f o u r

150 31 31
                                    

Pada suatu malam,

"Eh kau lagi?"

Refleks, iris mataku bergerak ke slide seterusnya. Watak male lead yang dikenali sebagai Naim tak bercakap apa-apa. Dia ambil buku yang berada di atas rak yang paling tinggi.

"Woi, aku tanya kau ni! "

Bentak watak female lead, Anis. Nampak la yang dia tengah marah sebab orang tu pulaukan dia. By the way, Anis ni watak yang ada anger issue. Jadi, tak pelik kalau dia asyik marah je memanjang.

Slide seterusnya, Naim dengan muka dinginnya terus mengetuk kepala Anis dengan buku yang diambilnya tadi. Alah, ketuk perlahan je. Manja-manja gitu.

"Woi!"

"Kau nak buku ni kan? Aku dah tolong ambil, patutnya cakap terima kasih. Jangan fikir bukan-bukan, aku cuma kesian je kat kau sebab lompat-lompat macam monyet. Ok bye."

HAHAH! Ambik kau, sekali kena cop macam monyet.

Muka Anis tu dah merah padam. Uish, marah benor mat. Dia ambil buku tu sebelum berlalu pergi. Tapi dia tak lupa juga nak ucap terima kasih.

Slide yang akhir sekali, aku dapat lihat Naim senyum sikit. DIA SENYUM WEH! OMG my heart...

Akhirnya, tamat.

Tapi untuk episod kali ni jelah.

Spontan, aku menghela nafas panjang. Kenapa rasa pendek sangat chapter kali ni? Hmm...

Aku mengubah posisi badanku yang terlentang kepada mengiring. Jam digital yang terpapar pada skrin telefon ditilik sekilas. Punyalah ralit baca sampai tak sedar dah pukul 12 lebih. Mulut aku juga dah memainkan peranan dengan menguap sebesar alam. Kedua belah mata digosok perlahan. Ya Allah, rasa kantuk ni cepat betul datang.

Memandangkan esok cuti, baik aku tidur lewat je hehe. Rasa macam nak ulang balik je baca komik Mates ni. Apa salahnya kan?

Tatkala jari telunjukku ingin menyentuh aplikasi komik online tu, terlintas paparan satu mesej daripada seseorang pada layar skrin. Mesej yang hanya beberapa patah perkataan itu dibaca.

Nai, let's meet tomorrow. I'll give you the location.

Huh?

. . .

"St Peters!" Laung pemandu bas yang berada di hadapan.

Refleks, aku bangun untuk berjalan keluar. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki, anak mataku meliar ke sekeliling sebelum memandang tepat ke arah Glassroots Trust Velodrome, arena untuk perlumbaan basikal. Dekat sini juga ada The Bikery Cafe, lokasi perjumpaan yang kawan aku bagi semalam. Entah apa masalah dia ajak aku pergi kafe jauh-jauh ni.

Aku berjalan di sepanjang bahu jalan Hanlin Road sebelum membelok ke kiri untuk masuk ke dalam perkarangan velodrom itu. Sebaik aku masuk ke dalam sebuah kafe, aku nampak dari jauh ada seorang gadis berambut pendek sedang melambaikan tangannya ke arahku. Jasmine namanya, kawan baik aku kat Cambridge. Pantas, aku melangkah menghampirinya.

"Wait too long?" Soalku sebaik sahaja melabuhkan duduk di atas sebuah kerusi, bertentangan dengan gadis tersebut.

"Longer than your life- joke joke," responnya sebelum menghamburkan tawa kecil.

Aku mencebik. Ingat lawak ke?

"Let's get to the point. Something urgent happened again?" Tebakku, mengubah topik.

Gadis yang dikenali sebagai Jasmine mengangguk laju. Dalam sekelip mata, kedua belah tanganku sudah berada dalam genggamannya. Aku terkejut dengan tindakan dia. Dah kenapa minah ni?

"You damn need to hear first what I'm going to tell you. Don't be mad at me okay?" pintanya tiba-tiba. Dahiku berkerut seribu mendengarkan permintaannya itu. Pelik ni...

"Just talk first," balasku tenang.

Jasmin melepaskan genggamannya lalu bermain dengan kedua belah tangannya sendiri. Wajahnya ditundukkan ke bawah, gaya macam orang buat salah.

"I-I just played a dating app weeks ago. I always talk with a man in this app and suddenly... he asked me to date yesterday-"

"Ah-ha! Let me guess, you want me to be your spy, again?" Pintasku dengan menekankan perkataan 'again'. Sempat lagi aku menjegilkan mata kepadanya.

"Yes." Jasmin menganggukkan kepalanya, tidak melihat ke arahku. "B-but, just for today. I bring someone to accompany you as well."

Spontan, aku mengerutkan dahi.

"My adopted brother who I told you in the same age as yours," jelasnya.

Aku mengangguk faham. Jasmine pernah cerita dia ada seorang adik angkat yang juga tinggal kat sini. Macam mana dia boleh ada adik angkat? Dengar kata, keluarga budak tu dan keluarga Jasmine berkawan baik sejak ayah Jasmine bermukim di Malaysia dan berkawan dengan ayah dia suatu ketika dahulu. Lagi-lagi pula, budak tu tinggal kat Cambridge sekarang ni sebab kerja, jadi keluarga Jasmine menerima dan menganggap budak lelaki tu sebagai anak angkat mereka.

"It's two hours left, what're we gonna do now?" Tanyaku tatkala mengerling sekilas ke arah jam pada pergelangan tangan.

"Wait for my brother. Who knows you two can get along with each other? Hehe..."

Euww... Tolonglah!

"Huh?" Jasmine segera menyentuh skrin telefon pintarnya apabila telefon itu berbunyi. Dia membawa telefon tersebut pada telinga kanannya, menandakan dia sedang menjawab panggilan seseorang. Dia hanya tersenyum sahaja sedari tadi.

"Yeah, The Bikery Cafe. Okay bye."

"Who?" Soalku, curious.

Jasmine senyum nipis. "My brother. He already arrived."

"Jasmine."

Refleks, kami berdua menoleh ke tepi, melihat gerangan yang menyeru seseorang. Jasmine sudahpun beramah mesra manakala aku pula sudah ternganga tidak percaya. Begitu juga dengan lelaki itu, membulat matanya tatkala memandang aku.

"Nai?"

"Athar?"

"Eh, you two know each other?" Soal Jasmine pula, melihat kami berdua silih berganti.

Sah! Memang sah!

Athar ni adik angkat Jasmine! Yang Jasmine selalu sebut tu!

"Yes." Athar menjawab sambil pandangannya masih tetap pada aku.

"Wow! What a tiny world we live in." Jasmine kelihatan gembira mendengarkan pernyataan itu. Sempat lagi dia ketawa kecil.

Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan apabila tersedar sesuatu. Astarghfirullah, aku tenung anak teruna orang lagi! Sempat juga aku jeling sekilas, melihat dia juga terus menoleh ke arah lain sambil menggaru belakang lehernya.

Huh? Kenapa telinga dia merah juga?

. . .

*Kalau ada salah grammar boleh tegur ya?

Mates ✔Where stories live. Discover now