BAB 21

1.2K 56 4
                                    

Athira meraup wajahnya. Mata memandang tepat kearah wajahnya di dalam cermin. Keluhan itu jelas menampakkan kepenatannya.

"Athira!"

Dia menoleh.

"Pasal soalan tadi.. Aku serious. Kau nak kahwin dengan aku tak?"

Kepala digeleng cuba menghilangkan segala masalah di dalam akal fikirannya. Sepapan pil diambil dari dalam laci dan dia menelan sebiji pil berharap sakit kepalanya akan hilang.

Kahwin? Dia masih belum terfikir tentang tu. Tapi Hanis perlukan perhatian ibu dan ayahnya sekarang.

Tipulah kalau dia tak rasa sedih setiap kali Azriel menelefonnya kerana Hanis menangis.

Tapi tak terburu-buru sangat? Hanis kena jalankan pembedahannya secepat mungkin. Takkan lah nak kahwin sekarang?

Dia sendiri masih keliru dengan perasaannya terhadap Azriel. Cinta atau sekadar perasaan terhadap bekas suami? Pil tidur yang berada di dalam botol kecil dia tenung.

"Takkan lah sebab dia aku tak boleh tidur?"

Azriel betul betul cintakan dia atau hanya sebab Hanis?

Tok tok tok !

Ketukan di pintu mematikan lamunannya. Segera dia bangun dan membuka pintu bilik tidurnya. Wajah ibu menyapa pandangan mata.

"Athira nak teman ibu buat kek?"

"Kek? Kek coklat?"

"Yes. Your favourite."

Athira tersenyum lantas memeluk lengan ibu angkatnya. Kaki melangkah menuju ke dapur. Dia lebih selesa ingin membuat kerja memandangkan Rafiq balik ke Genting Highlands, apartment lelaki itu.

"Athira asyik keluar je dua tiga minggu ni? Keluar dengan Azriel ye?"

"Athira teman Hanis pergi check up lepastu spend time dengan dia."

Wanita berumur separuh abad itu mengangguk. Bibir mengukir senyum.

"Athira dengan Azriel okay?"

Tangan yang tadi mencari bahan di dalam peti ais berhenti bergerak.

"O..okay."

"Ada apa apa jadi? Tak nak share?"

Athira sekadar tersenyum nipis. Coklat dan mentega dibawa keluar dari peti sejuk kemudian diletakkan sekali dengan tepung dan bahan bahan lain yang sudah tersedia di atas meja.

"Dia ada tanya Athira satu soalan."

"Apa dia?" Soal ibu angkat Athira tenang.

"Dia tanya kalau Athira nak kahwin dengan dia."

"Athira jawab apa?"

"Athira diam. Athira keliru. Keliru dengan perasaan sendiri dan takut."

"Takut sebab?"

"Takut kalau Azriel buat semua ni hanya sebab Hanis bukan sebab cintakan Athira. Lagipun Athira tak nak pisang berbuah dua kali."

Dia tertunduk merenung plastik berisi coklat. Suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba.

"Athira cairkan coklat ni dulu."

"Maksud Athira pisang berbuah dua kali.. cerai?"

Dia mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Tak semua pengakhiran cerita tu sedih. Ada yang sedih di tengah tapi bahagia dihujung. Athira percaya dengan takdir Allah kan? Why not you give your life one more chance."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now