🦇Part 46🦇

501 73 0
                                    

Sambil memegang rahangnya yang sakit, Star bangun dari situ dengan cepat sebelum menghasilkan satu lingkaran cahaya di sekitar tempat dia berdiri

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


Sambil memegang rahangnya yang sakit, Star bangun dari situ dengan cepat sebelum menghasilkan satu lingkaran cahaya di sekitar tempat dia berdiri. memunculkan pancang-pancang perak dari lingkaran pentagram itu.

"Kalau macam tu tepis serangan aku ni.."beritahu Star apabila pancang-pancang perak tajam itu terbang melayah ke arah lima vampire yang mengelilingi dirinya.

Wooosh!

Berdesup-desup pancang perak itu terbang menuju ke arah mereka.

Tidak cukup dengan itu, Star lari ke vampire pertama disaat vampire tersebut bergelut hendak selamatkan diri dari ditikam dengan pancang peraknya. Dengan kelajuan luar biasanya, Star berjaya mencekik leher vampire pertama dan menghempas badan itu tanpa belas kasihan di atas jalan tar hingga retak-retak jalan itu. Satu gegaran dirasai!

KRAK!

Angin kuat bertiup taktala badan vampire itu terhempas!

Star berada di atas vampire pertama itu saat dia mencekiknya sekuat hati. "Kau tahu...aku dah fed up dengan orang yang tak habis-habis menganggu rancangan aku?"ujarnya. "Aku tak ada masa nak dibuang dengan vampire macam kau ni!"

Vampire pertama itu bergelut hendak melepaskan diri tetapi cengkaman maut Star itu betul-betul buatkan pergerakkan dia mati! "Siapa kau ni?"manusia biasa tak mungkin miliki kuasa sekuat ni!Tak mungkin Dhampir boleh menentang vampire diraja seperti dirinya ini dengan mudah!

Senyuman meleret terukir di bibir Star. "Maut kau."katanya semasa mahu menamatkan riwayat vampire pertama dengan mencekik leher itu hingga patah uratnya.

Vampire kedua muncul dari belakang. Menarik kolar Star hingga buatkan tubuh Star jatuh menyeret atas jalan tar hingga menyebabkan bahagian lengan jaket lelaki itu terkoyak lalu berdarah.

Star berpusing ke kiri selepas terjatuh lalu bangun diri sesaat kemudian. Tidak mempedulikan luka di lengannya, dia alukan tangan kanannya ke Udara. Menerbangkan pancang-pancang perak tadi naik melayah ke atas langit. Bila dia gerakkan tangannya ke bawah pancang perak tadi kemudiannya jatuh menjunam ke bawah menuju vampire-vampire di situ.

Srap!

Srap!'

Srap!

Mengelak dengan cekap dan pantas. Vampire-vampire di situ melompat dan mengelak dari ditikam dengan pancang perak Star.

Oleh kerana tidak mengena, satu persatu pancang perak jatuh menusuk ke jalan berturap depan Star. Meninggalkan lubang yang dalam pada permukaannya.

BERDESUP!

Vampire pertama berlari laju ke arah Star. Mahu menumbuk muka Star, tetapi tidak sempat tangannya hinggap ke muka itu, tangan panjang Star terlebih dahulu mendapatkan lehernya dan mencampak dia semula ke jalan itu hendak dibunuh.

47. Inlove With VampireOù les histoires vivent. Découvrez maintenant