BAB 4

1.5K 76 48
                                    

Selepas membuat pemeriksaan di hospital, Azriel terus membawa puterinya yang satu itu ke pejabat syarikat milik ibu bapanya.

"Hanis seronok tak nak pergi office papa?" Tanya Azriel.

"Se.onok. Boyeh main dekat rooftop." Jawab Hanis sambil matanya masih memandang kearah mainannya.

"Suka main kat situ?"

"Suka! Suka! Ada.. ermm.. ada uwai."

"Buai lah sayang."

"Eh! Bu.. ai." Terkekek Hanis bila pipinya dicubit Azriel perlahan.

Rambut Hanis Ardelle dibelai sementara sebelah lagi tangan mengawal stereng kereta.

"Papa. Bila Hanis boleh makan aiskrim?" Tanya Hanis dengan mata yang bersinar.

"Nanti ye sayang. Tunggu Hanis sihat dulu."

"Hmm okay papa."

Tangan Hanis dicapai dan diusap memujuk anaknya. Ye dulu dia mengharapkan anak lelaki tapi dia bersyukur dapat Hanis yang mendengar kata itu.

Sampai sahaja di syarikat Azriel, Hanis Ardelle melompat keluar dari kereta. Dia terus berlari masuk ke dalam syarikat.

"Hanis tunggu papa." Jerit Azriel dari kereta. Belum sempat Azriel ingin mengambil beg kerjanya Hanis sudah berlari masuk.

Habis semua pekerja disapa Hanis.

"Hai kakak!"

"Hai. Papa mana?"

"Papa dah kena tinggal."

"Hahahaha comel."

"Bye!"

"Bye.."

Azriel Haikal memerhatikan anaknya yang satu itu dari belakang. Dia mengikut langkah budak kecil itu dari belakang.

Masuk sahaja ke dalam pejabat, Hanis sudah duduk diatas kerusi empuk itu seperti bos.

"Amboi. Habistu papa nak duduk mana?"

"Papa uduk.. ermmm.. papa uduk-"

"Bos-"

Azriel menoleh mendengar panggilan pembantu peribadinya. Kening diangkat.

"Ada surat untuk bos."

"Ouh okay."

"Hanis. Jom ikut akak, papa nak kerja."

"Papa, boleh Hanis ikut kakak Ikha?"

"Boleh sayang." Jawab Azriel sambil sebelum mencium dahi anaknya.

Hanis menggelongsor turun dari kerusi dan dia berlari kearah pembantu peribadi Azriel. Tangannya didepakan meminta didukung.

"Have a nice day, boss." Pesan pembantu peribadi Azriel Haikal.

"You too. Hanis jangan nakal tau."

"Okay papa."

Hanis berlari mengikut Ikha pembantu peribadi Azriel. Terukir senyum dibibir lelaki itu melihat Hanis yang gembira.

•••

Athira mengetuk pintu pejabat Rafiq Isaac sebelum dia menerjah masuk. Kedua kakinya melangkah ke meja kerja Rafiq.

"Ye. Ada apa panggil saya?"

"Athira. Tolong gantikan abang pergi meeting dengan Azriel. Azriel Haikal, Athira kenal kan?"

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now