Mereka tidaklah sampai melepas kejantanan dengan para wanita bayaran itu. Hanya sekadar bermain-main. Berkecimpung dalam bidang ini kerana mengikuti jejak keluarga.

"Jae, kalini siapa lagi yang kau buntingkan? Mami kau call marah-marah pada aku." Pertanyaan Jongdae membuat Jaehyun, salah satu ahli geng Ace menoleh.

Ace, kerana mereka merupakan ahli dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.

"Tak ada. Seburuk-buruk aku, aku tak pernah sembur sperma dalam mana-mana rahim perempuan kecuali bakal isteri aku nanti," balas Jaehyun, tenang. Paling teruk pun, cuma blowjob.

Lelaki.

"Ck. Aku yang jadi mangsa bebelan mami kau. Kenapa lah aku yang kena jadi paling tua dalam group ni," gerutu Jongdae.

Tak habis-habis dia yang dihubungi oleh orang tua para sahabatnya itu jikalau anak mereka membuat onar. Kalau begini, baik Jongdae mendaftar menjadi suami kepada para ibu-ibu itu. Settle.

"Nasiblah. Kau kena bersyukur jadi sasaran mami. At least dapat merasa ada ibu. Ibu kau kan dah healing dengan tuhan."

Jaehyun menepuk bahu Jongdae, tersenyum lebar dia. Sementara Jongdae menepis tangan lelaki itu. Kalau begini, baik Jongdae tak ada ibu saja. Menyusahkan.

"Yutaaa!"

Teriakan seorang gadis mengalihkan perhatian mereka termasuk Sehun yang sedari tadi diam.

"Itu bukan Mingming ke?" Tanya Jaehyun, menyepetkan matanya melihat gadis berambut tocang satu itu.

Mingming, nama manja yang diberi oleh Jaehyun kepada Miyoung.

"Haah. Dah lama dia tak tegur kau kan Sehun? Kau ada buat apa-apa ke sampai dia berhenti?" Tanya Jongdae.

"Miyoung? Berhenti? Sedangkan kau haritu nasihat pun dia buat tak endah," Jaehyun ketawa.

"Kenapa tidak? Itu dia nampak rapat dengan lelaki baru. Kesian kau Hun. Melepas calon girlfriend," Tambah Jongdae. Keduanya mengejek Sehun.

"Betul juga. Mingming tu perempuan. Mesti dia sakit hati dengar kau tolak dia depan ramai-ramai haritu," ujar Jaehyun, prihatin.

"Aku tak suka dia," ketus Sehun. Perempuan yang bernama Han Miyoung itu sering menganggunya sejak kebelakangan ini.

Mulai dari memberi perhatian sekecil biji sawi, sehinggalah sebesar-besar biji rambutan.

Sehun agak terganggu kerana tindakan Miyoung yang menggodanya, bukan sebaliknya. Dia merasakan yang perempuan yang menggoda seorang lelaki itu tidak wajar.

Ditambah lagi dengan popularitinya, Sehun yakin Miyoung cuma tertarik padanya kerana wajah tampannya. Gadis itu sama sahaja seperti perempuan murahan lain.

"Tak suka atau tak suka?" Goda Jongdae. Dia mencolek bahu Sehun, membuat lelaki itu berdecit.

"Jangan lama-lama tak suka, Hun. Takutnya jadi suka, terlambat kau," celah Jaehyun. "Kalau aku jadi kau, dah lama aku ambil dia. Cantik apa. Bijak pun bijak."

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now