🌷 KYH ¦ Dumbest Criminal

Zacznij od początku
                                    

Longgar sahaja kain itu daripada terikat, dua kelopak mata yang sedia terbuka memandang aku bagaikan patung sedang merenung aku tajam

Terus aku mengeras macam ais dekat situ. Otak aku tiba tiba tak berfungsi buatkan aku kejung sambil bertentang mata dengan mata Younghoon yang cantik itu

Younghoon tajamkan mata dia pandang aku berkerut. Sudahlah aku tersangat dekat dengan dia sekarang ni

Air liur ditelan kesat. Beberapa saat kemudian, sengihan janggal aku ukir sebelum bertindak menjauhkan diri daripada dia

Berdiri 2 meter daripada Younghoon cepat cepat

"Kenapa aku dekat sini?" Soal dia

"E-erm... ada orang culik kau" Kata aku. Dia berkerut

"A-aku selamatkan... kau...?" Teragak agak aku menjawab. Hancur lebur skrip yang aku tulis tadi. Aduhhh

Younghoon pandang aku pelik

Daripada duduk, dia bangkit berdiri

Aku bertukar mode berjaga jaga. Melangkah selangkah ke belakang risau dia apa apakan aku

"Kau selamatkan aku? Habis tu. Siapa yang culik aku?"

"Err--"

Kiet!

"Bos! Kitorang dah culik target yang sebenar!"

Buat kali kedua aku keras mengejung

Pandagan Younghoon teralih pada orang suruhan aku. Berkerut sebelum pandang aku semula

"O-ops..." Laju dia keluar daripada ruang ini dan tutup pintu

WOY! Bos kau ni nak meninggal kau pergi tinggal?!

"Bae Hyejun. Kau buat apa ni?" Soal Younghoon jelas marah

Dia capai sesuatu daripada poket dalam jaket

Sepucuk pistol

Mata aku terbeliak

"M-mana kau dapat pistol--"

Stupido! Dia tu polis!

Aku ketuk dahi sendiri. Halah bodohnya aku ni!!!

Younghoon datang mendekat. Manakala aku berundur ke belakang

"Wait wait wait! Weh sumpah aku innocent! Bukan aku yang culik kau!"

"Kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap dekat orang suruhan kau tadi?" Dia makin dekat dengan aku. Menghunus pistolnya

Akhirnya, tubuh aku berlaga dengan objek di belakang buat aku terhenti. Younghoon majukan langkahnya hingga senjata di tangannya berada di leher aku. Terus terdongak aku dibuatnya

"Aku kenal kau. Semua orang panggil kau heartless and ruthless criminal"

"Well, thank you in advance-- Arkk!" Baru sahaja aku nak berterima kasih sebab dipuji. Tapi Younghoon sengaja tekan pistol itul pada leher aku

"Hyejun yang aku kenal bukan macam tu. Sebab itu kau tersilap culik orang! Dumbest criminal yang tercatat dalam sejarah!"

"E-err... Y-younghoon... Sebelum aku tumbuk muka kau yang cantik tu, baik kau alihkan benda alah ni. S-sakit kau tekan, tak guna!" Aku tolak dia. Tapi tak bergerak. Akhirnya, Younghoon turunkan pistol dia

Dapat juga aku aku bernafas dengan tenang

"Okay listen. Aku tak ada niat nak buat jahat dekat kau. Selagi kau tak buat report pasal kesilapan teknikal aku terculik kau, just go. Aku lepaskan kau" Younghoon buat wakah terkejut

"Semudah tu?"

"Yep. Aku kena pastikan populasi polis handsome dekat Korea ni terselamat. Aku takkan apa apa kan kau" Kata aku jujur

"Jom. Aku hantar kau balik" Ajak aku

"Seriously, Hyejun?" Aku mengangguk

"As I said. Aku nak culik orang lain. Bukan kau"

"Dan aku polis. Kau bagitahu apa yang kau buat dekat polis" Aku tergelak sinis

"Kira baik aku lepaskan kau tahu tak?! Lepas kau dah balik kau nak buat tindakan, silakan. Sebab aku jamin, kau takkan selamat kalau sorang sorang dekat sini. Kami ramai. Seek for help" Aku memberi nasihat pada polis

Hebat en? Penjenayah nasihat polis

"Siapa yang kau culik"

"Ouh... Kau nak tahu?"

"Siapa?"

"Girlfriend kau"

"Hah--"

BUK!

Belakang kepala Younghoon aku ketuk gunakan sesuatu yang keras hingga dia rebah tak sedarkan diri

"Tch tch tch..." Geleng kepala aku melihat keadaan Younghoon. Pistol yang masih berada di tangannya aku cantas

"Aku baru je nak bagi kau hidup. Siapa suruh tanya? Kan, dah kena mati dengan girlfriend kau sekali?"

"Haih..."

▲▲▲

🍁; Saya pun tak tahu apa yang saya tulis :)

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

🍁; Saya pun tak tahu apa yang saya tulis :)

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz