b o n u s

116 17 38
                                    

"Here you are, sweetie," ujar Mama Dee kepada seorang wanita di hadapannya. Wanita berambut hitam itu mengucapkan terima kasih lalu beredar ke tempat lain.

"Hah..." Mama Dee melabuhkan punggung ke atas kerusi, melepaskan lelah. Sekarang ini, anak lelakinya pula yang mengambil alih. Ekor matanya meliar ke sekeliling, melihat pelanggan yang tidak jemu singgah ke Trinity Street. Pelbagai jenis ragam dan orang yang dia temui sepanjang meniaga di sini.

Dia termenung seketika, memikirkan keberadaan gadis bertudung yang selalu singgah ke kedainya. Yang dia sudah anggap macam anak perempuannya sendiri. Sudah sebulan lebih dia tidak nampak kelibat gadis itu. Nai ada berjanji dengan dirinya untuk berkahwin dan bawa sang suami bertemunya secepat yang mungkin.

Sekarang ni, di mana dia? Mama Dee tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.

"Mom, someone wants to meet you!" Laung anak lelakinya separa kuat. Dahi wanita berusia itu berkerut serta-merta. Digagahi jua tubuh tuanya untuk bingkas berdiri dan menapak ke arah sang anak.

Tatkala Mama Dee terpandangkan figura seorang gadis yang amat dikenalinya itu, dia lantas memeluknya. Gadis bertudung itu membalas pelukannya. Lama juga mereka dalam keadaan begitu.

"Where have you been, Nai? I'm so worried about you!" Soal Mama Dee setelah melepaskan pelukan.

Aku spontan ketawa kecil mendengarkan soalan itu. Lelaki yang berdiri di sebelahku dijeling sekilas sebelum aku siku bahu dia yang agak tinggi. Dia kelihatan terkejut lalu aku berdehem kecil, meminta dia memperkenalkan diri.

"Err madam..." Mulanya.

Mama Dee spontan melihat pula lelaki yang berdiri agak dekat denganku. Aku faham benar dengan riak wajahnya yang tertanya-tanya.

"Mama Dee, let me introduce him. This is my husband," beritahuku. Riak Mama Dee berubah mendadak. Dia kelihatannya terkejut sebelum memandang kami berdua silih berganti dengan raut wajah yang ceria.

"Hi, I'm Athar. Nice to meet you, madam." Athar menundukkan kepalanya sedikit sebagai sapaan.

"Oh my, you're Nai's husband? You are so handsome! Where did you find him?"

Terhambur tawa aku. "We're officemates. See? I told you I keep my promise. Hehe..."

"Yes, you are," responnya sambil memandang kami berdua penuh kagum. Dia mungkin lega akhirnya bila tengok dah ada lelaki yang boleh jaga aku.

Ya, sebulan lepas aku balik ke Malaysia untuk sesi kenal-mengenal. Tapi apabila diberitahu oleh keluarga lelaki itu yang orangnya ialah Athar sendiri, aku tak adalah terkejut sangat cuma aku dapat sahkan tekaan aku tepat. Pendek cerita, aku terima pinangan dan akhirnya kami berkahwin. Aku pun tak ada masalah sangat sebab aku mengaku aku dah jatuh cinta dengan dia.

Akhirnya setelah dua minggu berkahwin, kitorang decide untuk pulang ke Cambridge semula, mulakan kerja macam biasa. Ibu dan mak mertua aku ada suruh aku kerja di Malaysia sahaja. Kata diorang, senang nak pantau aku kalau aku dah mengandung nanti. Amboi, cepatnya diorang cakap pasal cucu.

Athar setuju sahaja. Cuma buat masa sekarang, kami berdua nak teruskan kerja macam biasa. Nanti dah sampai masanya barulah kami pindah ke Malaysia, kerja kat sana. Sayang juga nak tinggalkan tempat ni tapi bila fikir tentang anak aku nanti, lebih baik tinggal di negara sendiri. Nanti dia dah besar sedikit ke barulah aku dan suami aku bawa dia ke sini.

"Sayang, jauhnya termenung." Suara Athar menarik aku kembali ke realiti. Aku refleks tersengih kecil. Kitorang baru sahaja berjumpa dengan Mama Dee sebentar tadi. Teringat aku kejadian di mana Mama Dee menangis gembira tadi. Panik jugalah aku pada mulanya. Dia sempat pesan kepada Athar untuk jaga aku baik-baik. Kalau tak, melayang selipar kayu dia ke muka suami aku ni. HAHAH!

Mates ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora