Dalam diam Sehun menyeringai puas. Semuanya terjadi setahun lalu selepas kemalangan yang menimpa Miyoung.

---

"Amnesia?"

Doktor Yuta mengangguk. Laporan kesihatan Miyoung diserahkan kepada Sehun.

"Sebahagian otak yang telah dikikis buang akan menyebabkan pesakit hilang ingatan akan masa sekarang. Berkemungkinan, pesakit cuma mengingat kenangan lima atau enam tahun kebelakang. Pesakit tak akan teringat dengan kejadian sekarang melainkan ada memori yang terpicu. Saranan saya, tuan pastikan pesakit konsumsi ubat ini setiap hari tanpa melangkau walau satu hari."

Sehun memegang ubat terlarang yang diusahakan oleh pasaran gelap itu. Ianya berfungsi untuk menahan otak seseorang daripada terpicu dengan memori lama yang sudah dibuang. Ubatnya berkesan, namun tempoh masa ketepatan keberkesanannya masih menjadi keraguan.

Ada yang mengatakan ianya menjadi, tetapi ada juga yang menyangkal bahawa ubat ini akan membuat pemakannya lambat-laun mengingat juga memori lama dek kerana keberkesanan tempoh panjangangnya yang akan memudar.

Pun begitu, Sehun tidak peduli. Asal Miyoung menjadi miliknya, dia sanggup.

Dengan bantuan Doktor Yuta yang telah dirasuah, doktor itu melakukan pembedahan mengikis sedikit otak Miyoung, bertujuan supaya gadis itu tidak mengingat lagi kemalangan yang menimpanya.

Sehun sengaja membuat Miyoung kemalangan sehingga menyebabkan gegaran pada otak gadis itu. Miyoung koma hampir setahun selepas selesai pembedahan otak.

Usai terjaga, Sehun bersandiwara, mengatakan bahawa dia dan Miyoung masih lagi pasangan kekasih. Sehun lah yang menjaga Miyoung dari zaman persekolahan setelah Miyoung kemalangan dan koma.

Sejak dari itu, Sehun tak pernah meninggalkan sisi Miyoung. Miyoung yang terhutang budi dan juga sisa cinta yang masih kuat saat zaman sekolah terus percaya pada Sehun.

Perempuan itu berterima kasih sampai sanggup menerima apa sahaja yang Sehun mahu termasuklah dirinya sendiri. Sebelum koma, Miyoung memang tidak mengandung walaupun Sehun sudah menidurinya.

Tapi usai bangun dari koma, atas permintaan Sehun yang lebih kepada perintah, Miyoung akur sahaja sehingga bukti dari benih-benih cinta mereka terhasil.

Miyoung dan Sehun, keduanya gembira menerima khabar berita tentang pertumbuhan janin dalam rahim Miyoung.

Satu lagi punca Sehun nekad berbuat demikian adalah kerana ayahnya sendiri, Tuan Seojun.

---

Flashback...

"Kamu tak sepatutnya bunuh Jiwoo, Sehun."

Tuan Seojun mengurut pangkal hidung, lelah dengan anak tunggalnya yang selalu bertindak sesuka-hati. Dia mengerling kearah isteri mudanya yang berlari meninggalkan ruang tamu selepas mendengar khabar bahawa calon pilihannya mati terbunuh di tangan Sehun.

Sehun mengelap tangannya yang masih tersisa darah dari Jiwoo. Pakaiannya juga terkena tempias.

"Sayangnya terlambat." Sehun tenang menjawab sedemikian.

"Dia anak kepada kawan—"

"Sehun tak peduli. Sepatutnya ayah beritahu perempuan tu, supaya beritahu perempuan tadi, jangan sewenang-wenangnya buat kacau dekat syarikat. Satu anjing pun ayah tak dapat handle, lagi nak dapatkan cucu-cicit daripada anjing tu?" Sehun mendengus kasar.

"Kamu lukakan hati Vera kalau dia dengar."

"Who?"

Tuan Seojun mengeluh. Sepertinya Sehun masih tak mengingat nama ibu tiri sendiri biarpun bertahun-tahun hidup di rumah yang sama. Atau Sehun memang tak berniat untuk mengingat.

(C)His Possession (Wenhun)Onde histórias criam vida. Descubra agora