part 24

2.3K 86 2
                                    

Lucca memandang dirinya yang segak berbaju melayu putih dan bersamping. Kemas, segak dan bergaya. Dia melihat jam di tangan, pukul 2 dia akan mengakat nikah.

"Bro, dah siap ke? Tok kadi dah ada dekat bawah" kata Rayyan. Dia membelek tubuh Lucca. Kemas.

"Jom.". Jawab Lucca tenang.

*****

Rania bersama dengan Zarif dan juga mak andamnya. Mekapkan si Rania. Zarif yang berdiri tegak di hadapan pintu, seperti bersiap sedia tentang kemungkinan yang berlaku. Dah macam bodyguardnya pula.

Flashback

"Nyah, hati-hati dengan mak andam ni. Nampak mencurigakan. Aku tak percaya dia" kata Zarif sambil berbisik-bisik.  Wajahnya serius. Tiada riak senyum

"Tak ada apa-apalah. Awak janganlah risau. Kan Lucca dah ketatkan kawalan dekat sini. Jadi tiada apa yang akan berlaku" jawab Rania cuba menenangkan Zarif.

"Aku tahu, tapi aku takut-takut ada orang cuba ambil kesempatan jadi saksi ke, tok kadi ke". Balas Zarif.

"Rayyan dengan Lucca kan ada. Diorang kan pandai berlawan"

"Habis aku tak pandai berlawan ke?" Bidas Zarif. Dia menjeling kearah Rania.

"Dah tu yang nak risau kenapa?"

"Kalau kau hilang aku tak kisah. Yang aku kisahkan kepala aku akan hilang kena pancung dengan Lucca kalau kau hilang"

Rania menjeling kearah Zarif. Tak nak kalah lah dia ni. Nak menang je. Geram kadang-kadang.

End flashback.

Rania ketawa kecil melihat Zarif yang muka ketat apabila ditenung oleh jurumekapnya. Juru mekapnya kejap-kejap mencuri melihat Zarif yang berdiri.

"Awak suka dia ke?" Tanya Rania.

"Eh, tak lah. Hehehe" juru mekapnya tersengeh malu. Kantoi pula usya anak teruna orang.

"Yeke?" Rania mengusik lagi. Eleh cover malu lah tu.

Juru mekap hanya tersenyum malu.

*****

"Mana Rania? Tak nampak pon?" Tanya Lucca. Matanya meliar mencari susuk tubuh Rania.

"Dekat atas, aku dah suruh Zarif bawa turun Rania. Haa...tu" Rayyan menunjukkan kearah Rania yang sedang menuruni tangga bersama Zarif.

Lucca melihat Rania dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Cantiknya. Dengan berbaju kurung simple berwarna putih dengan dihiaskan batu Swarovski sebagai hiasan baju.
Rania memilih tempat yang dikhaskan untuk dia duduk.

"Ok, boleh kita mulakan akad nikah" soal tok kadi yang berada dihadapan Lucca.
Lucca hanya menganggukkan kepalanya.
Tok kadi menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Lucca.

"Aku nikahkan dikau Dante de Lucca bin Lucas Alexander dengan Rania Zahra binti   Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak 5000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya  Rania Zahra binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai".

"Sah?" Tanya tok kadi kepada saksinya.

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Tak sah!! Tak sah!" Jerit Zarif. Rayyan mengetuk kepala Zarif yang berada di sebelahnya. Tetamu yang hadir hanya ketawa melihat telatah Zarif yang  jenis tak boleh bawa bincang.

"Kau ni, sehari tak buat hal tak boleh ke?" Perli Rayyan.

"Kalau aku tak buat hal. Bukan Zarif nama dia" balas Zarif dengan bangga.

"Jom tok kadi, kita pergi makan bawah khemah sana"  pelawa Rayyan dengan ramah.

*****

Penat seharian terasa apabila melayan tetamu-tetamunya walaupon tetamu itu terdiri daripada anak buah Lucca sahaja. Lucca memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada anak buahnya. Ramai. Tak tahu berapa orang tapi cukup ramai, sehinggakan anak buahnya dari Itali, Sepanyol dan China turut hadir meraikan bos besar mereka. Majlis yang diadakan di mansion Lucca sudah cukup untuk memuatkan anak buahnya bermalam di situ.

"Arghhh...penatnya. Otot muka pon dah letih nak senyum" ujar Rania yang merebahkan dirinya diatas katil. Matanya dipejam seketika untuk merehatkan matanya. Lucca yang masih berada di bawah sedang bersantai dengan anak buahnya.Akhirnya Rania terlelap bersama baju pengantinnya yang ditukar tengah hari tadi untuk majlis persandingannya.

~Bersambung~


Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now