"Tapi kalau tiba-tiba awak berubah fikiran.. tiba-tiba rasa cinta dihati awak terhadap saya telah hilang, tolong beritahu saya.."

"Dengan seikhlas hati.. saya akan undurkan diri. Kalau betul yang jodoh kita tak panjang, saya redha untuk lepaskan awak." Sambungku lagi, air mata Tengku Darren mengalir sebaik saja aku berkata begitu. Perlahan-lahan tangan aku naik diwajahnya, menyeka air matanya itu

Tengku Darren menunduk, memandang aku yang sedang menyeka air matanya. "Tapi saya harap, Allah mentakdirkannya untuk kita. Saya harap rumahtangga kita akan sentiasa kekal hingga ke jannah dan saya harap awak tak akan pernah tinggalkan saya sepertimana orang di sekeliling saya pergi tinggalkan saya." Tangan Tengku Darren dicapai lalu aku kucup lembut

"I've messed up and I know it, please give me another chance. I truely need you in my life, please forgive me.."

Tanpa berkata apa-apa, Tengku Darren terus merungkaikan pelukan dan melangkah keluar daripada bilik. Meninggalkan aku sorang diri, serta merta aku terduduk diatas katil. Menangis dan meraung seorang diri

Macam mana lagi cara untuk saya cuba supaya awak maafkan saya? Telekung dan sejadah dilipat lalu aku baring diatas katil

****

Pintu bilik dikuak dari luar, cepat-cepat aku memejamkan mata. Siapa lagi yang akan masuk kedalam bilik ini kalau bukan suami aku? Malas rasanya ingin bersemuka dengannya saat ini. Terasa? Terluka?

Ini semua gara-gara diri kau sendiri Maya Darena, kalau kau berterus terang aje semalam.. semua benda ni tak akan terjadi. Tengku Darren tak akan layan kau macam ni kalau kau tak buat perangai..

Terimalah hakikat.

Tiba-tiba katil disebelah aku terasa berat seolah-olah ada yang sedang berbaring disebelah, makin rapat aku memejamkan mata. Tak mahu Tengku Darren tahu yang aku pura-pura tidur, seketika aku mencelikkan mata apabila perut aku yang kian membesar dikucup lembut oleh dia

"Papa minta maaf" Ujarnya, seketika mata aku membulat apabila ada mutiara jernih yang mengalir diwajahnya. Air matanya menitis diatas baju tidur aku hingga terkena lapisan kulit aku, nampak gayanya suami aku tak sedar yang aku masih belum tidur

Kenapa dia menangis? Adakah disebabkan aku? Aku ke punca suami aku menangis? Ya Allah.. bantulah rumahtangga kami.

Apabila Tengku Darren mengerling kearah aku, cepat-cepat aku memejamkan mata. "Papa tak sepatutnya marah mama, sedangkan yang salah tu bukan dia.." Sayu saja dia bersuara membuatkan aku menahan sebak, tangan Tengku Darren mengusap lembut ubun-ubun aku

"Maafkan abang, maafkan abang sebab abang tertinggikan suara dengan Maya. Sedangkan Maya dah cakap yang itu bukan salah Maya.. maafkan abang" Sebaik saja dia berkata begitu, air mata aku mengalir. Aku yakin.. Tengku Darren nampak air mata aku, dan aku yakin dia tahu yang aku tak tidur

"Sayang.. abang tahu Maya tak tidur pun, bangunlah dan menangis dalam pelukan abang. Abang rindukan pelukan hangat isteri abang" Lembut dia berkata membuatkan aku akhirnya mencelikkan mata, pantas tubuh sadonya dipeluk erat

Tengku Darren membalas pelukan aku, tangannya menggosok perlahan belakang aku. "Saya minta maaf sebab saya tak jujur dengan awak, saya minta maaf sebab tak minta izin dulu untuk keluar malam tu.. saya betul-betul minta maaf" Teresak-esak aku menangis membuatkan Tengku Darren makin mengeratkan pelukan

"Shh, abang maafkan Maya. Abang tahu itu bukan kehendak Maya, dan abang tahu yang isteri abang ni hanya cintakan abang seorang saja" Tangan Tengku Darren naik mencuit hidung aku membuatkan kami berdua ketawa kecil

"Abang ni! Suka sangat cuit hidung saya, kalau hidung saya merah nanti macam mana?"

Serta merta senyuman dibibir lelaki itu melebar. "Apa dia? Abang tak dengar lah, cuba Maya ulang" Sengih Tengku Darren, aku memutarkan mata keatas

"Kalau hidung saya merah, macam mana?" Sengaja aku tidak menyebut perkataan 'abang' itu, Tengku Darren menjuihkan bibirnya membuatkan aku ketawa besar. Tangan aku menarik-narik pipinya geram!

"Eleh merajuk konon! Suami saya ni umur dah 28 tahun pun nak merajuk lagi, tak padan dengan badan sado" Usik aku membuatkan Tengku Darren ketawa besar

"Abang sukalah bila Maya panggil abang dengan panggilan 'abang' tu, nampak comel tau? Sebut lagi.. boleh tak?"

"Kalau saya panggil awak abang, awak nak bagi apa?" Soalku, masih lagi ingin bermain tarik tali dengannya

Cupp!

Bulat mata aku apabila Tengku Darren mengucup pipi aku, sekali lagi dia mengucup pipi aku membuatkan aku mengelak. "Maya akan dapat tu" Tengku Darren memuncungkan mulutnya membuatkan aku menjelingnya

"Gatal!"

"Gatal dengan isteri sendiri juga" Jawabnya selamba membuatkan aku mencebikkan bibir

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 07/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now