"Angel tolong Baekhyun—Baekhyun takut—"

"Angel of death..." sambung Sehun. Usapan tadi bertukar menjadi jambakan. Kepala Baekhyun dihentak ke besi sehingga membuat darah mengalir dari hidung.

Baekhyun kembali berteriak, menjauhinya Sehun. Tetapi malah mendekati anjing liar, menyebabkan dia terperangkap tak tahu ingin ke mana. Diatas kepalanya, ular-ular berbisa sedang berdesis kearahnya.

Tak ada tempat untuk Baekhyun lari.

"Salah Baekhyun apa, hyung? Hiks! Kenapa hyung kurung Baekhyun?" Di mata Baekhyun, Sehun nampak seperti seekor monster yang sering diceritakan oleh Nanny Jane, si tua keriput itu.

Baekhyun tidak faham kenapa dia menerima seksaan ini. Dia tak mengenali Sehun pun. Tidak ada secebis memori pun tentang Sehun di dalam otak kecilnya.

Lalu, apa penyebab dia diculik?

"Hyung nak duit ke? Kalau hyung perlukan duit... srottt—" Baekhyun menarik semula hingusnya ke dalam.

"Hyu—hyung boleh bagitahu appa. Tapi jangan kurung Baekhyun. Baekhyun sejuk, hyung..." Rayu Baekhyun. Dia pasti ayahnya akan membayar walau sebanyak mana pun yang diminta penculik ini.

"Duit?" Sehun berdecit. "Bahkan aku boleh beli harga diri kau dengan duit tu,"

Dia melirik Baekhyun yang sedang menggigil sambil memeluk tubuh. Badannya dah sedikit kotor akibat lantai yang tak dibersihkan selama berkurun lamanya itu.

"Sejuk ya? Kau belum kenal apa itu erti sejuk." Sehun memukul jerigi besi itu, menatap kearah sesuatu seperti memberi isyarat.

Tak lama, bunyi seperti atap terbuka kedengaran. Ada sesuatu yang bergerak diatas sangkar, mengalihkan perhatian mereka.

Anjing-anjing ditarik talinya dari luar supaya menjauhi Baekhyun.

Zushhhh!

Baekhyun ditimpa dengan air sejuk. Sungguh menyedihkan. Terketar-ketar lelaki itu memeluk tubuh dengan erat, mencari kehangatan.

"Aku tahu kau mesti tertanya-tanya penyebab kau ada dekat sini kan? Singkatkan cerita untuk otak bendul kau, ini akibatnya kalau sentuh hak milik aku sampai melebihi batasan. Satu sentuhan kau pada noona cantik tu, satu catatan dosa kau."

Baekhyun mendongak, berkerut mendengar nama noona cantiknya disebut. Memang Baekhyun lembap, tapi tak sampai tak memahami kata-kata Sehun.

"Noona cantik? Milik hyung?"

"Han Miyoung, pengasuh yang kau ambil secara paksa tu. Hak milik aku! Berani-beraninya makhluk rendahan macam kau pegang Miyoung sampai satu katil! Jangan sebab kau cacat, kau boleh semena-mena berkelakuan macam tu pada kekasih aku! Retarded!"

Jeritan Sehun menyebabkan anjing-anjing kembali menyalak. Sehun sudah tak dapat menahan sabar mengingat maklumat yang dia dapatkan di mana Miyoung terpaksa menidurkan Baekhyun dengan cara memeluknya diatas katil.

Siap ditepuk punggungnya bak bayi. Baekhyun fikir dia siapa?

Baekhyun tersentak. Dia menutup telinga dengan kedua belah tangannya.

"Noona nanny Baekhyun. Baekhyun tak salah." Baekhyun menggeleng. "Hyung jahat! Noona tak ada kekasih macam hyung! Noona tak pernah sebut pasal hyung! Noona takkan pernah panggil Baekhyun orang cacat macam hyung! Hyung dan omma sama-sama jahat sebab panggil Baekhyun cacat! Iblis!"

"Iblis? Aku suka nama tu," ujar Sehun, menyisir rambutnya ke belakang.

