41: MY LOVE LUTFY RAFIQI

30 7 0
                                    

Aku menghidangkan makanan tersebut di atas meja makan. Aku mula makan bersama dengan keluarga lutfy.

"Hm sedapnya mama masak" puji lutfy.

"Hihi bukan mama yang masak, tu isteri kamu yang masakkan" balas mama.

"Serius la sayang?" Soal lutfy kepada ku.

"Uhuk uhuk" putry tersedak apabila lutfy memanggil ku sayang.

Dengan cepat aku menyepak kaki lutfy sebagai tanda.

"Aww, aduh sakit la" kata lutfy sambil mengusap kaki

"Kau dah kenapa adik?" Soal lutfy.

"Adik tahu la, adik ni single,tak payah la panggil panggilan sayang tu dekat depan kami" kata putry.

Aku dapat melihat mama dan papa tersenyum senyum. Aku dengan hanya turut tersenyum tipu.

"Tak salah pun" Jawab lutfy.

"Dah, dah jom makan, asyik bergaduh je kamu berdua ni" sampuk papa.

***

Setelah kami sekeluarga habis makan, akhirnya aku dan lutfy meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Mama, daddy lutfy minta diri dulu, petang nanti nak pergi rumah mama mertua pulak" balas lutfy.

"Ha iya la, hati hati bawa kereta tu" pesan mama.

"Mama, daddy kami pergi dulu." Kata ku.

"Assalamualaikum" balas ku lagi.

"Waalaikumussalam" balas mereka berdua.

***

Laju kereta yang dipandu lutfy meluncur ke jalan raya untuk menuju ke rumah mama dan papa ku iaitu mama dan papa mertua nya.

Setelah beberapa minit, kami telah sampai di persekitaran rumah mama ku. Aku bersara sangat gembira kerata telah sekian lama aku tidak berjumpa dengan mereka.

"Assalamualaikum" panggil ku.

"Waalaikumussalam sekejap ya" balas mama ku.

"Eh, anak mama dah balik" kata mama dengan terkejut sambil memeluk tubuh ku.

"Rindu nya dekat mama" balas ku.

"Mama pun rindu anak mama ni" balas nya pula.

"Papa mana mama?" Soal ku.

"Dekat dalam, jom la masuk dulu" pelawa mama.

"Eh, dah balik anak papa" kata papa.

"Dah baru pagi pagi tadi sampai Malaysia, tadi singgah rumah mama mertua sekejap baru singgah sini" kata ku.

"Ni kami ada beli kan sikit buah tangan untuk mama dengan papa" kata lutfy lagi sambil menghulurkan beg kertas itu kepada mereka berdua.

"Terima kasih, buat susah susah je" ujar mama kepada lutfy.

"Jom la makan tengah hari sama- sama dulu, nasib mama dah masak awal-awal" pelawa mama pula.

"Baru je lepas habis makan rumah mama lutfy tadi" balas ku.

"Oh kalau macam tu tak pe lah" balas mama ku.

Setelah beberapa minit kami berbual kosong, aku meminta diri kerana lutfy ada hal yang penting.

Kereta BMW milik lutfy meluncur ke jalan raya. Aku hanya terdiam tanpa kata kata.

"Sayang, sikit lagi abang nak keluar" kata lutfy yang memecahkan suasana sunyi.

"Saya nak ikut." Balas ku.

"Awak duduk rumah je" kata nya.

"Kenapa saya tak boleh ikut?" Soal ku.

"Ini hal abang dengan budak bawahan" kata nya.

"Hm okey" balas ku dengan sedih.

"Jangan buat muka masam, nanti tak cantik isteri abang ni" puji nya sambil mengosok kepala ku.

***

460 P.P

Shahira ig: shahiraa_ameliyaa
Lutfy ig: lutfyy_rafiqi

MY LOVE LUTFY RAFIQIWhere stories live. Discover now