Andrey memandang tajam seraut wajah tampan milik sahabat itu. Elvien yang perasan terus tersengih dan kembali menyuap makanan ke dalam mulut sehingga penuh. Sedap nok.

"Ya Allah manisnya, Vien kau rasa ni, dia punya manis boleh potong kepala eh kaki." Ujar Ryu sambil menyuap kasar kedalam mulut Elvien. Tersedak Elvien di buatnya.

"Uhuk.. uhuk, a..air" Liliana terus memberi segelas air kosong yang di sediakan khas di atas meja itu. Dengan rakus Elvien meneguk air itu, habis memerah muka jejaka itu menahan perit.

"Eh kau ni, nak bunuh aku ke cial? Aku selam kepala kau nanti." Marah Elvien terhadap sahabat nya itu.

"Hehe maaf, maaf, tapi kau kena rasa ni. Manis gila bak hang." Elvien sempat menjeling sekilas sebelum tangannya laju mengambil Baklava itu. Masuk sahaja ke dalam mulut terus kecut muka Elvien. Ya Allah manis bethol.

"Manisnya, aku tak boleh nak telan. Uhuk.. uhuk helep meh, ini terlalu manis untuk saya yang dah manis sejak lahir." Sempat lagi Elvien berjenaka. Liliana hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Kadang kala dia memandang wajah Andrey yang elok makan sambil diam itu. Tegang sungguh wajah tampan itu tapi tetap hensem.

Sepanjang mereka berjalan bersama, pasti Han's Andrey akan diam sahaja kalau balas pun hanyalah 'hm' 'ok', itu saja jejaka itu akan balas selebihnya dia akan mendiamkan diri. Liliana Radella agak terasa juga tapi dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia ada buat salah ke?

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Segarnya dapat mandi." Liliana bernyanyi kecil sambil mengelap rambutnya yang basah itu. Mereka baru sahaja pulang ke mansion ini beberapa minit yang lepas. Sampai sahaja ke mansion mewah ini Han's Andrey terus kembali keluar dengan alasan.

"Aku ada kerja sikit dekat luar, nanti aku balik."

Seketika Liliana mengeluh halus. Dari semalam dia berfikir apa kesalahannya, dimana salah silapnya sehinggakan jejaka itu bersikap dingin. Sampai pening kepala otak dia ni nak fikir tau. Sambil mengelap rambutnya yang basah itu, Liliana berjalan ke arah walk in closet untuk mencari baju yang sesuai dipakai. Sampai sahaja di dalam bilik baju yang besar itu dia terperasan akan satu kotak berwarna pink di atas meja koleksi jam.

Dahi Liliana berkerut halus bila melihat kotak baju berjenama itu. Kerana perasaan ingin tahu menggunung Liliana mengambil kotak baju itu dan membuka nya. Terserlah sehelai dress berwarna putih separas lutut. Cantik. Liliana kembali menilik dress itu sebelum dia meletakkan kembali ke tempat asalnya. Seketika baru dia perasan ada sepucuk surat didalam kotak itu. Tanpa berfikir panjang Liliana mengambil sepucuk surat itu dan membacanya.

     wear the clothes that I bought and get ready before 10:00 pm, and don't forget to follow the path of the rose flower arrangement ok.

Mr.Han's D' Azeglio.

Sekali lagi Liliana berkerut hairan, ni apahal main surat menyurat ni. Liliana memandang jam dinding bilik baju itu, jam sudah menunjukkan pukul 9:00 pm tepat dia masih ada masa untuk bersiap. Sepucuk surat itu diletakkan kembali kedalam kotak dan dia kembali mengambil dress putih itu. Nasib lah tak renyuk.

Siap sahaja semua dia mengikat rambut dengan gaya yang sesuai dengan penampilannya itu. Puas dengan gayanya itu dia bergegas untuk turun ke tingkat bawah, buka sahaja pintu taburan bunga mawar dan lilin berada di setiap jalan untuk menuju ke bawah. Liliana hanya mengikuti sahaja arah taburan bunga mawar itu. Sampai di tingkat bawah dapat dia lihat dua jejaka tinggi lampai menunggunya di depan pintu.

OG| A True Love (Slow Update)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα