Bab 14

2K 75 11
                                    


      Naufal merebahkan badannya di atas sofa. Puan Laila segera mendekati Naufal yang sedang merehatkan tubuh di sofa. Dia melabuhkan punggungnya di hujung kaki Naufal. "Penat sangat ke anak umi ni sampai tak sempat nak naik bilik?" Puan Laila menyoal putera tunggalnya itu. Naufal segera bangun dari pembaringannya apabila melihat uminya duduk di hujung kakinya.

      "Takdelah umi. Saja baring kat sini. Malas nak naik tangga." Naufal merehatkan kepalanya di atas bahu uminya. sekali-sekala nak bermanja dengan permaisurinya. Lepas ni nak jadi suami orang pulak.

      "Dah besar dah anak umi ni. Umi rasa macam baru semalam anak umi lahir. Tengok-tengok lagi sebulan dah nak jadi suami orang." Puan Laila mengusap rambut anaknya. Sebak juga rasanya bila mengenangkan anaknya akan menjadi suami orang. Naufal seorang sahaja anaknya.

      "Umi, Fal minta maaf atas segala kekhilafan Fal selama ni," pinta Naufal sambil mengucup belakang tangan Puan Laila. Sejujurnya dia masih rasa berdosa dengan apa yang dia pernah lakukan sebelum ni.

     "Sudah lah tu. Perkara dah lepas. Tak perlu nak ingat lagi. Yang penting sekarang Naufal dah berubah. Cuma satu yang umi minta, jangan ulang balik apa yang Fal pernah buat dulu." Naufal hanya mengangguk mendengar kata-kata uminya. Mana mungkin dia mengulang kembali apa yang pernah dia buat dahulu.

     "Ehem. Berdrama apa tengahari macam ni. Biasa orang berdrama pukul 7 ke ni drama sinetron?" Encik Zahid yang emnjadi pemerhati sedari tadi menegur. Naufal mengaangkat kepalanya daripada bahu uminya.

     "Ehh, bila abang balik?" Puan Laila bingkas bangun lalu menyalami tangan suaminya.

     "Dah awak tadi asyik sangat berdrama, mana nak perasan abang balik." Puan Laila dan Encik Zahid beriringan menuju ke meja makan manakala Naufal hanya membuntuti dari belakang. Masing-masing mengambil tempat di meja makan. Puan Laila menyenduk nasi untuk anak dan suaminya.

     "Fal, nanti ajak lah Aisy dinner kat sini. Lama dah umi dengan walid ni tak jumpa dia." Kata Puan Laila lalu menyuap nasi ke mulutnya.

     "Insya Allah malam ni Fal ajak dia dinner sini."

     "Fal memang taknak takeover company walid ke?" Soal Encik Zahid yang hanya berdiam dari tadi.

     "Nanti la Fal fikir. Lagipun Fal dah selesa jadi cikgu ni."

     "Walid ni bukan apa. Ya lah. Walid dah tua. Kalau bukan Fal siapa lagi nak ambik alih. Fal satu-satunya waris yang walid ada. Siapa lagi yang walid boleh harapkan lagi selain Fal?" Encik Zahid cuba memujuk anaknya untuk ambil alih syarikatnya.

     "Nanti Fal fikir okey, walid." Nuafal terus menyambung suapannya sehingga selesai lalu naik ke biliknya untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Selesai sahaja menunaikan solat , dia terus mencapai Iphonenya.

MY FIANCE

Assalamualaikum Aisy. 

Malam ni dinner rumah abang.

Pukul 8 abang jemput kat rumah.


************************************************************

      Aisy merebahkan badannya di atas katil. baru sahaja melelapkan matanya, Iphonenya berbunyi menandakan notifikasi  masuk. Dia mencapai Iphonenya yang terletak diatas laci di sisi katilnya.

Ustaz Handsome

Assalamualaikum Aisy.

Malam ni dinner rumah abang.

USTAZ, I LOVE YOU !Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum