t w o

147 30 47
                                    

"Morning Nai."

Spontan, aku tersenyum biasa. "Morning too, Linda. How're you today?"

Gadis yang berasal dari America itu hanya tersenyum. Walaupun senyumannya itu nipis sahaja, tetap terserlah manisnya. Untunglah... aku ni senyum sikit pun dah macam beruk senyum.

"Like always, pretty good. How 'bout you?" Soalnya sambil berjalan beriringan denganku. Sempat lagi aku bandingkan tinggi aku dengan dia. Masya Allah, tingginya minah salleh ni. Nak tengok dia pun aku kena dongak.

Oh lupa, tinggi aku 153 cm ja. Haha.

"Good," balasku pendek.

"I see. By the way, you don't have appoinment this morning?"

"Appoinment? Yeah kinda-"

Jap. Appoinment?

WEH AKU ADA APPOINMENT PAGI NI! TAK LAWAK!

"Hey Nai, are you oka-"

Belum sempat Linda menghabiskan ayatnya, aku terus memecut seperti kereta lumba yang ada turbo power. Memang gila habis aku pecut.

MANA TAKNYA, APPOINMENT DENGAN KETUA PENGARAH KOT!

Bodo la Nai, macam mana kau boleh lupa!

Arghhhh! Stres dengan diri sendiri.

Sepanjang aku berlari dengan baju kurungnya, semua orang yang berada di sekelilingku hanya memandang aku pelik. Tapi kisah apa aku, tak pernah nampak orang lari pakai baju kurung ke?

"TOK! TOK!"

Boleh tahan kuat juga aku ketuk. Setelah diberi kebenaran, terus aku membuka pintu bilik itu.

"Morning Sir Federick! So sorry for the late," ujarku sambil termengah-mengah mencari nafas. Awning tudung yang aku rasa dah pusing 180° serta-merta diubah ke kedudukan asalnya. Kedudukan aku yang sekarang tengah kangkang cepat-cepat aku perbetulkan.

Ketua pengarah yang dikenali sebagai Sir Federick itu spontan menghela nafas panjang. Beliau kenal benar dengan perangai aku. Nasib baiklah, hanya dia seorang je. Yelah, dia nak jumpa aku seorang untuk latest issue. Nama pun appoinment, bukan meeting.

"Why're you damn late? It's already fourth time. Including today, IT'S FIFTH TIME!" Marahnya. Terkentut aku buat seketika.

Dengan senyuman kelat, aku menjawab, "Err... I'm trully sorry. I will never do it again."

Sir Federick memeluk tubuhnya sambil memandang aku penuh curiga. Aku terkentut lagi buat kali kedua.

"Can I trust you? For the sixth time?"

Aku mengangguk laju.

Beliau mengeluh perlahan. Wajahnya diraup kasar. Mungkin tengah fikirkan idea untuk pecat aku tu berbaloi atau tak. Maklumlah, aku kan aset syarikat ni, hoho. Sebab apa? Dia dah anggap aku macam anak dia sendiri. Isteri dia, Mrs. Fiona pernah beritahu kat aku yang dia dan suaminya dah anggap aku seperti anak diorang. Diorang berdua kan tak ada anak.

Sir Federick ni nampak je dingin, tapi penyayang. Pernah satu hari, masa aku demam panas, dia sendiri yang datang beratus kilometer dari rumah dia ke rumah sewa aku, semata-mata nak bagi ubat dan bubur je. Aww... tak ke sweet gitu?

"Hey, you're listening or what?"

Puff! Lamunan aku melayang serta-merta. Aku melihat Sir Federick dengan penuh kehairanan.

"Pardon?"

Lelaki itu mengeluh lagi. "Tell me about your progression? How's it?"

Oh! Progression!

Maka pagi itu, aku hanya berada dalam bilik Sir Federick sampailah tengahari. Aku terang dan terang kepada dia tapi dia tanya aku banyak gila soalan. Seolah-olah nak hukum aku. Macam polis tanya pesalah. Bertubi-tubi soalan dia.

"Hah..." Aku hela nafas perlahan. Penat jugalah nak bertikam lidah tadi. Nasib baik lidah aku tak kena tikam je. Kalau tak, tak boleh cakaplah aku nanti.

Aku keluarkan telefon. Nak tengok komik Mates kejap. Hehe, menyempat. Sambil jalan pula tu, jangan tiru aksi ini ya wahai kawan-kawan.

Macam dalam Kdrama yang cliché, kepala aku terkena tubuh badan seseorang. Dalam hati sempat mengutuk, keras gila badan dia ni! Iron man ke?

"Mata tu letak mana?"

Eh? Suara Melayu? Garau pula tu. Tapi macam kepit-kepit sikit.

"Huh? Athar?" Terkejut beruk aku bila dongak ke atas. Patutnya aku perasan awal sebab syarikat kat Cambridge ni cuma ada aku dan Athar sahaja orang Melayu.

Athar hanya melihat aku dengan pandangan kosong dia tu. Fikiran aku automatik mengimbas kembali perbualan kami berdua kat Whatsapp semalam.

"Eh kau!" Jeritku sambil tuding jari kat dia.

"Err ya?"

"Kau kata kau kenal artis komik Mates kan?"

Dia serta-merta mengukir senyuman senget. "Kenapa? Kau nak sign dia ke?"

Eh dia ni! Ingat aku percaya ke dia kenal artis tu? Mimpi jelah.

"Aku tak percaya pun kau kenal dia. Plus, tak pernah-pernah pun kau tegur aku kat office sebelum ni, ini kan nak mesej aku. Tell me the truth, what do you actually want?"

Lelaki itu perlahan-lahan mengubak riak terkejutnya dengan senyuman sinis. Dia bergerak ke tepi lalu berjalan melintasi aku. Sayup-sayup aku dengar dia cakap,

"Tak percaya sudah. Nanti kau yang rugi. I said what I said."

Mates ✔Where stories live. Discover now