Bab 16

1.9K 88 28
                                    

      Malam itu,  Anis bermalam di rumah Aisy. Mahu meluangkan masa bersama katanya sebelum sahabatnya itu bergelar isteri orang. Sekarang mereka berada di dalam bilik Aisy dan Anis sedang memakaikan inai di jari Aisy. "Kau dudulk diam-diam boleh tak? Kau nak ke inai kau comot?" Anis memarahi sahabatnya apabila sahabatnya itu tidak duduk diam.

     "Lama lagi ke? Bukan ada majlis resepsi pun.Akad nikah je pun."  Aisy menyoal dengan malasnya.

     "Eh, kau ni! Pakai je lah. Bagilah berseri sikit tangan tu. Nanti nak bergambar jugak" Anis menjawab sambil menghias tangan Aisy dengan inai. Aisy hanya pasrah apabila Anis sudah berkata begitu. Anis yang melihat mata Aisy yang semakin mengecil terus mencapai komputer riba milik Aisy yang berada di atas laci yang terdapat di sebelah katil. Dia menghidupkan komputer riba Aisy lalu membuka drama kegemaran Aisy yang telah dimuat turun ke dalam komputer riba. "Aku tahu kau takkan tidur bila pasang drama ni." Anis berkata sambil melihat hasil kerjanya di tangan Aisy.

     Aisy yang baru sahaja ingin memejamkan mata terus membuka matanya apabila Anis membuka drama di koputer riba. Sedang khusyuk menonton drama,telefon bimbitnya berdering minta diangkat.  Anis mengangkat panggilan tersebut sebelum diletakkan di hadapan Aisy lalu membuka pembesar suara.

    "Assalamualaikum, Aisy." Suara pemanggil tersebut menyapa.

    "Waalaikumsalam." Aisy menjawab salam si pemanggil.

     "Aisy dah tidur ke? Abang ganggu masa tidur Aisy ke?" Naufal yang berada di dalam talian menyoal. risau pula mengganggu tidur tunangnya.

    "Belum. Anis tengah pakaikan inai ni. Abang kenapa tak tidur lagi?" Aisy menyoal tunangnya.

    "Abang nervous. Hari esok hari penting kita. Aabang harap semua berjalan lancar hari esok."

    "I hope so, abang. Abang pergilah tidur. Have a good rest okey. Insyallah, everything will be okey." Aisy cuba meredakan debaran Naufal.

    "Okey. Aisy tu jangan tidur lewat sangat. Good night and sweet dream, sweetheart," ucap Naufal sebelum menamatkan panggilannya.

     "Auch,  sweetheart! Belum kahwin dah sweet. Lepas kahwin nanti mesti lagi sweet kan." anis tersengih-sengih sendiri membayangkan kesweetan Naufal. Aisy pula masih kaku mendiamkan diri. Pertama kali dia mendengar panggilan tersebut daripada Naufal. "Oi, kau okey tak?" Anis menyoal apabila Aisy hanya mendiamkan diri. Aisy tersentak

     "Aku nak tidur." Anis menanggukkan kepala tanda mengerti.  Dia mengambil bantal peluk lalu diletakkan ke atas perut Aisy untuk Aisy meletakkan tangannya selepas Aisy berbaring menghadap siling biliknya. Anis mematikan lampu bilik  sebelum mengambil tempat tidur di sebelah Aisy.

    Pagi itu, Anis mengejut Aisy yang masih nyenyak dibuai mimpi. "Aisy, bangun. Pukul 9 nanti mak andam sampai." Anis menggoncang badan Aisy. Aisy yang terasa tidurnya diganggu menepis tangan Anis yang sedang menggoncang tubuhnya. " Oi makcik, bangunah. Kau nak kawin ke taknak ni?" Aisy yang mendengar soalan itu terus mencelikkan matanya lalu bangun daripada pembaringan.

     "Sekarang pukul berapa?"

     "8.30"

     Aisy yang mendengar jawapan Anis itu terus turun daripada katil lalu mencapai tuala dan bathrobe yang yang bersangkut di ampaiannya. Anis hanya menggelenglkan kepala melihat sahabatnya itu. Anis kemudiannya mencapai tuala lalu turun ke bawah.

     "Anis, aisy dah bangun?" Puan Roslina menyoal Anis apabila terlihat Anis yang ingin berlalu ke bilik air.

     "Dah, mama. Dia tengah mandi."Puan Roslina hanya menangguk mendengar jawapan sahabat kepada anaknya itu. Anis pula terus berlalu  ke bilik air selepas melihat anggukan daripada Puan Roslina.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now