Cakap apa sorang-sorang?"

"Takda apa. Cakap dengan baby je yang papa dia ni rajin buatkan kenduri doa selamat untuk dia. Ni kenapa kat sini?"

"Ouh, small matter sayang. Nak pergi tandas lagipun Rafiq tengah jawab call. Nak ikut masuk tandas?"

"Eii! Tak nak! Abang ni!"

Azriel berlalu ke tandas sambil ketawa nakal meninggalkan isterinya dengan muka kemerahan. Athira hanya mampu sabar, nak tampar pun tak larat nak kejar.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now