1

29 6 6
                                    


Mulutku masih belum berhenti dari mengalunkan selawat. Bukan kerana risau Haulah akan terjaga, namun untuk menenangkan jiwa yang sedang kacau. Sungguh disebalik wajah yang tenang ini, Terdapat selaut resah yang cuba aku selindungkan.

Pesanan terakhir arwah abah masih jelas terngiang ngiang di dalam fikiranku. Malah dia seolah olah mengetahui bahawa itu malam terakhirnya di dunia ini.

"Hazim, abah nak minta sesuatu boleh?" soal abah yang sedang memuatkan beg pakaian kami sekeluarga ke dalam bonet kereta Avanza itu.

" apa dia tu abah?" rasa was was mula menyapa. Abah jarang meminta izin sebelum mengutarakan suatu soalan atau permintaan.

Abah berhenti seketika, sambil menoleh ke arah ku.

"Janji dengan abah yang Hazim akan jaga Haulah baik baik"

Aik? Apa pasal ni?

"Aii bah, selama ni Hazim jaga Haulah tak baik ke?" sakatku sambil ketawa kecil. Gurau gurau manja la katakan

Abah side eye aku. Makin kuat aku gelak dibuatnya.

"Kamu tu suka sangat menyakat dia. Abah jugak yang kena bila dia menangis" abah menjegilkan matanya sambil menyumbat beg terakhir ke dalam kereta.

Aku hanya ketawa. Apabila Haulah diusik, Haulah pasti akan mencari ummi. Ummi pula akan membebel menyamakan aku dan abah. Abah yang tidak tahu apa apa hanya pasrah apabila dirinya turut dikaitkan.

"Tapi betul ni. Bila abah dah takde nanti, kamu je la yang abah harapkan untuk jaga Haulah. Ingat pesan abah ni Hazim. Jaga Haulah sampai dia kahwin esok ni. Jangan selalu sangat sakat dia sampai menangis. Walau apa pun jadi, jangan berpisah. Faham?" suara abah kedengaran sayu dan tegas.

Ketawa aku mati apabila mendengar amanat abah. Kenapa tiba tiba ni? Aku hanya mengangguk perlahan sambil memandang abah. Abah menutup pintu bonet kereta lalu memandang aku.

" Bagus. Jadi abang yang baik tau? Kalau anak yang baik, semua anak anak abah baik." abah menepuk nepuk bahu aku. Rasa sebak menerpa dadaku. Tapi aku kan anak jantan, mana boleh menangis.

"Aih, mana ummi kamu ni? Wahidah sayangg, mana awak ni? Nanti lambat ha" Abah melaung memanggil ummi. Aku hanya terpacak di tepi sambil memandang abang, keliru. Kenapa tiba tiba ni?

Ah, kacau sungguh. Aku hanya melihat tok Imam mengkafankan keluargaku. Bukan aku tak mahu turut serta menguruskan jenazah mereka, namun Haulah hanya mahu bersamaku. Berkali kali Haulah ditarik masuk ke pelukan ibu dan bapa saudaraku namun dia meronta kuat dan akhirnya berlari memeluk aku.

Biarlah, asalkan Haulah tenang. Aku mahu dia tahu yang aku masih ada untuk menjaganya. Termanggu juga aku dibuatnya memikirkan tentang siapa yang bakal menguruskan kami adik beradik.

Abah merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Namun begitu, Mak Ngah dan Pak Usu aku bukanlah dari golongan yang berada. Jika ingin dibandingkan tentang status kewangan mereka dan abah, status kewangan abah lebih stabil berbanding mereka yang kerap kali harus berlapar kerana kekurangan wang. Abah juga lah yang selalu menghulurkan sedikit wang buat mereka.

Macam mana aku tahu? Aku seringkali terdengar perbualan abah dan ummi tentang ini. Malah Mak Ngah dan Pak Usu juga sering bertandang ke rumah semata mata mahu meminjam sedikit wang.

Ummi pula anak kedua dari 4 beradik. Namun hanya Mak Long saja yang kisah tentang nasib mereka. Pak Cik dan Mak Su aku entah hilang ke mana. Langsung tidak memberi apa apa respon terhadap berita yang dimaklumkan di dalam group keluarga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah Yang Sempurna Where stories live. Discover now