BAB 15

1.3K 73 5
                                    

"A..Azriel.. tolong.. tolong saya.. saya takut.."

Dipeluk erat tubuh lelaki itu. Air mata sudah jatuh membasahi baju kemeja Azriel. Azriel cuba menenangkan Athira yang sudah mengigil teruk tubuhnya.

"Shh.. shh.. Aku ada. Jom keluar."

Ditepuk-tepuk perlahan bahu Athira yang mengigil teruk. Mereka berdua berjalan keluar dari wad kecemasan itu. Wajah Athira tidak beralih dari dada Azriel sejak tadi.

"Shh..shh.. perempuan tu dah tak ada dah."

Azriel mendudukkan Athira keatas kerusi menunggu yang disediakan pihak hospital. Air mineral diberikan pada Athira berharap agar wanita itu kembali tenang.

Kejadian lepas membuatkan dia trauma. Melahirkan Hanis bukan mudah seperti yang disangka. Dia terpaksa dibedah selepas 18 jam menahan rasa sakit. Rasa sakit yang tak terungkap rasanya.

"Kau okay tak ni?"

"S..saya okay. Saya okay."

Walaupun tangannya masih menggigil Athira cuba kuatkan dirinya. Dia tak lemah.

"Kau buat apa kat hospital ni?"

"Ambil ubat."

"Ubat apa?"

Athira menggeleng kepala. Malas ingin memberitahu kehidupan peribadinya pada lelaki itu lagi. Azriel Haikal bukan suaminya ketika ini.

"Nak aku hantar balik tak?"

"No. I'm okay. Balik lah. By the way thank you for helping me."

"I'm sorry for the past."

Tiada respon. Azriel berlalu, melangkah pergi dari situ. Dia memerhati Athira yang masih duduk di kerusi menunggu dari jauh. Perasaan risau yang tak sepatutnya dia rasakan menerjah diri.

"Jangan kisah pasal dia lagi lah Azriel Haikal. She's no one to you."

Kepalanya disandarkan pada stereng kereta. Marah dengan diri sendiri. Kenapa dia masih lagi ada perasaan berdebar setiap kali bertemu dengan wanita itu?

Athira yang masih lagi duduk di kerusi menunggu itu cuba menyusun nafasnya. Air liur terasa perit ditelan. Memori lepas kembali terlayar di fikirannya. Nafasnya bagai hilang. Sedaya upaya dia menyedut udara namun dadanya terasa sesak.











•••











Azriel menurunkan cermin matanya melihat Hanis yang dari tadi tak lepas dari menganggu Athira yang terbaring diatas sofa. Pen diletak ke atas meja sebelum dia menyilang tangan di dada.

"Hanis."

Hanis yang leka menyentuh wajah ibunya berpaling memandang Azriel. Sengihan diukir.

"Hihihi.."

"Jangan kacau mama. Tak baik. Sini kat papa."

Hanis bangun dan berlari anak menuju kearah meja kerja papanya. Terkial-kial dia memanjat kaki Azriel Haikal.

"Eii nakalnya dia ni. Nak teman papa kerja?"

Hanis mengangguk. Azriel mengeluarkan buku lukisan dari bawah meja. Sebatang pensel dicapai sebelum diberi pada Hanis.

"Draw."

"Hanis.. nak draw ermm nak draw mama!"

"Shh mama tidur."

Hanis menutup mulutnya dengan kedua belah tangan.

"Ow..ow.. hihihihi."

Terkekek Hanis Ardelle gelak. Pensel yang diberi Azriel tadi dia ambil dan mula melukis sementara Azriel memeriksa beberapa fail yang perlu dibaiki.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now