🌸special bab🌸

2.3K 63 4
                                    

Mata memandang kearah meja makan. Kosong? Selalu ada sahaja sarapan yang terhidang diatas meja. Langkahnya diatur menuju ke ruang dapur. Tak ada juga. Lucca beridiri bercekak pinggang. Dia melangkah menuju ke halaman rumah mencari susuk tubuh isterinya, namun hampa. Mana pula isterinya pergi.

Lucca menuju ke luar rumah, mencari isterinya namun tiada juga wajah yang dicarinya. Lucca masuk pula ke dalam rumah mencari anak-anaknya.

"Andrea.....Andrew....mari turun makan!" Panggil Lucca. Lucca memakai apron di tubuhnya kemudian berlalu ke peti sejuk. Lucc mengambil 2 biji telur. Roti Gardenia's yang berada di atas meja diambil.

"Yeayyy... breakfast time!!" Jerit Andrea gembira sebaik sahaja tiba di table top . Pagi-pagi mood dah rancak.

"Aik....daddy. Tak ada makanan pun" soal Andrea.

"Takkan makan roti dengan telur je?"

"Haah...harini mummy tak masak. Jadi daddy kena masak. Andrea ada nampak mummy tak?" Soal Lucca. Tangannya pantas membuat kerja.

"Tak..." Andrea menyuakan kedua-dua tangannya minta di dudukkan keatas kerusi table top. Lucca segera mengangkat Andrea keatas kerusi. Tangan menongkat dagu memandang daddynya menyiapkan roti telur.

*****

Rania berlari-lari anak mencari susuk tubuh tua. Setiap lorong bangunan kedai dicari namun hampa. Rania mengeluh perlahan. Sudah tidak tahu lagi dimana lagi dia harus mencari. Akhirnya, Rania memutuskan untuk pulang ke rumahnya.

Sewaktu Rania berjalan, dari jauh lagi dia sudah ternampak susuk tubuh wanita tua yang sangat dikenalinya terbaring lemah di tepi tong sampah besar. Pantas Rania berlari kearah wanita itu. Mengucap Rania sebentar setelah melihat keadaan Mal Cik Zaiton, ibu tirinya sendiri. Terketar-ketar Rania mahu menyentuh tubuh itu lalu menggoncang lembut.

"Mak...mak cik....mak....makcik..." Tergagap-gagap Rania mahu mengejutkan Mak Cik Zaiton, namun tiada pergerakan yang dibalas.

"Mak...makcik...makcik..." Panggil Rania lagi. Namun masih juga tiada tindak bls dari wanit tua itu. Rania meletakkan jari telunjuknya dihadapan hidung. Namun tiada rasa henbusan nafas. Rania terkaku.

Pantas dia menyelukkan poket seluarnya lalu nombor suaminya didail.

"Hello abang, tolong datang dekat belakang bangunan block C. Sayang ada dekat sini. Cepat!"

*****

"Kenapa sayang ada dekat situ?" Soal Lucca. Dia bercekak pinggang menghadap isterinya yang sedang duduk di kerusi. Menunggu keputusan Jabatan Forensik.

"Errr...sayang pergi tengok keadaan Mak Cik Zaiton" Rania menunduk memandang lantai hospital. Tidak berani memandang Lucca yang masih marah dengannya.

"Kenapa tak cakap dekat abang dulu?" Tegas suaranya menyoal Rania satu persatu.

"Abang tengah tidur tadi?" Jawab Rania perlahan. Jari jemarinya dimain.

"Kalau abang tengah tidur, sayang tak boleh kejutkan abang?" Lagi sekali Lucca menekan Rania.

"Boleh" Air matanya sudah bergenang.

"Kalau boleh kenapa tak kejutkan?" Lucca mengusutkan rambutnya. Geram dengan perangai isterinya. Menghilang macam tu saja. Lucca mengeluh perlahan. 

"Takut ganggu abang tidur" air matanya sudah mengalir di pipi.

"Sebelum ni, sayang setiap malam ganggu abang tidur, ada abang marahkan sayang ?" Rania hanya menggeleng. Suaranya sudah tidak dapat dikeluarkan. Lucca merapati isterinya lalu memeluk perlahan tubuh isterinya. Belakang tubuh diusap lembut.

Dante De Lucca| C |(Editing)Kde žijí příběhy. Začni objevovat