Dia kembali duduk diatas kerusi menghadap Baekhyun.

"Disebabkan aku iblis. Nak aku tunjukkan macam mana iblis bekerja?"

Sehun menjentikkan jarinya, menulikan telinga mendengar teriakan Baekhyun.

Sehun memasang earphone, memasang lagu kegemarannya yang baru-baru ini dikeluarkan oleh artis kesukaan Miyoung.

Candy, daripada NCT DREAM.

Pintu diatas sangkar terbuka, mengakibatkan puluhan ular jatuh keatas badan Baekhyun.

"Danji neol saranghae ireohge malhaessji
Ijekkeot junbihaessdeon
Manheun mareul dwirohan chae
Eonjena ni yeope isseulge
Ireohge yaksogeul hagesseo
Jeo haneureul baradabomyeo"

Sehun menyanyi dengan ceria sambil tersenyum, menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan dengan jarinya yang ikut sama menari.

Para bawahan Sehun menatap satu sama lain, agak ngeri melihat bos mereka yang masih boleh mendengar lagu saat melihat mangsa menjerit kesakitan.

"Han beon deo han beon deo malhaessji."

Setiap kali Sehun mengulang lirik yang sama ini, seksaan ditambah. Contohnya jika digigit ular, maka gigitan akan diulang. Sama seperti line nya yang membawa makna, I said one more time.

Sehun keluar dari ruang penyeksaan, mengabaikan suara jeritan meminta pertolongan Baekhyun.

Baekhyun dipatuk oleh ular-ular itu sampai badannya menghitam. Kala tubuhnya hampir kehilangan nyawa, ia dibelit sampai mengeluarkan bunyi tulang patah.

Ular-ular tersebut dikeluarkan, digantikan dengan anjing-anjing liar. Mereka menggigit tubuh Baekhyun, mengonyak beberapa tempat seperti yang telah dilatih. Tidak sampai dimakan kerana beracun.


---

"Arghhh!"

Ayah Baekhyun menjerit di hari pemakaman, melihat tubuh anaknya yang tak seperti manusia lagi. Dia sendiri sempat tak mengenali tubuh anaknya itu.

Lelaki itu sempat memukul orang-orang yang mengautopsi badan Baekhyun, tak percaya itu Baekhyun. Tidak mungkin anak manisnya mati dalam keadaan mengerikan.

"Salah apa Baekhyun sampai dia dibunuh begini?!" Raung ayah Baekhyun, sakit hati. Dadanya dipukul.

Pemakaman dihadiri orang terdekat termasuklah Miyoung. Di sana terlihat ibu Baekhyun yang jatuh terduduk di sebelah keranda Baekhyun.

Berulang kali wanita itu mengucapkan kata maaf, menyesal kerana telah mengabaikannya. Kerana kelakuannya, menyebabkan dia kehilangan kedua-dua anak yang dia kandung itu.

Miyoung menekup mulut, menahan diri daripada muntah. Dia tak sanggup melihat mayat Baekhyun.

Cuaca pun agak mendung, seperti mengiringi pemergian Baekhyun yang tragis. Miyoung mendekati keranda Baekhyun, meletakkan bunga putih ke dalamnya sebagai salam perpisahan.

Kilat memancar dengan tiba-tiba.  Miyoung terkejut besar kerana seolah-olah melihat Baekhyun yang membuka mata, melotot garang kearahnya. Gadis itu berundur, menjauhi kawasan tersebut.

Miyoung tak tahu siapa yang telah melakukan semua ini pada Baekhyun. Namun pembunuhnya sangat sadis dan berbahaya.

Dia dibuat paranoid sampai merasa diperhatikan oleh seseorang.

Miyoung yakin, dia takkan dapat tidur tenang malam ini.

Gadis itu berlari menjauhi kawasan kubur Baekhyun, memuntahkan isi perutnya yang dari tadi meronta-ronta ingin keluar. Miyoung berpegang pada batang pokok, menatap ke hadapan dengan pandangan kosong.

Mentalnya sedikit terganggu, tak bohong.

"Nak balik... hiks..." gumam Miyoung. Dia sudah tak larat lagi.

To be continued

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now