Suara Boboiboy kedengaran seperti ketakutan bila dia berkata begitu.

Dia tidak mahu Gaharum salah sangka dengan dirinya, tapi pada masa yang sama dia tidak mahu Gaharum kecewa akannya.

Boboiboy meremas lengan bajunya, kecewa dengan diri sendiri.

Pada akhirnya, dia memang tidak boleh lakukan apa apa sendiri.

Boboiboy menutup matanya, bersedia untuk mendengar Gaharum memarahinya.

Tapi apa yang dia dengari adalah lain dari apa yang dia sangkakan.

"Tapi itu pilihan kamu sendiri, kan?"

Gaharum meletakkan tangannya di atas bahu putera muda itu, membuatkan Boboiboy membuka matanya kembali, dan melihat ke arah Gaharum.

"A-apa?" Boboiboy tidak memahami maksud Gaharum.

"Kamu sendiri yang memilih untuk meminta bantuan kali ini, kan?"

Boboiboy perlahan lahan mengangguk, walaupun kelihatan kekok.

Gaharum tersenyum nipis mendengar balasan puteranya itu.

"Itu juga sebuah pilihan, Khairul. Memang saya kata saya mahu kamu belajar berdikari, tapi itu tidak bermaksud kamu mampu lakukan semua benda sendiri"

Walaupun niat Gaharum mahu menceriakannya, tapi cara Gaharum mengatakannya membuat putera muda itu sedikit terasa.

Dan ianya jelas pada wajahnya, membuatkan Gaharum tahu.

"Bukan saya mahu kata yang kamu itu lemah, tapi itulah hakikat manusia, kita tidak boleh lakukan semua benda sendiri, kerana kita tidak sempurna. Kalau tidak, apa gunanya kita ada kawan di sisi kita, kan?"

Boboiboy, terkesan dengan kata katanya.

"Meminta bantuan itu biasa. Menangis itu biasa. Merasa terbeban itu biasa. Jangan takut untuk minta bantuan sesiapa jika kamu merasa terbeban lagi, ok?"

Boboiboy mengangguk perlahan, sebelum memeluk sang yang lebih tua itu.

"Terima kasih, Tuan...."

Gaharum juga tidak menyangka budak itu akan memeluknya. Tetapi dia tersenyum sahaja, sambil mengusap lembut belakang budak itu.

"Tidak ada apa apa lah, Tuanku. Mari kita bayar semua ni dulu ya?"

Boboiboy mengangguk sekali lagi, sebelum melepaskan badannya.

Mereka berdua pun pergi beratur di kaunter untuk membayar semua barang yang mereka beli itu.

.
.
.

Skip, sehingga hari ahap, Ochobot sudah pun pulang ke Pulau Rintis semula.

Seperti yang dijanjikan, dia membawa pulang sepuluh biji telur rebus yang dia rebus sendiri dekat kempung sebelum bertolak balik.

Boboiboy menceritakan apa sahaja yang dia sudah lalui sepanjang ketiadaan Ochobot.

"Kau hampir kena ragut masa belah dengan Tuan Gaharum? Biar betul?"

Ochobot sendiri terkejut akan hal itu.

Yelah, hampir kena ragut kot.

"Haah, tapi tak apa, aku sempat curi balik dompet aku dari poket dia masa beri semua guni bawang tu ke dia" kata Boboiboy sambil menyumbat satu biji telur itu ke dalam mulutnya.

Ochobot melepaskan nafas lega Boboiboy dapat handle situasi itu sendiri.

"Kalau aku ada waktu tu, dah lama aku belasah si peragut tu lumat" Ochobot mengancam sebegitu sambil meng-crak crak tangannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 16, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now