🌸special bab 🌸

Start from the beginning
                                    

"JANGAN TAKUT BANG....BERAS KITA BELI"

"Hahaha....gelak lah korang, jangan sampai peluru tembus kepala korang" Lucca memandang mereka dengan senyuman sinis. Kerusi empuk yang diduduki digoyang sedikit kiri ke kanan berulang alik dengan kaki yang sengaja disilang.

Terhenti ketawa mereka mendengar kata-kata sinis Lucca. Mereka memandang sesam sendiri.

*****

Ramainya orang di pasar malam. Pelbagai jualan murah diadakan termasuk makanan. Andrew berjalan bersama uncle-uncleya sambil memegang kemas tangan Li Jun. Risau hilang pula budak yang satu tu. Rania berjalan sambil memegang tangan Lucca.

"Ini kali pertama aku datang ke tempat macam ni walaupun depan rumah sendiri" Esteve menggarukan dagunya yang tidak gatal sambil memandang sekeliling kawasan itu.

"Aku tak sangka geng-geng mafia terhebat dan terkenal turun padang melawat tapak pasar malam. Jatuh standard aku sebagai mafia" mask yang berada di dalam poket seluarnya diambil lalu dipakai menutupi wajah hensemnya.

"Sejak bila kau pandai mengeluh ni Rayyan? Siap jaga standard bagai" Li Jun memandang pelik wajah Rayyan. Li Jun yang hanya bersantai berbaju t shirt hitam dan berseluat jean biru menyerlahkn lagi ketampanannya membuatkan gadis-gadis yang melihatnya tidak berkelip mata. Li Jun hanya membalas pandangan mereka dengan senyuman manis membuatkan para gadis cair melihatnya.

"Busuk baju Polo aku. Bau asap satay!" Zarif mencium-cium baju t-shirt polo berwarna hitam yang melekat dibadannya. Nasib baik ketiak wangi.

"Uncle Esteve, Andrew nak ayam goreng boleh?" Pinta Andrew sambil menggoncangkan tangan kasar Esteve. Dia memandang wajah unclenya dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.

Esteve memandang rakan-rakannya. Like seriously???!! Ayam goreng pasar malam??

"Uncle?!" Andrew menggoncangkan tangan sedikit kuat.

Esteve memandang Andrew dengan wajah berkerut lalu mengangguk lemah mengikut langkah Andrew yang sedang menarik tangannya menuju kearah gerai yang menjual yang menjual ayam goreng.  Jatuh saham aku!

Selesai sahaja membeli, Li Jun, Rayyan dan Zarif sudah ketawa mengekek-ngekek dibelakangnya.

Rania hanya menggelengkan kepalanya. Nampak sangat budak bandar. Ayam pasar malam lagi sedap lah daripada ayam dalam kotak.

Lucca hanya memandang anaknya dengan senyuman nakal. Good job, Andrew.

"Uncle Zarif, Andrea nak yang tu" jari kecil Andrea menunjukkan kearah gerai yang menjual mainan. Dia yang berada di dalam dukungan daddynya segera turun dan berlari kearah gerai itu.

Zarif terkebil-kebil apabila namaya dipanggil oleh anak buahnya. Dia memandang kosong kearah Lucca. Lucca mengisyaratkannya suruh pergi. What the hell aku yang kena ni.

Lucca hanya tersenyum mengejek memandang Zarif lalu menghampiri anaknya. 

"Awak nak yang mana satu darling?"

"I want this daddy, can I?" Soal Andrea dengan sepasang mata cantiknya. Pipi sengaja dikembungkan.

"Sure. Go to uncle Zarif and tell him to pay this toy. Okay baby" Lucca mengusap lembut kepala anak perempuannya.

Zarif yang mendengar namanya disebut memandang tajam kearah Lucca. Dasar anak beranak!

Esteve menunjukkan thumb up kepada Zarif. Baru adil! Padan muka gelakkan aku lagi. Manakala Li Jun berhi-five sesama mereka.

Selesai sahaja membayar, dia mengangkat plastik yang berisi kotak mainan di dalam. Dipusing plastik itu kekiri kekanan.

"Oi budak! Dalam banyak-banyak toys yang ada, kenapa kereta kontrol ni jugak yang kau minat? Kenapa tak ambil yang masak-masak ke patung barbie ke?"

Andre mendongak memandang unclenya yang tinggi.

"Cause i love a sport cars. Andrea tak suka barbie doll and cookings tools. Itu mainan perempuan" Andrea memeluk tubuh lalu memandang geli dengan mainan yang berwarna pink. I don't like pink colour!!

"Elleh kau...kekwat noh. Kau sedar tak yang kau tu perempuan? Ke kau ada cita-cita nak jadi tomboi?"

"Bukanlah uncle. Andrea tak minat dengan colour pink. I love black colour. Understand" selesai sahaja dia bercakap laju sahaja dia menuju kearah daddynya lalu minta didukung.

Zarif yang melihat perangai Andrea kecik besar kecik besar sahaja. Aku penyek budak ni kang.

"Eh! Mana Andrew?" Rania menoleh kiri ke kanan mencari kelibat Andrew. Mana pula budak ni hilang. Tadi ada saja.

Lucca yang mendengar soalan isterinya turut mencari susuk tubuh anaknya. Mata meliar sekeliling gerai-gerai.

"Cari anak aku" arah Lucca. Dia menarik tangan isterinya mengikut langkahnya. Sempat dia memandang wajah kerut isterinya. Risau tentang anak lelakinya. Andrea yang berada di dukungan memeluk erat leher daddynya.

Masing-masing mencari susuk tubuh kecil  Andrew.

"Uncle Li!!! Sini!!!" Li Jun terus menoleh apabila namanya dipanggil. Dia melihat Andrew yang sedang duduk mencangkung di hadapan seseorang.

"Wehhh!!! Situ, jom!!" Li Jun terus menarik tangan Rayyan yang berada di sebelahnya.

Mereka menghampiri Andrew yang masih lagi mencangkung dihadapan wanita tua yang sedang duduk menyandar di dinding kedai. Dengan wajah yang comot dan baju yang terkoyak rabak diperhati. Tidur beralaskan kotak kertas.

"Kau buat apa dekat sini budak! Puas kitorang cari!" Terus dihadiahkan luku buku limanya di kepala Andrew. Lucca hanya memerhati tingkah laku anaknya. Nak marah tapi dekat public. Haih.

"Aduh, sakitlah uncle. Andrew kesiankan nenek ni. Nenek ni lapar. Andrew bagi ayam goreng ni dekat nenek. Tengok nenek makan. Mesti nenek lapar"

Rania menghampiri anaknya lalu kepala diusap lembut.

"Sayang, nak pergi mana-mana bagitahu mummy dulu boleh. Jangan buat macam tadi, boleh terhenti jantung mummy tahu bila tengok Andrew tak ada"

"Andrew minta maaf. Andrew janji tak buat lagi." Andrew memeluk erat tubuh mummy lalu menggosok belakanb seperti menenangkan kembali perasaan mummynya.

Rania menoleh kearah wanita tua itu. Lidahnya keras untuk mengeluarkan kata-kata. Lama dia menatap wajah itu, walaupun rupa parasnya tidak terurus. Tanpa sebarang riak, dia berdiri lalu menarik Andrew menjauhi wanita tua itu lalu pergi.

Lucca dan yang lain hanya melihat langkah Rania yang meninggalkan mereka bersama perempuan tua itu.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now