•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Nah card. Aku nak korang jangan kacau aku dan isteri aku hari ni. Aku bagi card tu buatlah apa yang korang nak. Kalau nak duit cash pandai-pandai cari bank faham." Tegas Andrey berkata. Hari ni dia mau berdating berdua bersama isteri kesayangannya ini tanpa gangguan dari dua ekor makhluk itu.

Elvien Allen dan Ryu Cleon sudah tersenyum suka apabila Andrey menyerahkan American Express card milik jejaka itu kepada mereka berdua, taulah mereka mau habiskan duit jejaka itu. Siapa je tak suka kalau orang tu bagi kita duit kan, black card pulak tu.

"Siap boss. Patik menurut perintah, jom Vien kita habiskan duit dalam card ni." Kata Ryu gembira. Alah kalau mereka habiskan harta lelaki ni tak akan luak punyalah.

"Jom, bye-bye guys happy dating."

Liliana Radella sudah menggeleng kepala melihat dua manusia itu. Dia memandang suaminya yang turut memandang dirinya itu. Apa tenung- tenung tau lah aku ni cantik. Eh tak gurau-gurau.

"Jom love, kita cari barang apa yang love nak." Ujar Andrey tenang sambil menarik tangan isterinya, Liliana hanya menurut tidak membantah. Lagipun memang dia ingin membeli banyak benda di sini maklumlah sudah lama tidak pulang di bumi Turki ini.

Sekarang kami berada di Grand Bazaar, Istanbul. Walaupun aku tahu disini kebanyakannya menjual rempah ratus, barang antik dan perhiasan rumah-rumah, tetapi waktu musim sejuk seperti ini mesti ada menjual Lokum sejenis manisan diperbuat daripada madu dan minuman dan makanan panas-panas yang menyelerakan. Jalan yang ingin kami masuk ini memang agak menyesakkan kerana tiap hari ramai pelancong luar datang ke Grand Bazaar ini. Mungkin barang-barang di sini cantik-cantik.

"Abang ok ke ramai orang macam ni? Kalau tak ok kita pergi tempat lain je ye." Ujar ku lembut, jatuh kesian aku bila melihat wajah agak kurang menyenangkan suamiku ini. Aku tau Han's Andrey tidak menyukai keramaian, baginya itu menyusahkan dan bising tapi dah dia setuju datang ke sini kita layankan jelah.

"It's ok tesoro, abang tak kesah, asalkan sayang ada dekat dengan abang." Ujar Andrey lembut, satu senyuman manis ditayangkan pada isterinya. Liliana juga turut membalas senyuman kacak suaminya itu.

Kami berjalan berpegangan tangan kerana terlalu ramai orang di dalam Bazaar ini. Mata ku melilau mencari kedai yang aku minati sejak dahulu lagi kerana kedai itu menjual makanan dan manisan yang sedap, harga pun berpatutan. Memandangkan kedai ini akan menjual manisan setiap musim sejuk dan musim bunga sahaja aku membuat keputusan untuk memborong. Yelah bila lagi nak balik negara kelahiran umi aku ni kan?

Jumpa sahaja kedai itu aku terus menarik tangan suamiku dengan kuat untuk menuju ke arah kedai tersebut. Agak ramai juga orang di kedai ini, kerana malas mahu menunggu lama aku terus menyelitkan diri kedalam keramaian manusia itu. Nasiblah tidak terlalu ramai macam dekat konsert.

"Ya Allah, sayang." Terkejut Han's Andrey bila melihat isterinya menyelinap masuk ke dalam keramaian manusia itu.

Tiba sahaja di depan kedai itu Liliana terus melihat setiap makanan dan manisan yang berada di depannya ini. Mengiurkan air liur apabila melihat kunafa yang masih panas dan sedap itu. Walaupun aku kurang meminati makanan manis tapi apa salahnya cuba sekali sekala. Tidak tunggu lama aku terus memesan.

"Kusura bakmayın, bir adet orijinal künefe, bir adet matcha ve bir adet antep fıstığı istiyorum. Ondan sonra iki lokum ve iki kahve istiyorum." Aku mula memesan apa yang aku inginkan.
Translate: "excuse me, saya nak kunafa original satu, matcha satu dan kacang pistachio satu. Lepas tu saya nak Lokum ni dua dan dua kopi ye."

"Tamam, bir dakika bekle." Ujar perkerja itu sebelum tangannya lincah menyiapkan pesanan ku, lebih kurang dalam 3 minit akhirnya pesanan yang aku tunggu telah tiba. Plastik berisikan makanan itu dihulurkan kepada ku.
Translate" "Baiklah, tunggu kejap ye."

"Hepsi burden 30 lira" Ujar perkerja itu. Aku terus menghulurkan not 50 berwarna oren itu kepada perkerja itu.
Translate: " Semua sekali 30 lira."

"Üstü sende kalsın merak etme helal." Ujar ku ikhlas pekerja itu hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada ku sebelum aku beredar dari situ.
Translate: "Keep the change, don't worry it's halal."

Aku keluar dengan perasaan gembira, kelibat sang suami aku cari sebelum dapat aku lihat riak wajah risau suami ku itu. Han's Andrey yang nampak isterinya keluar dari kedai itu dengan gembira bersama plastik penuh makanan di tangan terus datang menerpa ke arah gadis itu.

"Sayang, kenapa main redah masuk macam tu je tak tunggu abang, kalau hilang nanti macam mana? Kalau luka atau sakit mana-mana macam mana?" Jelas di wajah jejaka itu kelihatan risau. Mana tak risaunya kalau dah bini sendiri main redah masuk dalam keramaian manusia macam tu je. Nasib tak hilang.

"Sorry syuben, Adel ok je lah, tak ada apa-apa pun, abang pun dapat tengok kan Adel ok je ni."

"Haih. Lepas ni jangan buat macam ni lagi, walau ramai mana sekalipun kedai tu dolcezza kena pergi dengan abang juga. Faham!" Tegas jejaka itu kata. Liliana hanya tersenyum menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik itu.

"Faham boss. Jom kita cari kedai lain pula, lepas tu kita beli barang-barang sikit untuk Nene nanti ok." Ujar Liliana gembira, Andrey hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu. Nasib kat publik kalau tak dah lama aku terkam sebab terlampau comel.. haih..

 haih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Maafkan saya lambat updt... Btw jgn lupa vote ok ( sorry sedikit hambar dan kurang menyenangkan)

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now