12. Cinta

24 4 0
                                    

Sejarah mengunci cinta,
yang dirasa cuma derita,
dibanding debunga bahagia yang memekar,
layu bunga lukanya kembali dirasa.

Dilema mengunci rindu,
membiar jiwa digaul keliru,
meskipun ku tahu kamu juga mahu,
manikkan kejora di kanvas alamku.

Cinta,
jangan pergi bila punya janji,
jangan menghilang bila ada yang disayang,
jangan berlalu bila ada yang menunggu,
kerana kau harus tahu...

Setia itu mahal,
luka itu murah.

-M1N3

Puisi Hati : M1N3Où les histoires vivent. Découvrez maintenant