salebmane

56 13 2
                                    

Terima kasih buat yang masih baca cerita merepek ni. ❤

 ❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



× × × × × × × ×




“SEMBANG apa dengan mama tadi?” soal Taehyung. Sarang memandang Taehyung. Lelaki itu duduk di atas tilam katil dengan belakang badan bersandar pada kepala katil.

“Kenapa nak tahu?”

“Tak boleh tahu ya?” Taehyung menjongket sebelah kening. Sarang mengeyakan soalan Taehyung itu.

“Sembang orang perempuan, lelaki mana boleh tahu.”

“Kedekut,” komen Taehyung. Sarang tertawa kecil

“Mama ada cerita fasal kau dengan Taehwan masa kau orang masih kanak-kanak. Uncle Han ada buat sesuatu pada kau orang ke sampaikan kau orang tak tinggal dengan mama?” soal Sarang. Taehyung terdiam seketika. Fikirannya mula melayang mengingatkan zaman kanak-kanaknya.

“Taehyung? Kau okey? Kalau zaman kanak-kanak kau terlalu pahit untuk kau ingat, tak perlu cerita pada aku. Aku faham.” Taehyung geleng kepala.

“Tak. Aku okey.  Mari duduk sini.” Sarang terus menapak ke arah katil. Dia melabuhkan punggung bersebelahan Taehyung. Menyandarkan belakang badan pada kepala katil.

“Zaman kanak-kanak aku memang pahit. Tapi pahit kejap sebab usia aku dan Taehwan sudah lima tahun, kami dah tak tinggal serumah dengan mama dan Uncle Han,” cerita Taehyung.

“Mesti ada sebab kan? Mama kata Uncle Han buat perangai. Tapi mama tak cakap pula apa.”

Taehyung hela nafas sebelum memulakan bicara. Dia perlu buka cerita lama itu memandangkan Sarang juga berhak untuk tahu. Dia tak mahu ada rahsia dengan Sarang.

“Uncle Han pukul kami sebab terpecah cermin tingkap kereta dia,” beritahu Taehyung. Sarang tergamam.

“Sampai macam tu sekali Uncle Han benci kau orang.”

“Kalau dah benci sangat tu memanglah. Dia peduli apa. Salah orang lain, kami yang kena,” kata Taehyung. Dahi Sarang berkerut.

“Maksud kau?”

“Masa tu kami dengan Seokjin hyung tengah main bola. Seokjin hyung yang baling bola tu lurus ke cermin tingkap kereta Uncle Han. Aku pula pergi ambil bola tu. Kebetulan Uncle Han keluar rumah. Dia tuduh aku yang buat. Tapi yang kena pukul tu Taehwan,” cerita Taehyung. Sarang memandang Taehyung dengan tatapan bingung.

Plot twist ke ni?” Taehyung tertawa kecil.

“Patutnya aku yang kena. Tapi Taehwan yang lindung belakang badan aku. Bertubi-tubi dia kena sampai pengsan. Teruk Taehwan kena. Uncle Han hampir kena tangkap sebab doktor yang merawat Taehwan tu nak laporkan pada polis atas kes penderaan kanak-kanak. Tapi Taehwan halang.”

16 〖 DIBUKUKAN 〗 OUR LOVE STORY | 김태형Where stories live. Discover now