"Saya nak cakap sikit dengan awak." Kata gadis itu.

"Nak cakap apa Diya?" Tanya Dayyan dengan dingin.

Wadiya melabuh punggung disebelah Dayyan.

"Awak nak kahwin dengan Dara sebab nak lupakan saya ke?" Tanya Wadiya tanpa basa-basi.

"Perkahwinan aku dengan Dara takde kena mengena dengan kau." Kata Dayyan mata tidak memandang sikit pun kepada Wadiya.

"Awak mungkin boleh tipu diri sendiri, tapi awak tak boleh tipu saya. Saya kenal awak Dayyan, sangat kenal." Kata Wadiya dengan yakin. Dayyan tersenyum sinis.

"Apa yang kau kenal sangat dengan aku?" Tanya Dayyan. Wadiya menunduk.

"Saya tahu cinta awak pada masa lalu susah untuk pudar. Saya tahu cinta awak pada saya masih ada da-

"Kau memang betul-betul tak malu and betul-betul yakin ye?" Kata Dayyan sambil tergelak sinis.

"Dayyan saya series, awak boleh batalkan perkahwinan awak dengan Dara, kita boleh teruskan semula hubungan kita, jumpa mama dengan papa saya. Saya masih perlukan awak." Kata Wadiya dalam nada memaksa.

"Woah woah, kau ingat aku macam kau ke? Datang bila perlu buang bila tak perlu? Dara tu ada hati dengan perasaan. Nak nak lagi dia kena tinggal 2 kali and 2 kali tu juga adalah adik and pakcik aku sendiri. Aku tak nak jadi macam pakcik dan adik aku. Aku sayang dia. Aku perlukan dia,dia perlukan aku." Kata Dayyan. Wadiya menunduk.

"Dayyan saya boleh jadi isteri yang baik dan solehah untuk awak. Dara tu bukan perempuan yang baik."

"Aku boleh ubah dia jadi baik! Aku boleh ubah dia jadi solehah lagi solehah dari kau!" Dayyan pantas melindungi bakal isterinya yang sedang dihina.

"Kau jangan ingat kau berpurdah macam ni kau alim kau lah terpaling solehah terpaling baik. Kain putih yang kotor kalau kita usaha cuci sampai bersih boleh hilang kotoran itu, asalkan usaha. Dan aku akan pasti kan Dara akan jadi perempuan yang solehah dan baik." Kata Dayyan dengan tegas. Wadiya menunduk.

"Baby!" Hadara menegur Dayyan. Hadara melompat kecil ke arah Dayyan.

"Eh Wadiya awak tak tidur lagi?" Tegur Hadara pada Wadiya.

"Er aa saya nak tidur lah ni. Saja tegur Dayyan ni." Kata Wadiya.

"Ouh. Kenapa baby tak tidur lagi?" Tanya Hadara. Hati Dayyan terasa sesuatu yang aneh. Hatinya terasa ingin keluar dari tempat asal.

"Tengok kdrama kejap. Manja kenapa tak tidur lagi?" Tanya Dayyan semula.

"Terbangun nak minum air sekali nampak baby dengan Wadiya." Kata Hadara sambil melabuh punggung disebelah Dayyan.

"Saya naik bilik dulu." Pamit Wadiya. Kepergian Wadiya dihantar dengan pandangan kosong oleh Dayyan dan Hadara.

"Eyyy geli lah aku baby,manja apa ni?" Hadara menggeliat geli.

"Kau yang mula aku sambung." Kata Dayyan. Hadara menjeling.

Tiba-tiba Hadara mengalirkan air mata.

"Apa pasal kau nangis, Tipah?" Tanya Dayyan sambil mengesat air mata Hadara menggunakan hujung bajunya.

"A..aku terharu..." Kata Hadara.

"Terharu?" Tanya Dayyan.

"Aku dengar apa kau kata tadi." Kata Hadara lalu melentok kepala pada bahu Dayyan.

"Kau dengar?" Ujar Dayyan. Hadara mengangguk.

"Terima kasih nak bimbing aku ke jalan Allah. Terima kasih sebab pertahankan aku bila mana aku dihina." Kata Hadara dengan air mata mengalir.

"Itu niat aku Dara, niat aku. Aku nak bimbing kau sampai kau jadi isteri solehah isteri yang baik. Aku nak kau menjadi seorang perempuan yang taat pada perintah Allah dan taat pada aku nanti." Jata Dayyan sambil mengusap kepala Hadara.

"Kalau aku tak mampu?" Tanya Hadara.

"Semua orang mampu kalau usaha. Kalau takde usaha macam mana nak mampu? Jadi usaha untuk berubah. Okey? Dah jangan nangis nangis buruk doh macam avatar muka." Kata Dayyan. Hadara menjeling.

"Muka kau macam halimah jongang." Kata Hadara lalu menolak kepala Dayyan.

"Ehh muka aku gorgeous macam queen Elsa tahu." Kata Dayyan sambil menepuk perlahan wajahnya.

"Banyak lah kau queen Elsa. Queen seksa je aku tengok. HAHAHA BUBYEE TAPIR." Hadara terus berlari naik ke atas. Dayyan menjeling.

"Biadap punya boboiboy." Kata Dayyan. Lama-lama dia tersenyum kecil.

"Dia gadis yang akan aku bimbing sampai akhir nafas."

TBC

VOTE AND COMMENTS.

TYPO SILA BIAR KAN TAK PAYAH TEGUR TERIMA KASIH.

TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt