salebaud

43 15 2
                                    

💜

💜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


× × × × × × ×



Beberapa minggu kemudian.

“KAU dekat mana?” soal Taehyung.

“Dekat resort.”

“Resort ni memang kecil. Jalan sikit dah nampak kau,” balas Taehyung dengan nada sarkastik. Kedengaran tawa Sarang menyapa di dalam talian itu.

“Aku ada di pokok-pokok dekat kawasan pantai. Kau lalu saja dekat kawasan pantai. Nanti aku panggil kau.”

“Okey.”

Taehyung terus menamatkan panggilan. Dia mula mengorak langkah. Angin yang bertiup lembut membuatkan rambutnya berselerak. Namun ia tidak mencacatkan rupa kacaknya. Sehinggakan beberapa pelancong yang berada di situ turut terpesona dengan kekacakan Taehyung. Ada yang menggeletis gedik. Lumrah wanita jika melihat lelaki kacak.

Siapa sahaja yang tidak terpesona dengan lelaki berkaca mata itu. Memakai kemeja berwarna kuning cair dengan kedua-dua belah lengan dilipat hingga ke siku. Berseluar slack berwarna coklat. Rambut lebat dan berwarna hitam. Indah betul ciptaan Tuhan.

Untung jadi lelaki tampan.

Taehyung meneruskan langkahnya. Sesekali dia menguak rambutnya ke belakang. Jika rambutnya menutupi penglihatannya pasti dia akan menguakkan rambutnya. Satu lagi kelemahan bagi wanita.

Haa sudahlah.

“Taehyung ah!”

Taehyung dapati seorang gadis melambai-lambai riang kepadanya. Bibir melengkung dengan senyuman nipis. Terus Taehyung mendapatkan gadis itu.

“Cantik tempat lepak kau,” kata Taehyung. Sarang tertawa kecil.

“Mestilah. Ini Yoo Sarang okey!”

Taehyung cuma tersenyum. Lelaki itu terus melabuhkan punggung di atas tikar. Patutlah dia cari Sarang dekat chalet tak ada. Rupanya gadis itu lepak dekat kawasan pantai. Tempat yang dipilih pun sejuk mata memandang.

“Kenapa kau lepak tak ajak aku?”

“Asalnya memang nak ajak. Tapi kau pula sibuk dengan keluarga kau. Yalah, abang kau kan dah nak kahwin,” balas Sarang.

“Kalau kau ajak, aku terus ikut. Kau ingat Uncle Han suka ke tengok muka aku. Dia menyampah lagi ada. Aku ada dekat situ pun sebab mama minta tolong. Kalau tak, aku rela duduk dalam bilik. Buat hal sendiri,” kata Taehyung.

Sarang terdiam sejenak. Dia sudah tahu kenapa Han Junseok tidak menyukai Taehyung. Bila dia dengar cerita dari Hyun Inha, dia juga rasa sakit. Berat ujian yang Taehyung lalui selama dua puluh tujuh tahun.

16 〖 DIBUKUKAN 〗 OUR LOVE STORY | 김태형Where stories live. Discover now