Chapter 18

297 50 15
                                    

Mereka berjalan menuju ke arah suatu tempat, membuatkan Ochobot dan Boboiboy tertanya tanya mereka hendak ke mana.

Setelah hanya mampu tertanya tanya sahaja, mereka melalui sebuah papan tanda yang dibuat daripada kayu yang sudah kelihatan sedikit mereput.

'Taman Rekriasi Pulau Rintis'

Mereka pun mulai tersedar kembali, dan mula berasa semangat.

"Tadaaaa~!!!"

Mereka sudah tiba di taman itu.

Mereka berdiri di depan sebuah tasik yang kelihatan jernih dengan pantulan warna biru daripada langit cerah di atas mereka.

Terdapat juga teratai, bunga teratai, bot itik dan pot memancing di atas tasik itu.

Melihat ke atas litar jalan pula, disebabkan sudah petang, kelihatan ramai penduduk setempat yang berada di sana, melakukan berbagai aktiviti.

Seperti berbasikal, skateboarding, rollerskating, bahkan taman permainan kanak kanak pun ada.

Kawan kawan mereka mempersembahkan keindahan alam tempat itu

Dan semestinya, ianya permandangan yang mampu menenangkan mata.

"Woahhhh....." kedua dua mereka kagum.

"Apa tunggu lagi! Jomlah kita pergi berbasikal!" Ying sudah mula dibakar semangatnya sendiri.

"Jom!!!" mereka semua menyahut, kecuali Boboiboy.

"K-kejap! T-t-tapi-"

Dia mula panik tak tentu arah, dan kedengaran seperti dirinya tergigit lidah sendiri, tidak mampu mengatakan ayat sendiri dengan jelas.

"Hm? Kenapa Boboiboy?" Gopal yang pertama bertanya.

Mereka perasan wajah Boboiboy mulai merah akibat malu.

"Aku....aku tak...tak pandai berbasikal.....ehehe...."

Dia bermain dengan jarinya sendiri sambil mencuba menahan dirinya daripada merasa malu.

Yelah, siapa je tak malu bila kau tak boleh lakukan benda yang orang lain mampu lakukan.

Dia juga berasa takut jika kawan kawannya marah padanya dan berfikir ianya sia sia membawanya kerana dia tidak mampu berbasikal dan menghambat aktiviti mereka di sana.

"Eh? Kau tak pandai?"

Soalan yang straight-forward daripada Fang.

"Tak pandai bawa basikal?"

Yaya juga sama.

"Ehhhhh???"

Ying juga.

"Ohhhh~"

Gopal juga.

Mereka semua memasang wajah tenang sahaja.

"JAP-APA?!?!"

Sehinggalah mereka akhirnya sedar.

Ochobot pun pelik melihat respon lambat kawan mereka itu.

"Wehhhh kenapa kau tak cakap dey?!" Gopal menggoncang badan putera muda itu dengan paksa.

"DaHhHhHh kOoOrAnGgG tAaAaAkKkKk TaAaNnYaAaAa!!!"

Habis pening budak tu dibuatnya.

"Woi! Bengkok dia nanti woi!" terus Ochobot menghentikan Gopal sebelum ada kes terjadi nanti.

Boboiboy pun mencuba menyambungkan kembali sel sel otaknya selepas digoncang kuat oleh Gopal sebentar tadi.

"Oh-ehehehe....sorry sorry" Gopal pun tersenyum macam kerang busuk sahaja sambil meminta maaf walaupun kedengaran tak ikhlas.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now