✨BAB 28✨

5K 460 90
                                    

4 bulan kemudian.

"Woy!" Wanita itu menyergah sepupu nya apabila melihat dia termenung sahaja.

"Ishh kau ni Lean. Aku lempang kang." Kata Hadara sambil menjeling.

"Alalalala kakak kita gurau." Kata Leandra sambil merangkul lengan Hadara.

"Banyak kau punya kakak. Aku bagi kang." Kata Hadara sambil mengacah ingin menyiku wajah Leandra.

"Kau termenung je daripada tadi. Fikir orang yang jauh di sana ke?" Usik Leandra. Hadara menjeling.

"Sibuk jelah kau. Baik kau pergi tengok anak kau duaorang tu." Kata Hadara lalu memuncung bibir ke arah Leo dan Wardina.

"Ishh kau ni. Aku nak bagi kata-kata semangat ni." Kata Leandra.

"Tak usah lahh." Kata Hadara kemudian sambung merenung ke arah langit.

"Mesti pernah buat gini an. 'kalau kau rindu aku, tengok lah langit. Mana tahu terbayang wajah aku.' kan kan itu pasal kau tenung je langit tuu." Kata Leandra sambil menyiku perlahan lengan Hadara. Hadara menjeling.

"Kalau rindu balik lah. Dah lima bulan kau dekat sini. Eh aku perasan lah kan,keturunan kita ni kalau macam masalah sikit mesti sembunyi kan diri. Paling epic sekali mama Lisa lah. Orang ingat dia mampus tahu-tahu muncul." Kata Leandra sambil meletakkan tangan didagu.

"Mana ada kak Nay dengan Eykal lagi mantap. Sampai cerai." Kata Hadara. Leandra menjeling.

"Balik lah. Tak baik tau tinggal suami lama-lama. Dari hari pertama pantang sampai dah habis pantang kau kat sini." Kata Leandra. Hadara memandang Leandra atas bawah.

"Kau halau aku ke ni?" Tanya Hadara sambil berpeluk tubuh.

"Haah. Bila tah nak balik. Aku nak tambah ahli keluarga pun takut tau." Kata Leandra dengan selamba.

"Dasar nafsu kuda." Kata Hadara. Leandra tersenyum.

"Assalamualaikum. Sayang, abang balik nii." Ucap Khalif.

"Ouh my, sorry sis my husband dah balik i nak pergi sambut." Kata Leandra lalu berlari ke arah Khalif. Hadara menjeling.

"ABANGGG!" Leandra berlari ke arah Khalif terus memeluk tubuh Khalif, kakinya melingkar dipinggang Khalif.

Dengan cekap Khalif menahan tubuh isterinya dari jatuh.

"Sayang abang nii." Khalif menggesel hidungnya pada hidung Leandra.

"Rindu abang?" Tanya Khalif.

"Rindu, rindu. Rindu manyak-manyak." Kata Leandra. Khalif tertawa.

"Hiks hiks. Eyyy papa niii!" Wardina menghentak kaki apabila melihat Leandra dan Khalif berpelukkan sebegitu.

"Ishh dia ni, bagi lah mama manja kejap." Kata Leandra. Khalif tertawa. Khalif masih mendukung tubuh Leandra.

"HE'S MINE MAMA! MINE!" Ujar Wardina. Leandra menjelir lidah kepada Wardina.

Makin galak sikecil itu menangis.

"Adik.." Wardina terus berlari ke arah Leo yang sedang baring sambil melihat ipad.

Wardian terus menyembam wajah pada dada Leo. Leo terus menutup ipadnya dan mengusap kepala sang kakak.

Wardina menangis sehingga basah baju Leo.

"Sayang tak baik buat anak macam tu." Kata Khalif sambil mencuit hidung Leandra.

"Ehh hello. Abang you're mine okey. Not her." Kata Leandra lalu menyembam wajah pada leher Khalif. Khalif menggeleng kepala.

TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)Where stories live. Discover now