Bab 15

1.8K 102 27
                                    

      "Terima kasih umi jemput Aisy dinner kat sini malam ni. Sedap sangat umi masak," ujar Aisy sambil beriringan dengan Puan Laila menuju ke pintu manakala Encik Zahid dan Naufal mengekori dari belakang.

     "Sama-sama. Nanti datang lah lagi ke sini. Ajak mama dengan papa sekali nanti," pelawa Puan Laila sambil memandang bakal menantunya yang sedang menyarung kasut tumit tingginya.

     "Insyaallah, umi. Aisy balik dulu umi, walid." Aisy tunduk mencium tangan bakal ibu mertuanya lalu menundukkan sedikit kepalanya apabila memandang Encik Zahid.

     "Ya lah. Fal, drive kereta elok-elok. Fal tu bawa anak dara orang. Hantar terus bakal menantu walid tu ke rumah jangan nak melencong ke tempat lain. Kamu berdua tu darah manis."Sempat Encik Zahid berpesan kepada putera tunggalnya.

     "Ya, walid. Fal ni kan pemandu yang berhemah." Naufal terus meloloskan diri ke dalam kereta usai sahaja membalas kata-kata walidnya lalu menghidupkan enjin keretanya. Aisy turut meloloskan diri ke dalam kereta selepas Naufal menghidupkan enjin keretanya.

      "Tak sangka. Sebulan je lagi kita akan bergelar suami isteri. Rasa macam baru je semalam kita bertunang."Naufal berkata sewaktu keretanya meninggalkan perkarangan rumah keluarganya.

     "Macam mana kalau Aisy gagal jadi isteri yang baik untuk abang? Abang akan lepaskan Aisy ke nanti?" Aisy menyoal tunangnya.

     "Aisy dah lupa ke apa yang abang pernah cakap dekat Aisy? Abang taknak la Aisy fikir benda yang negatif macam ni. Insyaallah everything gonna be fine." Naufal cuba menutup kegelisahan hati tunangnya. Dia sendiri tidak mahu berlaku kegagalan dalam perkahwinannya. Biarlah perkahwinannya hanya sekali seumur hidup.

    "Aisy dah ready?" Naufal menyoal apabila suasana kereta kembali sunyi.

    "Ready for what?" Soalan Naufal dibalas dengan soalan. Dia menjongketkan keningnya sambil memandang wajah encik tunang.

    "Exam tengah tahun."

    "Not really," balas Aisy.
   
    "Yang penting paper abang make sure lulus tau. kalau boleh score A." Naufal memusingkan stereng kereta memasuki perkarangan rumah Aisy.

    "Eleh, abang pun tahu kan Aisy ni student target. Dekat nak exam nanti Aisy study la.Sekarang nak fun-fun dulu. SPM lambat lagi."

    "Ye lah." Nuafal mengalah dengan tunangnya. Kalau hendak meneruskan pergaduhan mulut, risau tak berhenti sampai esok pagi. "Pergilah masuk dalam. Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur.Sleep tight." ucap Naufal. Aisy hanya menganggukkan kepala lalu keluar daripada kereta. Aisy masuk ke dalam rumah. Setelah memastikan Aisy masuk ke dalam rumah, Naufal bergerak meninggalkan perkarangan rumah tunangnya.

     Aisy tersenyum sendiri setelah masuk ke dalam rumah. Semakin hari dia merasakan Naufal semakin romantik. Sungguh hari-harinya semakin indah dengan kehadiran tunangnya.

    "Amboi, bukan main senyum sampai ke telinga. Apa yang happy sangat tu?" Puan Roslina yang kebetulan menurunianak tangga menegur anak daranya yang baru sahaja ingin mendaki anak tangga. Hilang sudah senyuman di bibir Aisy tadi.

    "Takde apa. Mana ada Aisy senyum. Aisy naik bilik dulu ya mama. Good night, ma." Aisy mengucup pipi Puan Roslina lalu terus berlari mendaki anak tangga. Puan Roslina pula hanya menggeleng kepala melihat perangai anak daranya. Dia terus berlalu ke dapur untuk membancuh kopi buat suami tercinta.

*********************************************************************************************************************************

     Dua minggu telah berlalu, hari ini merupakan hari terakhir Aisy menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan mata pelajaran pada hari ini ialah mata pelajaran bakal suaminya. Aisy dan Anis mengulangkaji bersama di pondok yang terdapat di hadapan kelas mereka sebelum masing-masing mengemas segala nota apabila melihat kedatangan guru yang bakal menjaga kelas meraka.

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now